NATURAL REMEDIES

ISLAMIC CALENDAR

Monday, August 19, 2013

APA KHASIAT MANJAKANI BAGI IBU-IBU BERSALIN

Salam semua. Arini baru ada mood nak menulis. Hari minggu lepas yang padat dengan jadual. Antar anak balik ke asrama, masak untuk 5 family yang datang beraya. Seronok walaupun memenatkan. Alhamdullillah dah selamat jugak aktiviti yang memenatkan.

Arini aku nak share apa khasiat manjakani bagi ibu-ibu yang baru lepas bersalin dan dalam pantang. 

Menurut kajian manjakani terbaik ialah yang dikenali sebagai Manjakani Mekah atau Manjakani Alleppo yang berasal dr daerah Alleppo di Syria. Ia terbentuk apabila daun pokok dikenali sebagai quercus infectoria (nama saintifik) dihingapi oleh sejenis spesies penyengat yang dikenali sebagai cynips tinctoria atau cynips gallaetinctoria. Kebekesanan manjakani ini telah lama terbukti terutama dalam merawat keputihan, sakit tekak, ulser dan masalah kulit.


Kajian menunjukkan bahawa manjakani adalah kayadengan tannin, asid tanik, anti-oksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C) kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat. Selain itu ia juga mengandungi unsure-unsur seperti astringen, anti microbial dan anti-radang.

Kandungan taninnya yang tinggi menyebabkan manjakani digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, terutama untuk penggunaan selepas bersalin bagi mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupon longgar akibat proses bersalin. Kajian membuktikan bahawaunsur astringen dalam manjakani dapat membantu mengencangkan otot dinding vagina dan mengembalikan keanjalan.

Rekod bertulis mengenai penggunaan manjakani untuk tujuan mengetatkan faraj dapat dikesan seawall kurun pertama Masehi apabila Soranus yang merupakan pakai perbidanan dan sakit puan Rome ketika itu menulis mengenai manajakani didalam bukunya Gynaecology. Ini meruakan satu satunya buku rujukan bidang ini yang digunakan sehingga kurun ke -16.


Kalau berminat sila hubungi Nisa 012 258 6320. Sepeket RM5 sahaja.

Wednesday, August 14, 2013

PERLUKAH BERPANTANG CARA KUNO PADA ZAMAN SEKARANG?

Aku melawat adik ipar dan kazen yang baru lepas bersalin hari raya ari tu. Adik ipar aku pulak demam masa dalam pantang. Katanya tiap-tiap petang dia akan rasa seram sejuk. Yang kazen aku pulak bila ditanya ada makan rempah ratus ke? Hmmm...katanya tak de......





Apalah nak jadi orang muda zaman sekarang ni...Kalau zaman aku dulu berpantang berpantang dan rempah ratus adalah sinonim. Makan jamu selepas bersalin ni adalah untuk kesihatan dalaman kita. 



Kita mengandung selama 9 bulan dan macam mana kita nak sihat kalau tak de suplemen untuk segarkan badan.

Hisss budak-budak zaman sekarang. Aku pelik dan tanya jugak tak kan mak dia orang tak tahu kot.

Macam aku setiap hari menu tengari mesti ada lada hitam dan lada putih ditumbuk dicampurkan dengan nasi, kata mak aku untuk panaskan badan. Katanya orang baru lepas bersalin mesti kena panaskan badan, nanti bentan.

Lepas tu rebus pulak herba manjakani, minum air dia setiap hari untuk sembuhkan luka dalaman. Kata arwah nenek, kita kalau mengandungkan anak lelaki banyak urat yang putus kalau dibandingkan dengan anak perempuan. So bila kita makan jamu dan minum air herba manjakani akan bantu sembuhkan luka dalaman dengan lebih cepat.

Param kena letak kat seluruh badan supaya tak masuk agin.

Lepas tu makan jamu rempah ratus buatan sendiri. Panas weh....

