Aritu aku pernah pos pasal Bio Oil untuk hilangkan jerawat. Aku dah cuba cara ni kat diri sendiri dan kat anak-anak dara aku yang 3 orang tu. Ia memang berkesan untuk anak aku yang no. 1 & 2, tapi kata anak aku no. 3 tak de kesan. So it doesn' work for her.
So aku pun google dan cari kat dalam magazine macam mana nak hilangkan jerawat untuk anak no. 3 ni. Mungkin skin dia jenis lain kot. So Bio Oil maybe tak sesuai untuk dia. Tapi jerawat anak aku ni bukan yang besar-besar macam nanah tu, dia cuma macam lebih halus dan kecik-kecik macam ruam panas.
So hasil pencarian aku dengan cik Google, ada seorang blogger ni syorkan guna Minyak Habbatus Sauda brand Dogachi. Produk ni dari negara Turki kot kalau tak salah. Satu hari semasa jalan kat kedai Arab ni aku terjumpa minyak Habbatus Sauda brand Dogachi. So aku pun beli. Mahal la wei.....RM30 sebotol kecik je. He..he...tapi dia tahan lama sebab kita letak sikit je kat muka sebelum tidur dan boleh dijadikan sebagai moisturiser.
So dah beli aku bagi anak aku pakai. Aku beli sekali dengan sabun Habbatus Sauda jugak. Sabun ni murah RM15 je. Tapi besar. So aku bagi anak aku guna minyak dan jugak sabun HB Sauda. Ada kurang sikit. Tapi budak remaja kan...malas nak jaga muka, malas nak cuci.... Aku ada jugak pakai sabun HB Sauda tu letak kat ofis. Aku rasa macam ok sebab dia buat muka kita jadi lembut.
So kalau korang yang dah guna Bio Oil untuk jerawat tu tak berkesan, jangan marah aku eh...sebab kulit muka kita tak sama. Kat bawah ni ada gambar dia.

Salam Ramadhan semua. Arini aku nak share pasal Jus Delima Gulsan ni memandangkan ramai yang bertanyakan apa khasiatnya. Kepada yang nak tahu apa kelebihan Jus Delima Gulsan ni meh aku citerkan berdasarkan testimoni aku dan keluarga aku sendiri.
1. Kakak sulung aku memang mengidap kencing manis dan doktornya hampir-hampir nak bagikan dos tambahan (kencing manis dan kolesterol) disebabkan kadar gula yang tinggi dalam darah. Kak Long aku ni memang gempal (bahasa sopan), selalu sakit tapak kaki dan lenguh-lenguh sendi disebabkan penyakit kencing manis. Selepas Kak Long aku ni amalkan Jus Delima Gulsan tahap gula dalam darah dah turun daripada 12 kepada 7. Sakit sendi dan lenguh-lenguh juga dah kurang. Cuma disebabkan dia agak besar so kadang-kadang bila berdiri lama baru kaki akan rasa sakit. Kak Long juga ada penyakit asma dan alhamdulillah sekarang penyakit asma dia memang dah kurang sesangat. Dia memang sangat bersyukur ditemukan dengan Jus Delima yang mana bagi Kak Long adalah penawar ajaib. Harga pun memang murah. Kata Kak Long berat badan dia pun dah susut. Kalau dulu berat Kak Long aku hampir 90 kg, tapi sekarang dah jadi 80kg. Tentang berat badan tu aku rasa mungkin sebab Kak Long aku pun control makanan dia. Kurangkan nasi dalam diet dia. Tu la pasal berat badan dia dah turun. Tapi mengikut kata Kak Long dia sebelum ni pun control jugak, tapi tak de perubahan. Mungkin jugak Jus Delima ni berkesan kurangkan lemak kot. Katanya memula dia minum Jus Delima, najis dia keluar macam ada minyak-minyak, pastu badan berpeluh-peluh. Setahu aku Jus ni memang akan lancarkan perjalanan darah dan keluarkan lemak. Sekarang ni Kak Long memang amalkan Jus Delima ni setiap hari.
Aduh penat nak menulis testimoni ni. Nantilah bila dah rajin aku tulis balik. Kerja pun melambak ni.
Kalau nak order Jus Delima Gulsan yang murah ni hanya RM14 sebotol hubungi Nisa 012 258 6320. Wats app, emel, sms dan call. Kadang2 call tak berjawap sebab ada meeting ke, pegi toilet ke, pegi solat ke. So sms pun boleh.
Salam pagi Jumaat yang penuh dengan barakah. Berkesempatan membaca paper harini, terbaca cerita ni agak menarik. Hmmm...anak-anak muda sekarang, mencari jalan mudah untuk perolehi kemewahan. Patutlah kadang bila kita drive, tengok ada anak-anak muda sekarang mampu drive kereta mewah BMW, Merc dan macam-macam jenis kereta mewah yang lain. Kadang model kereta tu pun aku tak kenal. So kalau ada rupa, badan sasa apalagi senang nak cari makan. Nak-nak kalau muka macam model kat bawah ni...
Bacalah citer yang kat bawah. Sumber Utusan Malaysia online.
Gambar sekadar hiasan.....
LOKMAN (bukan nama sebenar), 24, tidak
pernah menyangka keputusannya menerima tawaran kerja di salah sebuah
agensi perbankan di Kuala Lumpur telah merubah seluruh hidupnya.
