NATURAL REMEDIES

ISLAMIC CALENDAR

Sunday, August 29, 2010

KERJA IN OIL N GAS

Sesape berminat boleh send resume kat bawah ni. Kerja ni for Qatar Petroleum. October ni ada rep dari Qatar datang for interview. So cepat-cepat send resume tu.
Subject: Re: list position…
1- Piping insp.
2- Welding insp.
3- Plant insp.
4- Tank insp.
5- Painting / insulation insp.
6- E & I engineer.
7- Instrument construction supv.
8- Mechanical construction supv.
Send your application to this email address: azizi1011@gmail.com

Thursday, August 26, 2010

JOM DENGAR LAGU NASYID MAHER ZAIN


Siapa Maher Zain ni? Aku pun tertanya-tanya. Aku mula mengenali lagu-lagu Maher Zain semenjak aku menghadiri kursus motivasi untuk anak aku. Lagunya masya allah sungguh menusuk kalbu. Merdu sungguh lagunya. Suatu hari aku tertekan channel Artv, kuar lak lagu Palestine Will Be Free. Ohh... bestnya  lagu tu. Then aku nampak singer dia Maher Zain. Pastu try to google. Then nampak komen-komen yang nasyid dia paling best at the moment. Sesiapa yang nak dengar lagu dia, sila ke YOUTUBE.
Jom kita sama-sama kenali siapa Maher Zain. 






Sumber inspirasi pertama Maher dalam muzik datangnya dari bapanya sendiri iaitu penyanyi tempatan di bandar Mediterranean, Tripoli – Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweeden ketika dia berumur 8 tahun dan meneruskan persekolahannya dan kemudian masuk universiti sehingga dia mendapat sarjana dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. 

Disebabkan banyak perkara yang berubah di sekitarnya, satu perkara yang tetap sama ialah hasratnya yang kuat untuk muzik. Dia menghabiskan masa akhir di sekolah dengan teman-temannya di mana mereka akan bernyanyi, rap, menulis dan bereksperimentasi dalam segala hal berkaitan dengan muzik. Ketika itu dia mula menyedari yang muzik menjadi sebahagian dari dia.

Setelah terlibat sekian lama dalam bidang muzik di Sweden sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan oleh RedOne seorang penerbit muzik yang berbakat dan meningkat naik dalam bidang muzik di Sweden. Maher mula bekerja dengan RedOne sebagai artis dari Sweden dan kemudian pindah dengan dia ke New York. 

Selama beberapa tahun ia berada di tengah-tengah kesibukan kota NY, mereka bekerjasama dengan artis seperti Kat Deluna di album debutnya yang termasuk lagu yang mendapat hits seperti ‘Whine Up’ dan ‘Run the Show’.

Walaupun Maher mengecapi kemasyhuran dan banyak orang menggambarkan sebagai pekerjaan mimpi bagi seseorang yang begitu muda dalam bidang ini, tetapi untuk Maher rasanya seperti ini jauh dari apa yang dia sebut ‘mimpi’, “saya mencintai muzik, tapi saya benci segala sesuatu yang dikelilingi itu, selalu merasa seperti ada sesuatu yang tidak benar “.

SALAM JUMAAT - CARA CARI MALAM LAILATUL QADAR




Salam Jumaat semua. Dah dua hari tak update. Penyakit M yang teramat sangat. Tak tahu nape.

Arini aku nak share perkara ni. Semalam waktu tengah drive, dalam rancangan Al-Zikrah KL FM, ustaz Wan Shohor ada menyatakan cara-cara nak cari Lailatul Qadar yang diriwayatkan oleh Imam Ghazali.

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

1)AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN

2)ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;

3)SELASA ATAU JUMAAT- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN;

4)KHAMIS - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;

5)SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 29 Ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 7 hb September 2010.

Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!

Tanda malam Qadar ialah :

1)malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;

2)siangnya cahaya matahari warnanya pucat;

3)pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

Monday, August 23, 2010

GIVE AWAY BY TUDUNG MANIA




Arini aku nak join give away ni. Mudah-mudahan ada rezeki aku kali ni. Hu...hu... kalau tak de rasa nak nangis la. Asyik join tapi  tak penah dapat. Yang penting usaha kan. Aku dah ada baju raya tapi tak de tudung pulak. Color tudung ni sweet je walaupun tak match ngan baju raya aku.

So sesapa nak join jom la sekali.

Closing date : 26 August 2010

Nak join klik sini ya.

