Alhamdulillah aku memang tak pernah demam semasa pantang. Malah aku akan berpeluh setiap hari. Kata mak air kunyit kena minum selepas kita keluar dari hospital. Tujuannya untuk keluarkan darah nifas supaya kita tak akan rasa sakit perut. Kunyit jugak adalah antiseptik semulajadi dan sangat baik untuk luka dalaman.
Patutlah tukang urut aku memang akan sediakan air kunyit dan akan make sure aku minum air ni kat depan dia sampai abis. Tiga hari berturut-turut kena minum. Lepas tu dah tak yah katanya.

Huh....aku berpantang memang tahap kuno. Pantang dengan mak aku memang sangat stress, stokin dan baju lengan panjang. Mungkin masa tu kita tak tahu apa kebaikannya, katanya kesan kalau kita tak ikut pantang akan nampak dan rasa lepas kita dan berumur sikit.

So budak-budak zaman sekarang ni sebab dah moden maka susah lah nak cakap. Aritu penat aku berceramah kat dia orang. Lepas tu baru terhegeh-hegeh nak tanya jamu apa nak dimakan itupun selepas dah sebulan bersalin. 

Harap-harap perkara ni tak berlaku kepada anak-anak aku pun. Apa-apa pun jagalah kesihatan kita kerana mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

Sekian luahan hati untuk ibu-ibu muda zaman sekarang.



Monday, August 12, 2013

LAGI TESTIMONI/REVIEW JUS DELIMA TERKINI YANG SUNGGUH OWESOME



 Aku baru dapat mesej daripada seorang kakak yang pernah beli Jus Delima ni. Dulu aku pernah pos testimoni jus delima oleh kakak sulung aku yang mengidap penyakit kencing manis. 

So kakak ni excited nak try. Dia try terus dan beli 10 botol daripada aku. Dan hasilnya tahap glukos dalam darah kakak ni dah turun daripada 12 kepada 3 dalam masa 1 sebulan. Alhamdulillah kakak. Aku cuma berkongsi testimoni kakak sulung aku je. Dan ternyata ada yang serasi dengan Jus Delima ni.

Kita cuma ikhtiar dan dengan kuasa Allah juga yang telah menyembuhkan penyakit kencing manis kakak ni.

Doktor yang cek dia memang tak sangka yang tahap gulanya turun begitu ketara sekali especially dalam bulan puasa ni.

Aku telah pun merokemen kepada adik-adik ipar lelaki aku dan salah seorang daripada adik aku mengidap penyakit sakit pinggang yang teruk sangat sampai tak leh jalan.

Lepas je aku syorkan Jus Delima Gulsan ni, alhamdulillah sakit pinggangnya terus hilang dan dia cakap bila bangun pagi rasa sangat cergas dan senang nak bangun pagi.Kalau tak dulu setiap bulan dia akan pegi injection untuk tahan sakit. Sekarang ni tidak lagi selepas mengamalkan Jus Delima Gulsan.

Aku baru rekomenkan kepada nenek saudara aku yang kena gout. So next month bila balik kampung nanti aku share kat korang semua samada jus ni berkesan atau pun tidak.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba Jus Delima ni, sila hubungi Nisa 012 258 6320 boleh emel, mesej atau wats app pun boleh. Kalau nak minta pendapat pun ok. Harga yang aku tawarkan adalah sangat berbaloi hanya RM14 sebotol tidak termasuk pos.

COD juga boleh di kawasan Puncak Alam, Ampang Park, KLCC, KL Sentral dan juga Klang Lama.






GOGEN PURE COLLAGEN DUST

Rasa macam dah lama tak update pasal Gogen Pure Collagen Dust ni. Aku cuma nak bagitau pasal testimoni aku sendiri dengan kolagen ni. Kolagen memang sinonim dengan wanita. Sebab utama aku mengamalkan kolagen ni adalah kerana ia adalah hormon semulajadi yang bebas bahan kimia.

