NATURAL REMEDIES

ISLAMIC CALENDAR

Sunday, November 28, 2010

DETOX FOOT PATCH MENIPU - SILA BACA EKPERIMEN INI

Entri ni aku baca kat sini. Based on eksperimen oleh blogger Aidid. Hmmm memang tak logik rasanya benda ni boleh buang toksin or toksik. Sila baca entri menarik ni. Terima kasih bro kerana berjaya membuka mata orang ramai daripada terus terpedaya dengan teknik MLM ni.

Assalamu'alaikum, dear friends and foes alike.

Korang pernah dapat offer atau kena tag di facebook dengan satu produk yang hebat dan canggih, yang diwar-warkan sebagai teknologi terkini dalam bidang perubatan? Satu produk dengan nama Detox Foot Patch. Macam-macam jenama ada, either dia orang jual cara direct-selling atau pun ada yang buat MLM. Ntah bila nak kaya buat MLM jual benda ni, korang la jawab, aku tak kose.

So, pagi ni aku pegi kedai nak beli paper, aku ada nampak produk tu (yang sama waktu dengannya) tergantung-gantung manggamit mesra hati ku yang dah lama "curious" pasal benda ni. Ada ke letak patch tu kat tapak kaki untuk semalaman boleh kasi nyah-toksin semua benda yang merapu yang dah masuk dalam badan seorang manusia? Seumpama aku ni lah kiranya. Aku kuat makan, dan aku makan macam-macam, korang pun tahu. Lepas tu, toksin tu semua keluar sampai foot patch tu jadi hitam beb! Bloody freaking 'ell! It's just out of this world man!

Cuma, selama aku membesar dan dah jadi orang dewasa yang pernah masuk U, aku selalu berfikiran bahawa, memang ada banyak toksin dan ntah apakebenda lagi masuk badan manusia, tapi Allah dah bagi kita hati dan buah-pinggang yang berfungsi sebagai organ yang memproses semua toksin tu dan menyingkirkannya melalui air kencing dan najis kita. Proses penyingkiran tu teramatlah kompleks dan memerlukan pelbagai enzim reductase, transaminase, phosphatase dan seribu satu macam enzim yang lain. Itu korang belajar la sendiri - tengok kat wikipedia pun ada penerangan yang orang pass SPM boleh faham.

OK... cuba korang tutup mata dan lupakan selagi ada iklan dan hasutan daripada kawan-kawan korang tu yang suruh beli benda ni. Bayangkan, kalau ko letak detox patch ni kat tapak kaki semalaman, macamana la agaknya toksin tu semua nak keluar? Ikut liang peluh tapak kaki (tapak kaki kita ada kulit tebal - jangan lupa), ikut resapan kulit? What? How?

Anyway, dah la tu beb... bukak mata tu. Tengok gambar aku ni. Ini gambar yang aku tangkap dengan iPhone aku dalam sejam lepas.
 
Cawan yang digunakan untuk eksperimen

 Selepas diletak pada air suam
 
Tak payah tunggu 8 jam. 5 minit dah cukup untuk kasi korang tahu bahawa benda ni merapu ya amat dan sesuai sungguh untuk sesetengah orang Melayu - ada mala'un dalam umat Melayu tu memang suka sangat mengelentong orang lain, dan ada pulak yang suka sungguh dikelentong di siang hari... demi duit. Tak payah la kita berdolak-dalik. Gusar jugak hati aku kadang-kadang memikirkannya. Kita dah masuk abad ke-21 dah ni beb. Ketinggalan zaman betul ke orang Melayu?

Pesan aku kepada sipenjual pulak - udah udah la buat kerja lagha dan satu sen tak guna ni bang, kak. Ini namanya mungkar dan laknatullah tuan-puan, sekalian. Jangan la telan duit untung sebegini, dan kasi anak makan dan sekolah. Tak berkat tu.
 
 

Thursday, November 25, 2010

IBU DIPERKOSA OLEH PEROMPAK

Sedih bila baca cerita ni kat Harian Metro online. Seorang ibu yang terpaksa membiarkan dirinya dirogol oleh perompak kerana dia tak mahu anaknya dirogol oleh perompak durjana itu. Ikuti berita selanjuntnya dibawah petikan daripada Harian Metro.

KUALA LUMPUR: Demi menyelamatkan maruah anak perempuannya berusia 12 tahun, seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila diperkosa di depan gadis sunti itu oleh seorang daripada dua penjenayah yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Melayu Subang, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda itu yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya.

Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol seorang daripada dua penyamun berusia lewat 20-an terbabit.

Menurut sumber polis, lebih menyayat hati ketika seorang daripada lelaki terbabit merogol mangsa, seorang lagi rakannya merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit.

“Sebelum itu, dua suspek terbabit yang memakai topeng memecah masuk rumah mangsa yang ketika itu tidur bersama anaknya dalam bilik utama manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam.

“Dua penjenayah terbabit mengikat dua beranak itu dan mengarahkan mereka mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek menggeledah rumah berkenaan sebelum mengambil wang tunai dan barang kemas yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM2,000.

“Sebaik selesai menggeledah rumah mangsa, seorang daripada suspek seolah-olah tidak puas hati dengan hasil rompakan mereka dan memberitahu mahu merogol seorang daripada dua beranak itu.

