NATURAL REMEDIES

ISLAMIC CALENDAR

Thursday, September 23, 2010

SAPA NAK TENGOK WAJAH ANAK ASHRAFF SINCLAIR

Updated gambar anak lelaki Ashraf Sinclair dan Bunga Cinta Lestari, Nama anak lelaki Ashraf ialah Noah Sinclair dan mereka masih mencari cari nama tengah bagi anak lelaki yang baru lahir ni. Nama Noah ni depa ambil sempena nama Nabi Nuh, kata Ashraf. Nak tengok ka gambar anak Ashraf lagi...ada lagi....cilok mai untuk hampa tengok...keh3!!




Menurut kata sumber, Bunga bersalin secara pembedahan kerana baby Ashraf terlilit dengan tali pusat masa kat dalam rahim. Baby Noah dilahirkan pada 22 September 2010.


credit to nurizspace.blogspot.com

Wednesday, September 22, 2010

TAUGE OH TAUGE


Aku dapat ni dari emel yang dihantar oleh kawanku. Tak tahu betul ke tak. Tapi kalau betul, Hu..hu... jijik la rasanya nak makan lepas ni. Apa kata kita buat sendiri tauge lepas ni. Senang je nak buatnya.

Mesti ramai suka makan taugeh. nak pulak campur dlm char kuey teow.
hmmm rangup... tapi nak beli taugeh tu kene buat eksperimen dulu la.

Beli sket, jgn makan dulu sebaliknya simpan dulu utk 3 hari. pastu cuba bau taugeh tu lepas 3 hari camane. dan kalau boleh jgn beli taugeh yg kaler putih berseri tu.

Kepututsan yg mungkin boleh didapati...
lepas 3 hari bau taugeh tu hanching semacam.
bermakna taugeh tu disiram dgn urine aka air kencing.
dan air urine tu la jugak menyebabkan kaler putih berseri.

Kalau nak tau taugeh keluaran bumiputera senang aje.
kaler dia mcm kekuningan sket dan cepat layu serta kurang rangup, sebabnya
langsung tak guna urine sebagai baja.

Ni info dari pegawai opis aku yg pernah buat lawatan ke pusat2 penanaman
taugeh dibeberapa negeri tertentu yg diusahakan oleh cha ya nun alip.
siap terjumpa satu bilik khas simpan air kencing utk disiram pada pokok2
taugeh tu.

dan kenapa taugeh jodik mangsa?
sebabnya taugeh ni jenis pokok menyimpan air siraman bulat2 terus dlm
batangnya.
tak spt sayuran lain iaitu sayuran2 berdaun hijau yg mengalami fotosintesis
semasa proses
penyerapan baja atau dgn erti kata lainnya air siraman masuk ke tanah dulu
barulah akar menyerap dan proses fotosintesis berjalan utk penyerapan zat2
dari baja.

tak mcm taugeh dia serap terus ape yg kita siram sebab pertumbuhan
tumbesaran bukan secara fotosintesis.
tu sbbnya kalau simpan dlm masa 3 hari bau dia wangiiiiiii semacham...

so bagitau la kat sedara mara, kengkawan pasal nak mengenal taugeh2
hanching
dgn taugeh2 bumiputera.

Tuesday, September 21, 2010

MONEY BOY- CERITA PASAL APA NI.....

Tadi tengah baca Berita Harian online, ternampak tajuk berita Money Boy, ingatkan apalah citernya. Rupa-rupanya cerita pasal lelaki yang mengamalkan seks sejenis. Bacalah kisah selanjutnya dibawah.

LELAKI TAWAR KHIDMAT SEKS SEJENIS BERKELIARAN DI JALAN RAJA LAUT

KUALA LUMUR: Kegiatan ‘Money Boy’ atau lelaki yang menawarkan khidmat seks kepada golongan sejenis di sekitar ibu negara masih berleluasa apabila mereka kini menjadikan kawasan kaki lima sekitar Jalan Raja Laut untuk ‘memancing’ pelanggan melakukan seks songsang.