Kenapa kita wanita kena amalkan kolagen ni kerana semakin kita berusia kulit kita akan hilang keanjalan dia. Lagipun pengambilan yang berterusan akan melambatkan proses menopause bagi kaum wanita yang telah lanjut usia. 

Kalau korang nak tau menopause ni adalah sebahagian proses yang akan dialami oleh semua kaum wanita apabila usia telah menginjak ke 50 an ataupun ada juga yang mengalami proses ni lebih awal. 

Aku telah melihat sendiri proses menopause berlaku kat emak sendiri. Dan yang paling ketara sekali ialah period dia akan terhenti. So bila period kita dah tak de, kesan sampingan yang lain ialah kuat berpeluh, jantung berdebar-debar, cepat marah dan resah gelisah. So aku telah bagi mak aku Gogen ni yang mana bila dia amalkan alhamdulillah kesan yang dialami tidak seteruk oleh orang lain. Lagi satu mak aku cakap sakit pinggang dan sakit sendi yang dialami setelah sekian lama telah hilang terus.

Tapi mak aku telah amalkan Gogen Pure Collagen Dust ni dah lama. Aku rasa adalah dalam 4 tahun kot. Masa tu aku bagi dia try jenama lain. Entah lupa lak. Aku beli kat farmasi. Tapi kalau dibandingkan kulit mak aku dengan kawan-kawan yang sebaya dia memang akan nampak kesan. Sebab kulit muka mak aku akan kelihatan lembap dan kurang kedutan. Ya lah kalau kita dah berusia memang akan berkedut, cuma dia akan kurangkan je. Tak ketara sangat. Tapi yang paling mak aku suka sangat sakit sendi dan sakit pinggang dia memang telah hilang. Kalau tak setiap malam anak buah aku akan jadi mangsa kena jadi tukang urut.

Alhamdulillah dengan pengambilan Gogen Pure collagen dust dan jus delima yang berterusan kesihatan mak aku memang excellent. Dia boleh bersolat terawih sebanyak 23 rakaat tanpa henti. Cuma kadang-kadang dia penat yang buatkan dia macam mengah.

So nasihat aku kepada kaum wanita diluar sana, amalkan lah apa jua jenama kolagen kerana kesan nya terhadap kesihatan kita. Aku telah merasa kesannya begitu juga dengan kakak-kakak aku dan juga mak aku sendiri.

Aku suka bagi testimoni diri sendiri sebab aku rasa aku tidak perlu menipu, ikhlas dan memang aku tidak dibayar oleh sesiapa pun. Aku jadi pengedar Gogen ni pun sebab aku sendiri telah amalkan dan tidak salah aku berkongsi dengan sesiapa yang berminat.

Lagipun aku rasa Gogen ni murah kalau dibandingkan dengan jenama lain yang pernah aku cuba. Harga hanya RM60 sebotol dan tahan selama sebulan.




So sesape yang berminat boleh hubungi Nisa 012 258 6320, emel, mesej atau wats app pun boleh.

Sunday, August 11, 2013

BERSIARAN KEMBALI SELEPAS MOOD RAYA

Salam semua. Arini aku dah start keja sebab aku dah cuti sepanjang minggu lepas. Best sangat bila dapat berpuasa bersama bonda dan keluarga setelah sekian lama aku tidak berkesempatan memandangkan aku selalu beraya di kampung suami dan kemudian baru ke kampung halaman sendiri.

Rasa gembira yang tak terhingga. Syukur alhamdulillah. 

Tapi arini ni hanya aku dan beberapa orang ofis mate je yang keja. Senyap dan sunyi. 

Best jugaklah macam ni kan.....

Aku juga ingin mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA SEMUA'.

Kepada sesiapa yang ingin membeli Jus Delima Gulsan, syampu ESZ dan Gogen boleh lah hubungi aku mulai arini sebab aku dah on line.