SIAPA YAHUDI DAN MENGAPA MEREKA BERKUASA

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun,jika dicampur semua sekali,Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai ‘Manusia Abad ini’ ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud – melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman. 


Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. 


Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular. Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor - mencipta mikrocip pertama.
Leo Szilards - membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama
Peter Schultz - (kabel gentian optik)
Charles Adler - (lampu isyarat)
Benno Strauss - besi tahan karat – stainless steel
Isador Kisee - sistem suara di pawagam
Emile Berliner - mikrofon untuk telefon
Charles Ginsburg - alat pita rakaman)

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu:

Ralph Lauren (Polo),
Levis Strauss (Levi’s Jeans),
Howard Schultz (Starbuck’s),
Sergey Brin (Google),
Michael Dell (Dell Computers),
Larry Ellison (Oracle),
Donna Karan (DKNY), I
rv Robbins (Baskin & Robbins)
Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times). 

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion. Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo’s Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) – semuanya adalah Yahudi.

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan ‘membuat apa saja’ demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.


Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. 


Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?



Ini jawapannya:

Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian ‘Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia’ – dan menakjubkan – tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.


Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat. 


Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

notakaki : aku rasa artikel ni bagus dan nak share ngan korang semua. Sumber dari sini.


KISAH PELACUR BERTERAWIH DAN ANAK PEKERJA SEKS

Sedih rasanya bila baca cerita ini. Aku jumpa artikel ni semasa tengah blog walking. Mari kita bersama-sama ambik iktibar dari cerita ini.

Betul, malam tadi aku dan tiga orang sahabat iaitu Jamali, Mie dan Sharul ke Lorong Hj.Taib, tempat yang terkenal di Kuala Lumpur sebagai pusat perdagangan seks wanita dan pondan ‘kasta rendah’

Hina dan kutuklah kami semahunya, percayalah ia tidak akan menjadi kudis buat kami berempat.tujuan kami ke sana cuma satu, untuk bertemu wanita pekerja seks dan anak-anak mereka.kami bukannya pergi atas tiket kerja atau NGO, kami bukan ahli politik dan kami bukannya siapa-siapa

Segalanya bermula ketika kami berempat sedang berehat setelah selesai berbuka puasa tiba-tiba kami terfikir untuk membuat sedikit sumbangan kepada golongan yang memerlukan, bukan banyak pun, kebetulan masing-masing pun tengah sengkek
 
lalu aku teringatkan Kak Fidah, pengasas rumah kebajikan Sinar Salam yang menempatkan wanita penagih dadah dan pekerja seks di Lorong Hj. Taib

"Kalau adik nak datang, baguslah…akak pun suka, sekurang-kurangnya masih ada orang yang sudi nak jenguk kami kat sini,” kata Kak Fida

namun ketika kami sampai, tak ramai ‘penghuni’ di situ, rupa-rupanya ada di antara pelacur yang mendapatkan perlindungan di sini pergi menunaikan selawat tarawih bersama anak-anak mereka

aku terus jadi sebak, dalam hati aku berkata, walaupun mereka ini pelacur, namun mereka masih ada kesedaran untuk memohon hidayah dari Allah SWT, alhamdulilah…

tapi yang membuatkan aku bertambah sedih apabila melihat wajah anak-anak pekerja seks ini

wajah mereka putih dan bersih walaupun ibu mereka bergelumang dengan noda dan dosa.sahabat aku Jamali (Wesport), Sharul (Bank Negara) dan Mie (Offshore) dengan anak-anak pekerja seks

terus terang, katalah apa saja, tapi aku cukup kagum dengan para pelacur ini, sekurang-kurangnya mereka masih mahu membesarkan anak mereka seperti orang lain

ini berbeza dengan ramai insan di luar sana yang lebih sanggup membuang bayi mereka ke dalam tong sampah atau membiarkan ia dimamah anjing, semata-mata untuk menutup aib!

tapi yang paling memilukan apabila aku mendukung baby bernama Siti Aishah, anak salah seorang pekerja seks di sini.

aku dan adik Siti Aishah yang menghidap penyakit Hydrocephalus (kepala besar)

Siti Aishah menghidap hydrocephalus atau masalah kepala membesar

Siti Aishah hanya mampu menangis dan berbaring kerana tidak mampu menggerakkan kepalanya yang semakin hari semakin membesar itu

walaupun dana rumah Sinar Salam terhad, namun Kak Fidah masih berusaha bersungguh-sungguh agar Siti Aishah mendapat rawatan yang sebaik mungkin daripada hospital

