Blog ini adalah perjalanan kehidupan ku dalam mengejar cita-cita mencapai berat badan idaman.....
ISLAMIC CALENDAR
Sunday, April 28, 2013
PETUA MENGHILANGKAN JERAWAT IALAH DENGAN GUNA BIO OIL
Salam semua. Sapa antara blogger semua yang mengalami masalah jerawat. Aku adalah antara yang pernah mengalami jerawat. Tapi jerawat aku tak banyak cuma dia akan keluar bila time nak period je. Itu pun satu atau dua.
Aku mula dikenalkan dengan Bio Oil masa aku terbeli benda ni kat Guardian Pharmacy. Mula-mula aku gunakan Bio Oil ni untuk hilangkan parut kat tepi pipi coz aku dah geram dengan jerawat aku.
Pastu bila aku baca kat mana tah, Bio Oil ni boleh digunakan sebagai moisturiser pun. Maka aku pun gunakan ia sebagai moisturiser. Selepas meletakkan toner, maka aku letak kan Bio Oil sebagai moisturiser dan lepas tu aku pun pakai sun block.
Selepas aku menggunakan Bio Oil ni, muka aku tak pernah naik jerawat sampai sekarang. Malah kulit muka aku bertambah licin. Bukan la nak puji tapi memang satu jerawat pun tak singgah walaupun waktu period.
So aku bertambah yakin dan aku adalah penggunak tegar Bio Oil ni. Aku pun turut syorkan pada anak-anak dara aku. Biasalah muka budak remaja kan berminyak dan macam tu cepatlah jerawat membiak.
Insya allah muka anak-anak dara aku pun dah tak de jerawat. Alhamdullilallah.Memang mujarab sungguh Bio Oil. Murah lak tu.
Ada satu hari, waktu ke surau aku nampak seorang budak remaja ni, muka dia penoh ngan jerawat. So aku pun cakap kat dia, dik cubalah Bio Oil, insya allah mujarab. Aku harap dia tak ambik hati coz tujuan aku baik. Bukan nak menghina pun.
Lepas seminggu tak jumpa dia, then satu hari aku terjumpa dia, muka dia jerawat baru dah tak de, cuma parut jerawat yang lama je ada. Dia ucapkan terima kasih kat aku kerana mengesyorkan dengan Bio Oil ni. Aku pun tumpang gembira sekali. Ye lah berkongsi ilmu apa salahnya kan.
Itu sahaja review aku pasal Bio Oil ni. So bagi anda yang mempunyai masalah jerawat, bolehlah mencubanya. Mungkin produk ni serasi dengan aku. Dan yang penting ia taklah mahal sangat. Aku selalu beli botol kecil tu tahan sampai 3 bulan. Itupun share dengan anak dara aku.
Labels:
Petua
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam.hi..saye pon baru nak try bio oil..then terbaca pasal mineral oil yg digunakan jugak untk kenderaan which means bahaya dan boleh sebabkan cancer payudara..at do u think?
ReplyDeletedulu dulu femes minyak ni guna untuk sapu perut yang ada stretchmarks
ReplyDeleteSinggah sini & salam perkenalan dari saya, Zaleha Pengedar Vivix Skudai