Walaupun beberapa tahun lalu kegiatan itu didedahkan media, tetapi golongan itu didapati masih menjalankan kegiatan terkutuk itu.

Modus operandi dijalankan ialah Money Boy akan melepak sekitar kaki lima Jalan Raja Laut bermula dari Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hingga ke kawasan sekitar Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) antara jam 9 malam dan 2 pagi sambil menunggu kereta yang akan berhenti di kaki tepi jalan.

Golongan itu yang berumur antara 20 hingga 30 tahun akan datang ke kereta yang berhenti di tepi jalan dan menjalankan aktiviti tawar menawar sebelum mereka dibawa ke rumah sendiri atau hotel murah sekitar Kuala Lumpur.

Seorang pengunjung di Dataran Merdeka, Mohd Ilham Mohd Nor, 27, berkata kegiatan songsang itu sukar dikesan kerana kebanyakan Money Boy kelihatan seperti mereka yang menunggu kenderaan awam atau melepak bersama rakan di kawasan itu.

Katanya, pada mulanya dia agak hairan kerana ramai lelaki melepak di kawasan itu seperti menunggu bas sedangkan kebanyakan orang ramai menjadikan kawasan Dataran Merdeka untuk melepak.

“Selepas diberitahu rakan, baru saya tahu kebanyakan mereka terdiri daripada pengamal seks sejenis yang dikenali Money Boy.

“Sepatutnya kegiatan seperti ini dibendung hingga ke akar umbi supaya ia tidak menjadi barah dalam masyarakat,” katanya.

Seorang lagi pengunjung, Sharif Ahmad Nazri Sharif Nordin, 25, berkata dia berharap pihak berkuasa terutama Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) dapat mengambil tindakan tegas agar masalah seks sejenis tidak terus berleluasa.

“Beberapa tahun lalu kes hubungan seks songsang ini pernah dibongkar sebuah stesen televisyen tetapi kini kegiatan itu didapati masih berterusan.

“Tindakan tegas perlu diambil bagi memastikan aktiviti seks songsang ini dapat dibendung,” katanya.

Tinjauan Sentral selama empat malam mendapati dakwaan orang ramai itu ada kebenarannya apabila kira-kira 20 Money Boy menunggu pelanggan di sekitar Jalan Raja Laut yang lebih dikenali golongan itu sebagai ‘Jurassic Park’.

Dalam menjalankan urus niaga hanya Money Boy yang akan mendekati kenderaan pelanggan selepas mereka percaya kereta yang berhenti di tepi jalan mahu mendapatkan khidmat seks.

Money Boy agak licik kerana tidak akan melayan pemandu yang memanggil mereka untuk mendapatkan khidmat seks songsang.

Dalam tinjauan itu Money Boy didapati akan menaiki kenderaan yang berhenti di tepi jalan dan akan pulang beberapa jam kemudian.

Usaha pemberita mendekati golongan ini berhasil selepas seorang Money Boy dikenali Rizal dalam lingkungan 28 tahun memasuki kenderaan yang diletakkan kira-kira lima minit di tepi Jalan Raja Laut.

Lelaki itu kemudian mendekati kereta dan bertanyakan sama ada menunggu kawan dan kemudian menawarkan khidmat seks songsang dengan bayaran RM80.

Menurut Rizal dia hanya ‘bekerja’ sebagai Money Boy pada masa tertentu dan menjadikan hotel murah sekitar ibu negara untuk menjalankan aktiviti terkutuk itu atau mengikut pelanggan ke rumah mereka.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali, ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung kegiatan songsang itu.

sumber dari Berita Harian online.

Monday, September 20, 2010

GOOD LUCK FOR ANAK KU YANG MENDUDUKI UPSR

Salam semua. Hari ni anak aku yang no. 2 akan menjalani exam UPSR. Good luck anak ku. Semoga Farah dapat menjawab dengan tenang. Jangan lupa selawat sebelum buka paper ye. Semoga mendapat kejayaan yang cemerlang. Insya allah.



