NATURAL REMEDIES

ISLAMIC CALENDAR

Sunday, November 28, 2010

DETOX FOOT PATCH MENIPU - SILA BACA EKPERIMEN INI

Entri ni aku baca kat sini. Based on eksperimen oleh blogger Aidid. Hmmm memang tak logik rasanya benda ni boleh buang toksin or toksik. Sila baca entri menarik ni. Terima kasih bro kerana berjaya membuka mata orang ramai daripada terus terpedaya dengan teknik MLM ni.

Assalamu'alaikum, dear friends and foes alike.

Korang pernah dapat offer atau kena tag di facebook dengan satu produk yang hebat dan canggih, yang diwar-warkan sebagai teknologi terkini dalam bidang perubatan? Satu produk dengan nama Detox Foot Patch. Macam-macam jenama ada, either dia orang jual cara direct-selling atau pun ada yang buat MLM. Ntah bila nak kaya buat MLM jual benda ni, korang la jawab, aku tak kose.

So, pagi ni aku pegi kedai nak beli paper, aku ada nampak produk tu (yang sama waktu dengannya) tergantung-gantung manggamit mesra hati ku yang dah lama "curious" pasal benda ni. Ada ke letak patch tu kat tapak kaki untuk semalaman boleh kasi nyah-toksin semua benda yang merapu yang dah masuk dalam badan seorang manusia? Seumpama aku ni lah kiranya. Aku kuat makan, dan aku makan macam-macam, korang pun tahu. Lepas tu, toksin tu semua keluar sampai foot patch tu jadi hitam beb! Bloody freaking 'ell! It's just out of this world man!

Cuma, selama aku membesar dan dah jadi orang dewasa yang pernah masuk U, aku selalu berfikiran bahawa, memang ada banyak toksin dan ntah apakebenda lagi masuk badan manusia, tapi Allah dah bagi kita hati dan buah-pinggang yang berfungsi sebagai organ yang memproses semua toksin tu dan menyingkirkannya melalui air kencing dan najis kita. Proses penyingkiran tu teramatlah kompleks dan memerlukan pelbagai enzim reductase, transaminase, phosphatase dan seribu satu macam enzim yang lain. Itu korang belajar la sendiri - tengok kat wikipedia pun ada penerangan yang orang pass SPM boleh faham.

OK... cuba korang tutup mata dan lupakan selagi ada iklan dan hasutan daripada kawan-kawan korang tu yang suruh beli benda ni. Bayangkan, kalau ko letak detox patch ni kat tapak kaki semalaman, macamana la agaknya toksin tu semua nak keluar? Ikut liang peluh tapak kaki (tapak kaki kita ada kulit tebal - jangan lupa), ikut resapan kulit? What? How?

Anyway, dah la tu beb... bukak mata tu. Tengok gambar aku ni. Ini gambar yang aku tangkap dengan iPhone aku dalam sejam lepas.
 
Cawan yang digunakan untuk eksperimen

 Selepas diletak pada air suam
 
Tak payah tunggu 8 jam. 5 minit dah cukup untuk kasi korang tahu bahawa benda ni merapu ya amat dan sesuai sungguh untuk sesetengah orang Melayu - ada mala'un dalam umat Melayu tu memang suka sangat mengelentong orang lain, dan ada pulak yang suka sungguh dikelentong di siang hari... demi duit. Tak payah la kita berdolak-dalik. Gusar jugak hati aku kadang-kadang memikirkannya. Kita dah masuk abad ke-21 dah ni beb. Ketinggalan zaman betul ke orang Melayu?

Pesan aku kepada sipenjual pulak - udah udah la buat kerja lagha dan satu sen tak guna ni bang, kak. Ini namanya mungkar dan laknatullah tuan-puan, sekalian. Jangan la telan duit untung sebegini, dan kasi anak makan dan sekolah. Tak berkat tu.
 
 

19 comments:

  1. dlu mase saya praktikal ade gak abg kat situ jual.
    kita nie p just nak try jew.
    tpi mmg xder kesan pape pn.

