NATURAL REMEDIES

ISLAMIC CALENDAR

Wednesday, December 29, 2010

MODEL ANOREXIA MENINGGAL

Hu..hu.. lepas baca artikel ni aku rasa cam sedih lak. Macam-macam la manusia ni if gemuk nak kurus, if kurus nak gemuk, tak bersyukur langsung termasuk aku sekali. Ikuti berita ni petikan daripada Star online.



French model Sabelle Caro, who rocked the world after posing nude in a controversial anti-aneroxia billboard ad in 2007, has died.

Her boyfriend, Swiss singer Vincent Bigler, confirmed her death, saying she passed away on November 17 after spending about two weeks in the hospital with acute respiratory disease, although he did not know the cause of death.

Apparently, her family wanted to keep her death news under wraps.

She had suffered from the disease since she was 13 and her acting coach Daniele Dubreuil-Prevot said she "had been sick for a long time" reports AFP.

The scarily thin model fell into a coma in 2006 when her weight dropped to 25kg. She fought the eating disorder and announced to website 20 Minutes.ch in early 2010 that her weight had risen to 42kg.

Sabelle hit the spotlight after she was photoraphed nude with anorexia by Italian photographer Oliviero Toscani. At the time the 1.65m model weighed just 32kg.

The anti-anorexia campaign was released in Milan fashion week.

Italy's advertising watchdog later went on to ban the contentious advertisement while French companies were instructed not to carry it.

Source: Los Angeles Times
Published Dec 30 2010

Tuesday, December 28, 2010

HAPPY NEW YEAR AND NEW WISH

Tinggal beberapa hari lagi kita nak menyambut tahun baru 2011. So apa azam baru korang. Aku, hu..hu... bila la nak tercapai wish aku ni pun tak tahu. 

Azam tahun baru aku ni nak dapatkan kerja lain. Hai la kerja bila nak sangkut ni. Ya Allah harap-harap dapat lah aku kerja baru tahun depan ni. Asyik antar resume je tapi tak penah sangkut. Kenapa ye. Doakan aku semoga aku mendapat kerja baru nanti. Aku rasa dah beratus-ratus resume yang aku antar, tapi satu pun tak penah sangkut. 

Ohhh... bila la nak jadi kaya ni. Asyik-asyik macam ni je. Kawan-kawan aku yang lain ada yang dah dapat bonus dan increment. Tapi aku....t.........t! Sangat-sangat tak suka dengan keadaan macam ni.

Di tahun baru ini aku amat berharap aku dapat kerja lain. Aduh dah penat ni antar resume. 

Ya ALLAH semoga rezeki aku akan bersinar di tahun baru ini.


Wednesday, December 22, 2010

GAMBAR PERKAHWINAN ANAK KUMPULAN NAZA GROUP

Tengah-tengah buat blogwalking terjumpa pulak gambar kahwin anak arwah Tan Sri Nasimuddin. Credit to Nurizspace for the beautiful photo.














Tuesday, December 21, 2010

BONUS DAN DIVIDEN ASB 8.75

KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 7.5 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.

Agihan pendapatan tersebut merupakan peningkatan sebanyak dua sen seunit berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak 7.3 sen seunit.

Pengumuman tersebut menjadikan pulangan keseluruhan tahun ini menjadi 8.75 sen seunit.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, berdasarkan prestasi ASB yang lebih baik tahun ini, Lembaga Pengarah Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) bersetuju memperuntukkan pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM5.93 bilion.

Notakaki : If RM50 disimpan berapa yang dapat ya.....

DIET MENGIKUT TYPE DARAH

Terjumpa lak enntry ni. Rasa nak share coz darah aku pun AB gak. Copy n paste je dari sini.

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.

Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk. 

Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. 

Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju

Snek : Yogurt

Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba

Snek: Kek keju dan teh herba

Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

Thursday, December 16, 2010

LUAHAN HATI




Kenapa manusia ni suka dengki kat kita. Aku tak buat apa pun kat dia. Sebutir citer pun aku tak pernah citer. Tapi kenapa lah mereka ni suka sangat melaga-lagakan sesama manusia. Woiiiii jaga lah diri kamu dan keluarga masing-masing. Kita sesama pun ada family.

Dahlah hari ni hari yang sanagat membosankan.

Arggh...........................benci meluat semua pun ada la.

Perkahwinan Retak, Jimmy & Isteri Tidak Tinggal Sebumbung

Betul ke perkahwinan Jimmy Shaley dah retak. Harap-harap janganlah coz dia orang ni baru je kawin kan. Sian. Bawak banyak-banyak bersabar and harp-harap rumah tangga mereka aman dan damai. Ikuti berita selanjutnya petikan daripada MStar online.




Mudah-mudahan kemelut rumah tangga Jimmy dan Nursuhaila Eliani dapat diselamatkan.