” Kalau ikutkan dik, manalah nak ada duit nak tanggung semua ni, tapi akak akan usaha juga, kalau bukan kita orang Islam nak bela mereka, siapa lagi, mengutuk dan mengeji tak akan menyelesaikan masalah, adakah kita semua sanggup melihat Siti Aishah menderita macam tu saja,” kata Kak Fidah dengan mata yang berkaca

lebih kurang sejam di rumah itu, kami pun meminta izin untuk beredar, kebetulan Kak Fidah merancang untuk memberi sedekah berbentuk makanan kepada para pelacur yang ‘mencari makan’ di Petaling Street

justeru dalam ruang yang kecil ini, aku memohon agar bersamalah kita membantu Kak Fidah membela nasib para pekerja seks dan anak mereka yang tidak berdosa ini

membela di sini bukan bermaksud memanjakan atau menggalakkan mereka melacur, tetapi untuk membantu atas dasar kemanusiaan serta dalam masa yang sama memberikan mereka ‘jalan keluar’ dari neraka dunia ini

ingat, tiada siapa yang nak jadi pelacur tetapi keadaan memaksa mereka untuk berbuat begitu..namun ini bukan bermakna kita tidak boleh membantu mereka keluar dari masalah tersebut

mudah-mudahan, dengan niat yang baik jujur dan ikhlas, kita dapat membantu Kak Fidah dan seterusnya mengeluarkan wanita-wanita ini daripada terus melakukan kerja yang terkutuk dan dilaknat itu

kita mungkin boleh menjatuhkan hukuman, tetapi kalau yang jadi pelacur itu ditakdirkan adik atau ahli keluarga kita sendiri bagaimana?

kalau bukan kita, siapa? kalau bukan sekarang, bila?


ADAKAH HITLER BERKETURUNAN YAHUDI



Betulkah Hitler berketurunan Yahudi. Kalau betul kenapa dia sanggup membunuh bangsa Yahudi semasa zaman hidupnya. Entahlah wallah huallam. Berikut adalah petikan dari Kosmo.

BRUSSELS - Ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) ke atas ahli keluarga pemimpin Nazi di Jerman, Adolf Hitler menunjukkan bahawa dia mungkin berketurunan Yahudi dan Afrika Utara, lapor sebuah akhbar semalam.

Penemuan itu mengejutkan kerana Hitler bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan penduduk berketurunan Yahudi pada zaman Perang Dunia Kedua.


Hitler mati dengan menembak dirinya semasa jerman kalah dalam perang Dunia Kedua.

Majalah Knack yang beribu pejabat di Brussels mendakwa DNA yang diambil daripada saudara Hitler yang tinggal di Amerika Syarikat (AS) telah membawa kepada penemuan tersebut.

Seorang wartawan, Jean-Paul Mulders mengumpulkan DNA daripada kain napkin yang digunakan oleh salah seorang daripada tiga pewaris Hitler yang tinggal di Long Island, New York.

Kejayaan DNA itu menyebabkan seorang petani di Austria yang hanya dikenali sebagai Norbert H. dan merupakan sepupu kepada diktator Jerman tersebut berjaya dijejaki.

Mulders mendapatkan khidmat pakar sejarah Marc Vermeeren untuk mencari Norbert di Waldviertel, Austria.

Norbert H. memberikan Vermeeren dan Mulders sampel air liurnya.

Dengan menggunakan sampel Norbert dan DNA daripada kain napkin itu, Mulders mendakwa terdapat hubungan antara kedua-dua lelaki itu.

Namun, DNA jenis Haplopgroup E1b1b (Y-DNA) yang ditemui pada kedua-dua lelaki itu jarang dijumpai di Jerman dan Eropah Barat.

"Ia lazimnya ditemui dalam penduduk Barbar di Maghribi, Algeria, Libya dan Tunisia termasuk puak Yahudi Ashkenazi dan Sephardic," kata Mulders.

"Itu merupakan keputusan yang mengejutkan. Sukar diramalkan bagaimana penyokong dan penentang Hitler menerima maklumat ini," kata pakar genetik, Ronny Decorte yang mengesahkan hasil ujian terbabit dan menegaskan bahawa kemungkinan Hitler juga mempunyai darah keturunan Afrika Utara.

Menurut majalah Knack, DNA itu diuji dalam kondisi makmal yang ketat. - Agensi