“Selepas rayuannya tidak diendahkan dan tidak mahu anaknya menjadi mangsa penjenayah itu, si ibu terpaksa merelakan dirinya dirogol seorang daripada suspek dan ketika dia dirogol seorang lagi suspek merakamnya menggunakan telefon bimbit,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua penjenayah melarikan diri dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 serta Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Wednesday, November 24, 2010

HALIA MEMBANTU KURUSKAN BADAN

Halia
 
Limau nipis


Tengah-tengah blogwalking jumpa petua nak kurus menggunakan halia. Betulkah ataupun hanya mitos. Apa-apapun sesape yang nak try boleh lah ikut resepi seperti di bawah. Credit to http://linrosly.blogspot.com

Bahan-bahan yang diperlukan :

Halia
Limau nipis
Air
Gula (aku nak try letak garam he..hee) modified skit. Pastu blend semua benda tu dan minum selama 30 hari. Ok nanti nak try, senang je ni.

Thursday, November 11, 2010

INNALLILLAH BUAT SHAMRIN DARI KUMPULAN FOTOGRAF

Masih ingat lagi dengan Kumpulan Fotograf yang pernah popular suatu masa dahulu. Shamrin penyanyinya meninggal dunia semalam. Berita ini pun aku dengar kat radio pagi tadi. Pastu ada lak berita ni dalam Kosmo online.

Shamrin penyanyi utama Kumpulan Fotograf

KUALA LUMPUR - Vokalis utama kumpulan Fotograf, Mohd. Shamrin Abdul Samad, 45, meninggal dunia pada pukul 6 petang semalam dipercayai akibat kegagalan fungsi jantung.

Vokalis tersebut dikejarkan ke hospital selepas dia rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini petang semalam.

Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru.

"Sewaktu sedang bermain bola, dia mengangkat tangan dan membongkok seperti mahu mengikat tali kasutnya.

"Dia kemudian pitam dan dikejarkan ke hospital," ujar Riot, bekas anggota kumpulan Kool yang turut berada di padang ketika itu.

UPSR

Alhamdullilalah anak aku berjaya mendpat 5A dalam UPSR semalam dan menjadi best student daerah untuk PSRA. Tahniah anak ku.

Tuesday, November 9, 2010

BETUL KE DR. FAZLEY ADA IJAZAH PALSU

Terkejut jugak bila baca dalam Kosmo online arini yang mengatakan Ijazah yang dimiliki oleh Dr. Fazley tu palsu. Betul ke tak, wallahuallam.

KAMPUS University of Wales di Cardiff yang didakwa menggantung hubungan dengan Kolej Antarabangsa Fazley.

LONDON – University of Wales di United Kingdom (UK) menggantung hubungannya dengan Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) milik penyanyi Malaysia, Fazley Yaakob sehingga satu siasatan dilakukan.

Menurut satu laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC), tindakan itu dilakukan ekoran kontroversi berkaitan dengan kelayakan akademik penyanyi tersebut yang dikatakan memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) dan sarjana palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.

BBC dalam program Week In Week Out: University Challenged mendakwa Fazley memiliki Ph.D palsu dan kini mengendalikan kolej yang menawarkan kursus sarjana muda dari University of Wales.

Dalam program itu, Fazley dituduh memiliki kelulusan itu dari sebuah universiti palsu.

Monday, November 8, 2010

DENGARNYA MIZZ NINA AKAN BERTUNANG



Siapa Mizz Nina ni aku penah kuarkan citer dia kat blog ni. Ala yang nyanyi What you're waiting for berduet dengan Colby Odonis tu. So pandai-pandai la cari sendiri. Citer ni aku petik dari Berita Harian online.

RAMAI peminat sudah pun tahu mengenai hubungan intim antara dua penyanyi popular masa kini, Mizz Nina dan Noh daripada kumpulan Hujan. 

Sejak awal tahun ini, gosip mengatakan kedua-dua artis ini dalam proses saling mengenali hati budi tersiar di sana-sini. 

Apatah lagi ketika itu mereka bekerjasama untuk album solo penyanyi wanita itu.

Kalau tak silap Cik Normah, Noh menghadiahkan sebuah lagu berjudul Kurnia untuk album wanita cantik ini. 

Cuma mungkin ramai yang tidak tahu, kedua-duanya mula terbabit dalam seni berlandaskan irama sama, hip hop, beberapa tahun yang lalu. 

Jika Mizz Nina bersama kumpulan Teh Tarik Crew ketika itu, Noh pula bersama kumpulan MIX. 

Begitupun, keintiman antara dua bintang muda ini khabarnya mula bertaut pada awal tahun ini. Pengakuan daripada empunya diri pula mula muncul sejak beberapa bulan lalu.

Yalah, buat apa hendak dinafikan kalau ia perkara yang membahagiakan mereka, kan? 
Peminat pun tentunya gembira apabila dua insan popular ini menjalinkan cinta. 

Bak kata orang tua-tua, mereka umpama pinang dibelah dua, sama cantik dan sama padan.

Cerita terbaru yang Cik Normah dengar, Mizz Nina dan Noh akan mengakhiri percintaan mereka dengan ikatan pertunangan sedikit masa lagi. 

Perincian majlis itu tidak pula Cik Normah dapat lagi, sebab khabarnya, mereka hanya akan mengumumkan perkara itu pada 16 November ini.

Cik Normah dan rakan-rakan di pejabat memang gembira dengan perkhabaran yang baru diterima ini. 

Buat apa hendak tunggu lama-lama, kalau masing-masing sudah saling menyintai. Perkara yang elok, baiklah dipercepatkan, semoga keberkatan menjadi milik mereka.

Kepada pasangan selebriti yang kian meniti bibir peminat ini, Cik Normah doakan selamat berbahagia. Cik Normah sendiri teringin untuk turun ke majlis sidang akhbar itu nanti, kalau keadaan mengizinkan.