Monday, July 29, 2013

TIPS PEMAKANAN YANG SESUAI SEMASA HAMIL -CARA SAYA

Minggu lepas aku balik kampung untuk melawat anak buah. Adik ipar baru bersalin. Kena tahan kat hospital selama 2 minggu sebab wifenya darah tinggi dan anak kena penyakit kuning. Lepas tu kena ulang alik ke hospital selama sebulan. Kesian babynya kena ambik darah. Bayangkan dah la kecik kena pulak ambik darah sebab jaundice.

Aritu masa adik ipar aku ni pregnant aku dah nasihat kat dia, tips pemakanan yang aku dah buat. Sebab anak-anak aku seramai 5 orang tu tak pernah kena demam kuning. Malahan aku pun sihat walafiat sehinggalah aku bersalin. Tak pernah kena selsema dan batuk walaupun orang sekeliling sakit. Sampaikan doktor tu pernah tanya aku apa yang aku amalkan sampai darah aku memang excellent. Aku tak pernah mc kecuali bila aku rasa tak larat dan malas je.

So sekarang aku nak share sikit petua yang aku ambik dari mak aku. Pemakanan yang sesuai semasa tempoh kehamilan selama 9 bulan.

Untuk kesihatan baby dan ibu






Makan spirulina. Insya allah baby dan ibu tak akan senang dijangkiti demam dan selsema. Even kalau baby kena injection setiap bulan tu, dia akan demam sekejap je. Tapi alhamdullillah semua anak-anak aku demam sehari je, pastu baik terus dan jarang demam.

Untuk kecantikan kulit baby



Minum apa-apa jenis protein drink. Aku minum Amway punya. So skin kita dan baby akan jadi cantik. Ataupun Bio Protein dari Cosway. Bila kita minum protein, kulit baby akan jadi cantik dan kalau dia dah remaja tak akan ditumbuhi jerawat. Percaya lah.

Untuk senang bersalin



Pernah dengar Salindah. Aku makan ubat homeopathy ni untuk hilangkan sakit gigi semasa mengandung. Kata orang tua sakit gigi disebabkan oleh kalsium kita di ambil oleh baby. So bila makan ubat homeopathy ni memang tak rasa sakit gigi. Boleh dibeli kat kedai jamu. Rasa macam RM300 satu set. Tapi kan memang sakit bersalin tu kurang sangat kalau dibandingkan semasa aku tak ambik produk ni. Dia kurangkan sakit nak bersalin dan senangkan proses bersalin. 

Bila makan ubat homeopathy ni, baby pun tak banyak meragam. Tidur pun ikut time. Syukurlah aku ditemukan dengan ubat homeopathy ni sebab jarak anak aku no. 2 & 3 adalah setahun. So korang boleh bayangkan betapa susahnya kalau dia meragam. Malam memang tak berjaga. Tidur sampai pagi. 

Susu untuk kalsium dan perkuatkan tulang



Minum la apa jenis susu. Aku selalu beli susu lembu segar dari bhai yang jual naik moto. Dulu dia datang jual kat pak guard kat apartment yang aku tinggal. So aku memang order dengan dia. Tapi selepas tu aku dah pindah. So minum susu kotak je. Original flavor adalah sangat digalakkan.

Kurma



Makan dua biji kurma setiap pagi. Ini adalah makanan sunnah.

Nasi



Aku memang kurang makan nasi semasa aku mengandung. Hanya sehari sekali. Breakfast aku dengan 2 keping roti wholemeal dan hanya segelas susu. Kita kena kurangkan nasi sebab nasi mempunyai banyak gula dan untuk mengelakan diebetes semasa mengandung makanlah beras herba ponni/beras kurang kanji. Sebabnya ada orang yang kena diebetes semasa mengandung pastu terus kena sampai lepas bersalin. So untuk mengelakkan tu makanlah beras yang kurang kanji. Kalau korang boleh makan cubalah beras rebus. He..he...ada bran....






Jus Delima














Minumlah jus delima untuk kecerdasan otak baby yang dikandung. Jus ni jugak akan mengawal paras darah tinggi dan juga untuk mengelakkan kaki cramp ataupun kejang semasa tidur.