Blog ini adalah perjalanan kehidupan ku dalam mengejar cita-cita mencapai berat badan idaman.....
ISLAMIC CALENDAR
Wednesday, February 13, 2013
SYAMPU UNTUK KURANGKAN KEGUGURAN RAMBUT
Alamak gambar tersenget la pulak.....
Aku ada problem rambut gugur sejak aku buat rebonding rambut. Ye lah perempuan kan....Dah dikurniakan rambut ikal mayang nak pula rambut lurus. Hu...hu...Lepas aku buat rebonding, rambut aku gugur dengan banyaknya. Pegang dengan jari pun gugur. Apatah lagi sikat. So aku decide tak nak sikat rambut.
Aku dah try banyak jenis syampu, Dove, Pantene dan DHerbs. Langsung tak jadi. Ditakdirkan satu hari aku antar anak-anak aku pegi gunting rambut kat salon ni. So aku tanya dia nyonya lu ada syampy tak mahu kasi rambut gugur tak? Dia cakap ada......Ini syampu banyak orang sudah pakai....nanti datang balik jumpa saya cari syampu ni. Harga dia agak mahal, RM60. Tapi aku dah pakai syampu ni dah 6 bulan. So worth buying kan. Aku jenis yang tak syampu rambut ari-ari. Selang sehari sekali baru aku syampu rambut. Syampu ni memang bagus...coz aku dah try. So sesape yang nak kirim kat aku, sila roger aku kat email. Boleh aku belikan sekali. Emel je kat nisam867@gmail.com.
Syampu ni wangi tau, mujarab dan murah lagi. Aku nak gi beli coz syampu aku pun dah nak abis. So sesape yang nak kirim sekali jangan lupa antar emel ye....
Aku lupa lak nak ambik gambar dia. Aku dah cari merata tapi tak jumpa la kat KL ni. Lain kali aku letak gambar kat sini ek. Botol dia kaler light yellow.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
nisa