Blog ini adalah perjalanan kehidupan ku dalam mengejar cita-cita mencapai berat badan idaman.....
ISLAMIC CALENDAR
Monday, May 6, 2013
PETUA UNTUK HILANGKAN ANGIN DALAM BADAN
Salam semua. Arini aku rasa nak share petua untuk hilangkan angin dalam badan. Tentu korang semua pernah mengalami masalah ni kan.
Ada orang yang rekmenkan minum air halia, minum eno dan macam-macam lagi.
Tapi kali ni aku nak share petua yang paling mudah sekali untuk hilangkan angin dalam badan.
Korang mesti ada Milo kat rumah kan. So apa yang korang kena buat, ambil 3 sudu besar Milo dan campurkan dengan air panas. Pastu minum masa ia masih suam-suam. Insya allah tak sampai 5 minit pas tu mesti angin akan keluar. So get ready jangan dok sebelah orang masa tu. Mesti akan terkentut punya.
Petua ni aku dapat daripada doktor aku. Masa tu aku tengah pregnant dah tentu tak leh makan sebarang ubat kan. Masalah dengan aku ni, semua benda yang aku makan mesti akan buat aku rasa tak sedap perut. Lagi-lagi kalau makanan pedas mesti akan kena 'heart burn' yang akan buat dada rasa panas.
So setiap kali sebelum makan aku akan pastikan aku minum Milo dan juga selepas makan. So dengan cara tu aku berjaya makan apa saja masa aku pregnant.
Dan sampai sekarang aku amalkan petua minum Milo ni setiap kali aku rasakan perut aku macam ada angin atau rasa perut tak sedap. Tapi make sure kena minum masa panas atau suam-suam. Dan kalau yang terlalu banyak angin buatlah kerap-kerap insya allah menjadi.
Aku pernah jugak try minum air halia dan eno. Tapi yang ini jugak yang serasi dengan aku. Instant result. Tak sampai 5 minit minum mesti aku dah terbuang angin dengan segera.
Mulai dari aritu, aku mesti simpan stok Milo kat rumah. Dan sekarang aku pun bagi kat anak-anak aku jika dia orang ada masalah angin. So far alhamdullillah aku dah try kat anak-anak aku menjadi. Dan ia adalah lebih baik dibandingkan dengan air halia. Bukan apa budak-budak kan selalu sakit perut kalau salah makan, maka aku akan bancuhkan Milo tu suam-suam dan bagi anak aku minum. Insya allah lepas tu mesti lega. Dan tak lama tu dia akan terkentut dan lega pulak rasa bila angin dah keluar.
So sesapa yang ada masalah angin cubalah petua ni. Insya allah menjadi dan senang pulak tu.
Labels:
Petua
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
senangnya petua nie..sdap plak tu..hihi..
ReplyDeletesy singgah sini bc entry+ follow juga..kalau sudi jom singgah + follow sy juga ya..:))
betul ke menjadi petua ni..nk try jugak nnti..thanks sbb share petua ni ;)
ReplyDeletepeanut...cubalah kena minum banyak kali dalam masa sehari insya allah menjadi
Deletebetul k petua ni... time pregnant mmg selalu perut masuk angin pantang silap makan...sebu perut.. klau perut masuk angin mula le loya2 pening kepala... cukup 3 serangkai ..saya.mmg nak cuba petua ni... inyaAllah mendapat manfaatnya...
ReplyDeletePerut tengah berangin ni...nak cuba petua ni..apapun hasilnya, tk.
ReplyDeleteKHASIAT BUAH TUNJUK LANGIT
ReplyDeleteSwietenia Atau pun dipanggil buah tunjuk langit merupakan genus pokok dari keluarga chinaberry, Meliaceae. Genus ini dinamakan sempena nama seorang doktor Austria - Belanda Gerard van Swieten (1700-1772).
3 BAHAN AKTIF PENTING
FLAVONOIDS daripada kandungan khasiat buah tunjuk langit semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan keupayaannya meninggikan dan meningkatkan taraf kesihatan manusia. Ia terdapat di dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan termasuk tumbuhan herba yang dikenali ramai iaitu Ginkgo biloba dan Eurycoma longifolia (Tongkat Ali). Bahan Flavonoids yang tinggi di dalam buah Mahogany mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti- pengoksidaan.
SAPONINS adalah enzim semulajadi yang wujud di dalam khasiat buah tunjuk langit seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan. Saponins di dalam buah Mahogany dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana peningkatan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah akan berlaku. Kandungan bahan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjungi dunia iaitu herba Ginseng Panax.
BITTER ALKALOIDS di dalam Buah Tunjuk Langit ada unsur organic yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Buah ini adalah amat pahit jika dimakan begitu sahaja. Rasanya pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkaloids yang tinggi di mana ia membuatkan darah di dalam badan berasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.
Fungsi-Fungsi Utama Flavonoids
Mengurangkan tahap gula dalam darah
Menyeimbangi kandungan gula dalam darah
Memperbaiki kelancaran peredaran darah
Menyingkirkan redikal bebas dalam tubuh badan
Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah
Mengurangkan kandungan kolestrol yang tidak baik di dalam darah
Fungsi-Fungsi Utama Saponins
Mempertingkatkan daya tubuh badan (daya imuniti)
Merangsangkan perembesan insulin dari pankrias
Mempertingkatkan fungsi pembinaan darah
Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan
Melancarkan sistem saluran pernafasan
Mempertingkatkan daya penghasilan sperma kaum lelaki
Memperbaiki sistem peredaran darah
Menyah toksid dalam badan (detoksifikasi)
Mengelakkan kemabukan dan keracunan
Mententeramkan fikiran dan otak
petua ni tak menjadi pada saya.memang dari dulu tak boleh amik milo lepas makan. sebu
ReplyDeleteHohoho sabojela....
DeleteHohoho sabojela....
DeleteThanks so much for tips! Tp i pakai sudu kecik. Hehe. N it works.
ReplyDeleteThanks so much for tips! Tp i pakai sudu kecik. Hehe. N it works.
ReplyDelete