Daripada seorang anak muda yang hidup sederhana, kini dia yang
berasal dari utara tanah air, dilimpahi dengan kemewahan yang dia
sendiri tidak pernah bayangkan selama ini.
Sebagai anak muda yang baru menamatkan pengajian peringkat ijazah
sarjana muda di salah sebuah universiti swasta, rasa teruja dan semangat
Lokman untuk memasuki alam pekerjaan begitu meluap-luap.
Bukan tidak pernah berfikir untuk mencari kerja di tempat
kelahirannya dan pada masa yang sama menjaga ibu yang tinggal
berseorangan setelah kematian ayahnya tiga tahun lepas, tetapi
memikirkan peluang yang datang sekali seumur hidup menyebabkan Lokman
nekad berpindah ke kota besar.
Wajah tampan dengan bentuk badan tinggi lampai persis seorang model
ternyata bonus untuk Lokman apabila dia bukan sahaja terkenal dan
menjadi kegilaan remaja perempuan di kampungnya, malah turut menjadi
perhatian pekerja-pekerja wanita di tempat kerjanya.
Ketampanan itu jugalah yang telah menjerumuskan ke kancah hidup tidak
bermoral sebagai 'gigolo' atau istilah anak muda sekarang jadi 'anak
ikan' pada wanita-wanita kaya semata-mata untuk hidup mewah.
"Sebagai akauntan di bank saya kerap bertemu dengan pelanggan bagi menguruskan hal berkaitan kewangan mereka.
"Pada masa sama saya juga menawarkan khidmat perunding kewangan
secara sambilan bagi mencari duit tambahan memandangkan gaji yang
diperoleh tidaklah setinggi mana. Lebih-lebih lagi apabila sebahagiannya
perlu dihantar ke kampung.
"Ramai daripada pelanggan saya adalah wanita. Selalunya urusan
dilakukan di luar waktu pejabat sama ada di restoran atau rumah-rumah
kelab.
"Kadangkala perbincangan meleret daripada soal kewangan membawa kepada hal-hal peribadi.
"Rata-rata wanita ini walaupun duit bukan jadi masalah tetapi hidup
mereka sunyi tanpa teman kerana mungkin suami masing-masing sibuk.
"Jadi mereka berasa selesa dan gembira apabila ada orang yang bersedia meluangkan masa mendengar luahan mereka," kata Lokman.
Jejaka ini mengakui tidak pernah menolak apabila wanita-wanita
tersebut berterus-terang ingin menjadikan dia teman istimewa dan
mengumpannya dengan wang ringgit serta barang-barang berjenama.
"Mula-mula memanglah sekadar ingin menolong dan menjadi teman
berbual. Tidak ada niat untuk mengambil kesempatan terhadap mereka.
"Namun lama-kelamaan semakin seronok dikelilingi kemewahan.
Jenama-jenama mewah yang tidak mungkin saya akan dapat dengan gaji yang
ada kini mudah diperoleh. Hanya sebut saja pasti dapat.
"Kerjanya pun bukan susah. Hanya perlu melayan apa saja kehendak
mereka. Saya tahu secara moralnya memang salah. Tetapi memikirkan wang
dan kemewahan yang boleh saya dapat, pejamkan mata dan jalani kehidupan
seperti biasa," kata Lokman berterus-terang.
Bukan seorang malah ada kalanya dia 'disimpan' dua atau tiga wanita pada masa yang sama.
Kerjanya sebagai 'anak ikan' kepada beberapa orang wanita diatur dengan teliti agar tidak diketahui di kalangan mereka.
Dia perlu bijak membahagikan masa untuk menemani wanita-wanita tersebut apabila khidmat diperlukan.
Kebanyakan mereka berusia lingkungan 40 hingga 50 tahun yang
kesunyian dan sering ditinggalkan suami atas urusan kerja. Mereka
mencari 'pucuk muda' di luar bagi menghiburkan hati.
"Kadang-kadang ada timbul perasaan geli apabila terpaksa bermesra dan
melayan kehendak wanita yang umurnya seusia dengan ibu di kampung.
"Namun, kerana wang, perasaan itu tidak dihiraukan. Saya
menganggapnya sebagai satu pengorbanan untuk mendapatkan wang dengan
cara mudah," katanya.
Ternyata 'pengorbanan' tersebut berbaloi apabila dalam tempoh setahun bekerja, dia sudah mampu memiliki kereta mewah.
Katanya, kereta tersebut bukan dibeli dengan wang sendiri tetapi ditaja oleh seorang wanita yang juga usahawan berjaya.
"Tidak cukup dengan itu, kini saya juga telah memiliki sebuah rumah
yang juga dibeli oleh wanita tersebut dengan syarat saya perlu melayan
dan memenuhi kehendaknya apabila dirinya memerlukan saya.
"Bukan tidak pernah ibu menyoal tentang status pekerjaan yang dilakukan apabila melihat kemewahan yang saya miliki sekarang.
"Tetapi saya tidak mengendahkan persoalan tersebut kerana tidak mahu
mengecewakan hatinya apabila mengetahui perkara sebenar," katanya.
Walaupun Lokman akui indah dibuai mimpi dengan kemewahan tersebut,
dia berharap suatu hari nanti dirinya akan kembali ke pangkal jalan.