PETALING JAYA: Rumah tangga pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh,30, yang dibina dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy,24, semakin rapuh apabila kedua-dua mereka dikatakan sudah tidak tinggal serumah sejak beberapa minggu lalu.

Menurut maklumat yang diterima mStar Online, pasangan tersebut mengambil pendekatan berkenaan apabila berlaku masalah dalam rumah tangga mereka.

“Buat masa ini Jimmy tinggal di rumahnya di Subang Jaya manakala Nurshuhaila Eliani tinggal dengan keluarganya di Sungai Buloh, Selangor. Mereka dalam usaha untuk menyelamatkan rumah tangga itu,” kata sumber berkenaan, Rabu.

Malah ujar sumber tersebut lagi, pasangan berkenaan sudah mendapatkan khidmat kaunseling bagi memulihkan keadaan tetapi setakat ini usaha tersebut tidak mencapai apa-apa perkembangan positif.

Difahamkan, kemelut rumah tangga mereka terjadi apabila ada pihak yang cuba mempengaruhi Nursuhaila Eliani kononnya Jimmy hanya ingin mengambil kesempatan terhadap kekayaan keluarga wanita berkenaan yang merupakan sorang jutawan dan pengeluar produk kecantikan Natasya.

Katanya, disebabkan terpengaruh dengan tuduhan berkenaan, wanita itu mengambil pendekatan menjauhkan diri daripada Jimmy termasuklah meminta untuk tidak tinggal bersama sehingga menyebabkan perkahwinan mereka itu menjadi bertambah parah.

Kata sumber itu lagi, setakat ini hubungan Jimmy dengan keluarga mentuanya berada dalam keadaan baik malah mereka sama sekali tidak mahu melihat perkahwinan yang dibina dengan kos mencecah ratusan ribu ringgit itu hancur begitu sahaja.

“Jimmy dan keluarga isterinya sangat baik. Malah mereka tiada masalah dengan Jimmy tetapi mereka sendiri kecewa apabila anak perempuan sendiri termakan kata-kata dan hasutan orang lain.

“Adalah lebih baik Nursuhaila Eliani membuat pertimbangan yang wajar serta berfikiran lebih positif agar rumah tangga mereka itu kembali pulih dan dapat diselamatkan,” katanya.

Tambah sumber itu lagi, Jimmy menyerahkan kepada takdir bagi menentukan kedudukan rumah tangganya kerana dia telah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan keadaan.

Jimmy yang dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut tidak menjawab panggilan telefon selain gagal mebalas mesej khidmat pesanan ringkas (SMS).

Pasangan tersebut berkahwin pada 1 Oktober lalu di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh, dengan hantaran sebanyak RM31,186, bersempena dengan tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.

Majlis resepsi pula diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Monday, December 13, 2010

MAWI KAHWIN LAGI!!!!!!



Rasa terperanjat beruk bila baca cerita ni dari blog Anastasea pasal Mawi kahwin lagi. Hu..hu.. tak sangka rupanya. Bukankah dia orang ni loving couple.

Mengikut spekulasi yang tengah bertiup kencang ini .. mengatakan Mawi sebenarnya dah kahwin satu lagi dengan gadis dari Temerloh, Pahang berusia 24 tahun pada minggu lalu dan isterinya Ekin .. merestui perkahwinan ini kerana Mawi teringin sangat nak menimang cahaya mata.

Wahh .. bagus betul Ekin .. merestui perkahwinan tersebut. Kalau orang lain la .. mau perang 14 hari, kena tidur kat luar dan sebagainya lagi. Tapi tu  la .. nie khabar angin je kan! Betul tak tu ..orang yang rancak mencanang je tahu.

Versi ke dua pula .. (ada banyak versi rupanya) mengatakan Mawi mengahwini gadis tersebut di Melaka. 
(Huhhh .. yang mana satu ye benar, saya pun tak tahu)

Dan isterinya keduanya .. adalah seorang model dan sangat cantik. (Boleh tahan jugak tesst Mawi nie .. nak cun je!) 

 Majlis perkahwinan tersebut dikatakan berlangsung pada bulan April lalu di Melaka, dengan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat, termasuk kakak dan abang ipar Mawi.

Gossip panas tentang perkahwinan Mawi yang keluar akhbar pada hari ini:

BERITA tergempar lagi sensasi! Panas… panas… panas… kalau CAK dedahkan nama selebriti popular ini, pasti ramai yang terkejut beruk. 

Apa tidaknya, dia berkahwin dengan wanita pilihan hati dan rumah tangga dibina sangat bahagia.

Aik! Bila masa pula dia berkahwin lagi? Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba timbul cerita sensasi ini. Menurut si pengadu, selebriti itu baru saja berkahwin dengan wanita berusia pertengahan 20-an.

Katanya lagi, isteri kedua selebriti itu seorang model dan sangat cantik. Khabarnya artis itu kecewa apabila isteri pertamanya tidak hamil dan menggunakan alasan itu untuk berkahwin lagi. 