Sunday, September 12, 2010

DITAHAN, DIBUNUH DAN DIBAKAR

Sedih rasanya bila mendengar cerita ni. Khabarnya pihak polis telah mengesahkan Datuk Sosilawati telah dibunuh dan dibakar. Cara pembunuhan yang amat kejam. Motifnya adalah berdasarkan dendam terhadap Datuk Sosilawati dan peguam yang bergelar Datuk tu. 





KUALA LUMPUR: Berlaku transaksi bernilai jutaan ringgit daripada akaun Datuk Sosilawati dengan seorang suspek yang ditahan berikutan kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik terbabit dan tiga lagi individu.
Sumber polis berkata, polis tidak menolak kemungkinan berlaku kes peras ugut berikutan penemuan bukti transaksi wang ke dalam akaun bank milik suspek yang ditahan polis berkenaan sepanjang tempoh kehilangan Sosilawati bersama tiga yang lain.


“Susulan penemuan wang terbabit, semua aset dan wang milik suspek utama terbabit akan dibekukan. Polis akan menggunakan Akta Anti Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA) dalam usaha mengesan daripada mana sumber wang terbabit diperoleh,” katanya.

Menurutnya, polis mendapati dalang utama berstatus Datuk terbabit mempunyai kekayaan melampau.

Berdasarkan maklumat, peguam terbabit sebelum ini dipercayai pernah beberapa kali berurusan dengan Sosilawati, 47, berhubung urusan jual beli hartanah termasuk terbaru membabitkan tanah di Pulau Pinang.

Difahamkan, tanah berkenaan sebelum ini dibeli Sosilawati dengan anggaran RM25 juta sebelum mahu dijual RM200 juta berikutan harga pasaran semasa yang meningkat.
“Ada kemungkinan faktor itu menyebabkan suspek ‘gelap mata’ dan merancang untuk menyapu semua wang terbabit dengan membunuh mangsa bersama tiga yang lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, yang ditemui berkata, polis menemui sejumlah wang dalam jumlah amat ‘besar’ di dalam akaun milik suspek utama berkenaan.Beliau yang ditemui di Banting, semalam, berkata, berdasarkan siasatan berlaku pemindahan wang ke dalam akaun bank milik suspek dan siasatan masih dijalankan bagi memastikan dari mana sumber wang itu diperoleh.

“Polis akan siasat secara rapi adakah wang terbabit diperoleh secara haram atau melalui pemerasan jenayah terhadap ramai mangsa lain sebelum ini,” katanya.

Selain itu, maklumat polis turut mendakwa Sosilawati berkemungkinan ditahan dan dibunuh suspek utama yang berang selepas mangsa enggan membawa wang tunai seperti dijanjikan pada 30 Ogos lalu.

Wang yang sepatutnya dibawa seperti dipersetujui antara kedua-dua belah pihak turut menjadi punca semua mangsa ditahan sebelum dibawa ke ladang maut terbabit.

Berdasarkan maklumat diperoleh, suspek dianggap popular di kalangan penduduk sekitar Banting di sini, selain turut dikenali polis berikutan pejabat guamannya yang terletak tidak jauh dari Balai Polis Banting.

“Bagaimanapun, polis sedang menyiasat kemungkinan suspek turut terbabit dengan aktiviti gangterism selain menggunakan kaedah bakar mayat untuk menghilangkan bukit,” katanya.

SELAMAT HARI RAYA

Salam semua. Tak terlambat lagi rasanya nak ucapkan selamat hari raya kepada semua umat Islam.

EID MUBARAK TO ALL







Thursday, September 2, 2010

BETUL MEMANG NORMAN HAKIM DAN MEMEY NAK KAHWIN

SUDAH lama tidak melihat lirikan senyuman Norman Hakim yang bersungguh-sungguh.
Cahaya kebahagiaan terpancar pada wajah aktor kacak itu apabila berada di sisi bakal tunangannya, Memey Suhaiza.

