NATURAL REMEDIES

ISLAMIC CALENDAR

Monday, August 19, 2013

MAKANAN YANG SESUAI SEMASA BERPANTANG

Kalau korang nak tahu makanan apa yang sesuai dimakan semasa berpantang ialah makanan yang boleh memanaskan badan dan kadar protein dan karbohidrat yang mencukupi sebabnya untuk memberi dan menambahkan tenaga selepas kita melalui proses bersalin yang sangat sukar.

Kalau berpantang cara hospital katanya semua benda boleh dimakan. Bagi aku kalau macam tu memang tak payah berpantang la kan.

Kalau berpantang cara orang tua lama pulak, tak leh makan benda yang sejuk sebab badan kita akan bertambah sejuk.

Tapi masa mula-mula bersalin kena elakkan telur, ayam dan sebarang seafood untuk mengelak kan kesan-kesan luka jahitan bersalin itu gatal. Selepas seminggu baru boleh makan ayam kampung. Menu hanya steam atau pun bakar. Ataupun ikan bilis digoreng tanpa minyak dan letak bawang besar dengan pepper.

Ini adalah cara berpantang aku yang mana selepas amalkan selama 60 hari gerenti berat badan akan turun sebanyak 15 hingga 20 kg. Terbaik ko....

Pada sesiapa yang nak amalkan petua yang ni, kat bawah ni aku sharekan cara aku.

Untuk breakfast

Untuk 3 hari berturut-turut minum air kunyit sebanyak secawan sebelum breakfast selama 3 hari. Tujuannya adalah untuk merawat luka-luka dalam badan dan juga mengeluarkan darah nifas.





Lepas tu minum Milo dan 2 keping roti wholemeal. In between minum air rebusan manjakani sebagai ganti air suam.

Jangan makan benda-benda merepek in between waktu lunch.

Lunch

Sesenduk nasi panas dan banyakkan makan ikan. Ikan apa-apa pun tak kisah. Ikan pari/kembung tak boleh makan sebab ada bisa dan akan menyebabkan kesan-kesan luka kita gatal. Sayur pulak sayur bayam. Nak lebih khasiat makan sup bayam merah yang dicampurkan dengan halia dan pepper. Kalau aku suka steam je sebab tak de minyak. Steam letak halia, pepper(lada hitam) dan sedikit lada putih dan juga bawang putih. Tujuan letak pepper adalah untuk memanaskan badan. Minum air rebusan manjakani juga sebagai ganti air suam.




Dinner

Makan oat dan juga Bio Protein. Untuk banyakkan susu minumlah air rebusan habbatus sauda (jintan hitam).






 

Jangan lupa makanlah jamu apa pun. Kalau aku suka makan jamu buatan kampung yang penuh dengan rempah ratus. Boleh beli dengan bidan kampung yang datang urut.

Barut perut jangan lupa sebab ia akan mengempiskan perut kita. Bagi yang bersalin secara caeser (pembedahan) selepas seminggu boleh lah dibarut perut. Kerana jika dibiarkan perut kita akan besar/buncit dan tak cantik.

Kalau korang ikut cara tu memang confirm akan turun berat badan kepada normal ataupun kurus daripada sebelum mengandung pun.

Cara ni memang berkesan dan juga disyorkan oleh tukang urut dan bidan aku semasa aku bersalin dulu. So korang kena rajin berpantang. Jangan malas kalau nak dapatkan bentuk badan yang menarik selepas bersalin.

Bagi aku tiada perkara yang mustahil kerana untuk kurus tiada jalan pintas atau mudah. So kena rajin jaga makanan kita. You are what you eat.

No comments:

Post a Comment

nisa