    ReplyDelete
  2. memang hitam sebab ada herba dalam tu.....
    cuka buluh yang memang kaler hitam....kalau letak air confirm la hitam...tapi ada ke sampai berlendir dan berminyak kalau letak dekat air suam tu..tak ade kan...
    so kepada aidid....jangan lah nak menutup periuk nasik orang lain..macamlah dia pernah pakai...my mom dah try..tapak kaki dia terus hilang sakit...maybe dengan ikhtiar fdp dengan izin Allah..tapi ramai lagi yang bagi testimonial yang bagus pasal produk ni..janganlah kerana sorang kata tak bagus...rosak semua periuk nasi penjual-penjual detox patch...padahal ramai testimonial yang bagus dari kawan-kawan pasal produk ni

    -penjual detox patch kecil-kecilan di universiti-

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...kesan sebenar berlendir..letak air mmg la wap naik herba basah..ish2 fitnah tu berdosa

      Delete
    2. Sya pakai benda ni...bukan setakat hitam mcm experiments tp berlendir . Dulu ada lah jga terfikir kot bnda tu mmang hitam walau lekat d mana2 tp lepas try bru tau ianya berkesan. .Lenguh2 bdn dh xde..trust me

      Delete
  3. salam.. saya salah seorang dari menjual produk foot patch detox. tapi brand Jun Gong lah.sebelum saya jual benda ni saya test dulu.. dalam hati saya ckp kalau benda ni tak berkesan saya tanak jual. sbb saya tanak aniaya org. saya sudah pun pakai dulu benda ni.. kat tapak kaki. memang tak ada kesan.. mula2 saya ingat menipu. oleh kerana tak puas hati sbb letak kat betul2 tapak kaki tu.. ade kulit tak kena.. benda tu tak jadi hitam semua tengah2 still kaler yg sama. so entah macam mana terfikir nak letak kat tumit kaki plakk. hari ke dua saya tampal di situ.pagi2 bukak memang hitamm sangat2 seluruh permukaan benda tu semua hitam.. berminyak2 . tengah hari tu saya keluar dgn kawan2 berjalan kaki dari satu shopin kompleks kami redah sampai mlm. baru saya perasan tumit saya tak berapa sakit dah mencucuk2 macam dulu.sebelum saya letak menda tu kalau berjalan lama2 saya mesti berhenti2 sbb tumit saya sakitt sangat2. tapi saya kerap kencin waktu saya berjalan2 kaki hari tu. apa yg saya cerita ni betul dari pengalaman saya.sampai skrg saya still pakai kat tumit kaki.. benda tu takan terus elok kan.. tapi kita berusaha ikhtiar utk kesihatan. kalau nak ikut suhu badan .. saya penah letak mende tu kat termos panas .. tade berubah pun kaler. cuma klu saya letak air lah berubah kaler.. air sejuk lagi..> tapi mesti lah berubah kaler dah kena air. tapi tade le minyak2 keluar.so mana datang minyak2 tu..klu tampal kat kaki?? kalau benda tu menipu dan tumit saya tak berapa sakit.. dah skrg... fikir2 lahh . bila orang melayu meniaga.. jgn lah suke kondemmm.. itu sbb org melayu ni mundurr.. tapi kalau org cina.. meniaga benda tu tipuu puuu korang sanggup jugak belii... saya pun tak tahu produk mana yg menipu.. tapi setakat yg saya pakai jenis jun gong ni.. bagi saya ok tumit tak sakit sgtt .

    to : HAZWAN17.. jgn patah semangat nak meniaga.. kalau betul barang itu elok terus kan meniaga yakin kan pelanggan anda... kalau betul benda tu menipuu saya sanggup buang stok yg ada pada saya.. tapi masalah nyaa saya pakai sudah rasa sendiri.. tumit saya tak berapa sakit lagi heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..lum kaji dah nak buat rumors..xkan mende tu saje2 nak buat.. sape yg pakai detox yg berterusan bukan kejap pakai kejap x.. anda akan alami sndiri ape fungsi detox...ingat dosa fitnah lebih besar drpd membunuh...

      Delete
  4. saya sokong kedai onlinesaya..masyarakat melayu ni ada phd..pasai tu suka nak kondem org lain niaga..kalo brg kita jual tu laku cki mula nak guna jalan kotor..cuba tgk cina depa ni akan bntu bangsa depa niaga..jual barang sama kedai seblah menyebelah je tp xdak pun nak kondem bgsa depa..saya pun da jual detox ni..ramai cstumer saya kata bnda ni berkesan..kai bengkak pn leh surut..soal halal haram tu sy no komen..sy tgk kandungan untuk detox ni xdak pun yg x halal..sy pn bkn ahli kimia nak kaji semua kandungan dalam detox..sama la juga kan kita beli kropok yg kilang bkn Islam buat..kita tgk cop halal kita da kata leh mkn..kita x pernah nak kaji kan halal ke haram kandungan dalam kropok tu..pada pendapat saya mgkin si aidid ni da terkena barang tiruan..sekarang ni mcm2 brand da yg ada..so aidid kalo nak dapatkan kepastian jgn wat ekperimen sndri..serahkan pada yg pakar..