Muncul sedondon dengan busana berona fuschia pada majlis berbuka puasa di Hotel Istana, Kuala Lumpur, petang kelmarin, pasangan merpati sejoli itu seakan tahu pihak media mahu mendapatkan kepastian selanjutnya mengenai majlis penting mereka pada awal Syawal nanti.

Selepas berbuka, Norman, 34, dan Memey, 22, terus ditarik ke satu sudut oleh wartawan lalu bercerita mengenai status hubungan mereka ketika ini serta majlis pertunangan yang akan berlangsung pada 13 September ini di kampung Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.

"Dah lama juga saya terfikir untuk mengikat pertunangan dengan Memey. Dalam tahun ini juga terlintas niat ke arah itu, tapi kami tercari-cari tarikh sesuai," Norman bersuara.

Sambungnya lagi: "Kalau hendak dikirakan sibuk, memang sampai bila pun kerja kita tak pernah habis.

"Jadi pada minggu pertama puasa baru-baru ini, saya pergi bertemu keluarga Memey di Kota Tinggi untuk meluahkan hasrat pertunangan kami itu dan pada minggu kedua, saya memaklumkan perkara yang sama kepada keluarga saya di KL. 

"Jadi, kami dah capai kata sepakat untuk bertunang pada 13 September 2010 sebab semua ahli keluarga dan adik beradik masih bercuti raya," katanya.

Norman berkata lagi, dia dan Memey hanya mahukan sebuah majlis sederhana, tetapi terselit adat merisik, menyerahkan hantaran, menyarung cincin dan seterusnya berbincang mengenai ketetapan perkahwinan mereka kelak.

"Kami belum tetapkan lagi tarikh pernikahan kami, tetapi harap-harap awal tahun depanlah. Semuanya akan ditentukan kemudian dan kami akan beritahu wartawan nanti," ujar Norman.

Soalan kemudian beralih kepada Memey yang dipanggil 'sayang' oleh Norman mengenai perasaannya apabila disunting menjadi calon isteri.

"Saya terlalu gembira dan bersyukur dengan keputusan Abang Norman. Saya gembira kerana hubungan kami berterusan dengan sesuatu yang baik dan semoga kami akan dapat disatukan nanti.

"Sebenarnya, semua perasaan ada - gembira, bersyukur, takut dan berdebar. Saya kena mula buat persiapan dari sekarang untuk menjadi bakal isteri kepada Abang Norman dan ia satu lagi pengalaman baru dalam hidup saya.

"Saya akui saya masih muda, baru 22 tahun. Berbanding remaja lain, banyak yang perlu saya korbankan seperti membina kerjaya, berdepan bermacam dugaan dan kalau tiada aral, akan bernikah pada usia yang muda. Namun saya reda kerana semua ini ada hikmahnya dan membuatkan saya lekas matang," kata Memey.

Ditanya sama ada hubungannya semakin mesra dengan anak-anak Norman daripada perkahwinan terdahulu bersama Abby Abadi, Memey tersenyum seraya mengangguk.

"Ya, alhamdulillah semuanya baik. Mereka manja dengan saya dan panggil saya 'mummy'," jawab Memey ringkas.

Meskipun kes perbicaraan khalwat mereka masih berlangsung di mahkamah syariah, Norman berkata ia bukan halangan untuk mereka bertunang.

Baginya, prosiding itu adalah satu prosedur undang-undang dan dia mahupun Memey akan tetap memberikan kerjasama dan bercakap perkara yang benar.

"Saya harap semuanya akan berakhir dengan selamat. Bagi saya, kita harus melihat yang baik di depan dan memperbaiki kelemahan diri yang ada di belakang.
Sebenarnya debaran ini adalah lebih kepada saya kerana ini bakal menjadi perkahwinan kedua saya.

"Apapun terjadi, saya tetap percayakan kepada institusi kekeluargaan dan mahukan keberkatan dalam hidup dengan Memey.

"Apa yang penting, hubungan kami mendapat restu keluarga dan segala persiapan untuk pertunangan ini diatur oleh keluarga kami," kata Norman.