    ReplyDelete
  5. emm aku pon dh try pkai detox foot patch ni..menakjubkan.bgun2 pg bdan rase ringan.time tido kt tapak kaki rse cm ade bnde tarik2.cikgu aku ckp toksin kluar melalui peluh pd tapak kaki akibat tindakbalas herba dlm tu.aku test letak kt perot lak esok pg tu aku tgk xde kesan pepe pon kt foot patch tu..maknanye toksin pling mudah kuar melalui tapak kaki.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...nonsense la sape yg pandai2 kate detox tipu...ingat...fitnah boleh buat bangsa mundur...

      Delete
  6. me pernah cuba pakai..pastu kesan lepas sehari tidur pakai ada hitam2 n berlendir..huhu..

    ReplyDelete
  7. Mende camni asalnya aku langsung xpercaya. Aku anggap tipu je smua claim org kata detox pad ni. Bila kawan aku bg kt aku mende ni 30 keping free2 camtu je. Aku guna jer ler. Nak test betol ke x. Aku pk ok gak kebetulan kaki tumit kiri aku ni mmg sakit lebam je berbulan2 da, mana laa tau pad ni bkesan ke x.

    aku perasan malam pertama aku guna mmg itam melekit pd keesokkan hri nya.. Likat je. Dr segi effect plak. Aku x berapa perasan. Aku terus je guna smpailah hari ke 2. Masih gak itam melekit.
    tp aku perasan kaki aku kurang sikit sakit. Lam ati aku masih lg xpercaya pad ni boleh mengobat. Maybe sbb aku minum air byk kot.smpai laa hari hari seterusnya aku perasan kaki aku lg sihat. Tumit kaki aku xde rasa sakit dah. Kaler pad tpakai pon jadi tak sehitam sebelumnya. Warnanya lg cerah. Masa tu laa aku mula percaya gak atas izin Allah gak, dan iktiar (guna ari2 pad tu). Mende nimujarab.

    Terus terang aku kata aku mmg amat sceptic n ragu2 dgn product camni. Tp mende ni agak berkesan. Tu je aku boleh kata. Aku xtau mcm mana mende ni berfungsi. Ntah ler. Tp mende ni berkesan. Aku bukan bniat nak promo ape2. Saje je komen.tp sapa2 yg slalu je sakit kaki, rasa lebam je tumit tu, x selesa masa bjalan boleh try mende ni. Saket len aku xtau. Aku hya nak kongsi je SOLUTION aku sembuhkn saket tumit kaki aku ni.wsalam :)

    ReplyDelete
  8. Saya dah pakai yang RM120 dan dah pakai yang RM10 selepas lebih kurang 10tahun tak pakai. First time RM120 sepeket. 10 tahun kemudian RM10 sepeket. RM10 tak rasa perubahan seperti RM120. Mulai rasa curiga yang RM10 TU betul ke atau tipu? Mungkin juga yang RM10 kena pakai lebih kerap baru dapat rasa kesannya. Benda ni direka berdasarkan kuasa akar pokok yang boleh menarik air dan zat makanan untuk pokok hingga ke pucuknya, tapi bukan semua pokok sama kuat.

    ReplyDelete
  9. Sy slalu pakai..klu la btl bnda ni tipu..apasal bau kaki sy hilang dan bdn makin segar..

    ReplyDelete
  10. Sy slalu pakai..klu la btl bnda ni tipu..apasal bau kaki sy hilang dan bdn makin segar..

    ReplyDelete
  11. Foot patch tu letak kat tumit ke atau kat tengah2 tapak kaki??

    ReplyDelete
  12. Rendam air mmg hitam, x dinafikan. Tapi duk di tapak kaki mcm mne boleh berair..? Pencerahan pls...

    ReplyDelete
  13. Sy juga penjual detox ni. Dah alami sendiri kesannye. Badan rase ringan dan pening kepala dah kurang

    ReplyDelete
  14. Detox foot pad saya sedang gunakan sekarang memang ada kesan positif pada tapak kaki saya yang ada penyakit kencing manis. Tapak kaki kurang sakit dan kesakitan tumit kaki berkurangan.

    ReplyDelete

nisa