Norman mahupun Memey sedar, dalam percintaan dugaan pasti ada. Antara cabaran itu adalah gosip yang mengatakan hubungan mereka retak baru-baru ini kerana kononnya Memey sudah ada kekasih baru.

"Itu semua tak betul. Apabila terbaca gosip mengatakan hubungan kami retak, saya terus memberitahu Abang Norman. Bagi saya tidak ada apa-apa yang seharusnya disorok kerana kami percaya kepada keikhlasan.

"Abang Norman banyak bagi nasihat dan dia tidak lekas melatah. Saya memang ada ramai kawan dan mungkin orang salah tafsir," jelas Memey.

Bercerita lebih lanjut mengenai majlis pertunangan mereka itu, majlis doa selamat akan dilangsungkan di kediaman orang tua Norman di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 September ini.

Keesokannya, rombongan pihak lelaki akan berkonvoi ke Felda Tenggaroh Selatan 1 dan dijangka tiba di sana awal petang.

Seterusnya, majlis pertunangan itu akan diadakan di rumah keluarga Memey selepas Asar dan pada sebelah malam pula, satu majlis BBQ akan diadakan di sebuah lokasi berdekatan.

Untuk hari bahagia itu, Memey berkata dia akan mengenakan busana 'off-white' rekaan Ezuwan Ismail. Pihaknya dijangka menyediakan tujuh hantaran sebagai balasan lima daripada pihak Norman.

Dari sudut lakonan pula, walaupun mereka hangat bercinta, mereka jarang dipertemukan bersama di lokasi.

Namun untuk tayangan Aidilfitri nanti, Norman dan Memey akhirnya akan muncul bersama dalam telefilem Ghia di RTM.

Menariknya, Memey memegang watak adik ipar Norman yang 'memperisterikan' Dynas. Memey akui seronok berlakon bersama Norman dan banyak bertukar-tukar fikiran di lokasi penggambaran.

Ketika ini, Norman masih sibuk dengan penggambaran drama arahan Erma Fatima, Sabar dan Memey pula, Osman Berani sentuhan Jebat.

Meskipun kedua-dua sibuk dengan tugas masing-masing, mereka tetap cuba meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama-sama. Dari bahasa tubuh mereka ketika ini, dapat dilihat kedua-duanya sangat bahagia dalam menghitung hari. 

>Profil
NAMA SEBENAR: Mohamed Nurhakim Zaidon
NAMA KOMERSIAL: Norman Hakim
TARIKH LAHIR: 8 Januari 1976
ASAL: Kuantan, Pahang
STATUS: Duda
KERJAYA: Pelakon
ANAK: Mohamed Danish Hakim, 7, Marissa Dania Hakim, 5, dan Maria Danisha
Hakim, 2
ANTARA DRAMA: Idaman, Layar Impian, Tahta Hati, Bermula Disini, Insurgensi, Gerak Khas, Ikon, Bila Rama-Rama Terkopak Sayapnya
ANTARA FILEM: Nafas Cinta, Pasrah, Gerak Khas, Idola, Gerak Khas The Movie, Gila-Gila Pengantin, Gerak Khas 3 dan Gila-Gila Pengantin Popular, Kayangan, Skrip 070707, Dunia Baru The Movie


>Profil
NAMA SEBENAR: Suhaiza Suhaimi
NAMA KOMERSIAL: Memey Suhaiza
TARIKH LAHIR: 25 Mac 1988
TEMPAT LAHIR: Hospital Kota Tinggi, Johor
STATUS: Bujang
KERJAYA: Model, pengacara dan pelakon
PENDIDIKAN: Sijil Pendidikan Malaysia (SPM)
ANTARA DRAMA: Graduan, Elit, Pasrah, Dunia baru 3, Farah Syakira, Lara Rindu Mahsuri, Roda-Roda KL dan Tragedi Oktober
E-mel: may_suhaiza@yahoo.com.my

sumber dari harian metro