Malah perkahwinan itu direstui isteri pertama.

Majlis itu berlangsung April lalu di Melaka, dengan hanya dihadiri keluarga terdekat, termasuk kakak dan abang ipar selebriti ini.

Hmmm… CAK sedikit sangsi dengan perkhabaran ini. Bukan apa, sepanjang kenal dengan artis ini, CAK tahu dia sangat sayangkan isterinya, bahkan sanggup lakukan apa saja untuk wanita idamannya.

Bukan sedikit dugaan terpaksa ditempuh untuk memiliki isterinya, macam-macam tohmahan dan cercaan terpaksa ditelan. 

Takkan semudah itu dia berpaling tadah selepas berhempas-pulas mencari jalan supaya pilihannya itu diterima peminat? 

Lagipun seingat CAK, isteri selebriti itu tidak ada masalah untuk mengandung cuma mereka belum ada rezeki. 

Sejauh mana kebenaran cerita ini masih lagi dalam siasatan CAK. Manalah tahu kalau betul pula, cerita ini boleh jadi berita besar.


KICAP KIPAS UDANG TIRUAN

Hati-hati bila membeli kicap kipas udang, jangan terbeli kicap tiruan pulak. So camner nak bezakan yang asli dan tiruan. Ikuti berita selanjutnya dipetik daripada Kosmo online.

GAMBAR menunjukkan kicap Cap Kipas Udang tiruan (kiri) yang mempunyai penutup plastik berlubang (dalam bulatan) berbanding kicap asli. 

SEREMBAN - Kicap Cap Kipas Udang adalah antara jenama popular di kalangan pengguna di negara ini.

Tetapi ramai yang tidak sedar, oleh kerana popularitinya itulah jenama tersebut menjadi mangsa tiruan dan beredar dalam pasaran.

Bagaimanapun kegiatan haram itu terbongkar semalam apabila sepasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri menyerbu sebuah syarikat pemborong barangan runcit yang menjual kicap Cap Kipas Udang tiruan. 

Dalam serbuan kira-kira pukul 1 petang di Jalan Tuanku Antah di sini, sebanyak 3,360 botol kicap jenama Cap Kipas Udang tiruan bernilai RM9,100 dirampas.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK negeri, Mohd. Nor Musa berkata, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada syarikat kicap berkenaan.

"Ketika serbuan terdapat lima individu termasuk pemilik syarikat berkenaan di premis terbabit.

"Hasil pemeriksaan mendapati kicap yang dijual di premis itu mempunyai ciri-ciri yang berlainan berbanding produk asli," katanya ketika ditemui di sini semalam.

CUT TARI MENGAKU SEKS DENGAN ARIEL PETERPAN

Hooo.hoo..akhirnya dia mengaku jugak hubungannya dengan Ariel. Ikuti berita selanjutnya petikan daripada Kosmo online.



BANDUNG - Pengacara popular, Cut Tari, 33, mengaku di sebuah mahkamah di sini semalam bahawa dia merupakan wanita yang disiarkan di dalam klip video seks penyanyi band Peterpan, Ariel.

"Dia mengaku bahawa dalam video itu adalah dirinya dengan Ariel. Benar dia melakukannya (hubungan seks) bersama Ariel," kata pendakwa raya, Rusmanto kepada pemberita selepas perbicaraan kes Ariel mengedarkan video lucah di sebuah mahkamah di Bandung.

Menurut Rusmanto, Cut Tari bagaimanapun tidak pasti mengenai tempat dan waktu dia melakukan perbuatan itu tetapi memberitahu bahawa ia berlaku sekitar 2005-2006.

Cut Tari yang mengaku masih menonton klip video itu juga memberitahu bahawa dia melakukan seks bersama Ariel di bawah katil sebanyak tiga kali, kata Rusmanto.

Setelah selesai perbicaraan, Cut Tari keluar dari kamar perbicaraan dan berkata kepada para pemberita: "Saya tetap konsisten dengan pendirian saya bahawa yang ada dalam video tersebut adalah saya. Tetapi, Ariel tetap mengaku bahawa yang ada dalam video tersebut bukan dirinya," kata Cut Tari.

Dia turut menjelaskan kenapa matanya kelihatan berair dengan berkata: "Di dalam sidang (perbicaraan) tadi, dia (peguam Ariel) mengorek-ngorek luka lama saya."

Dia yang ditemani suaminya, Johannes Joesoef Soebrata, meninggalkan pekarangan mahkamah dengan menaiki kenderaan Toyota Alphard berwarna hitam.

Dalam perkembangan sama, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham masih tidak mengaku bahawa dia terlibat di dalam video lucah itu.

Itukan pendapat orang lain," kata Ariel ringkas kepada pemberita bagi mengulas pengakuan Cut Tari itu.
Peguam Ariel, Alfian Bonjol juga menyatakan bahawa Ariel menafikan bahawa dia adalah individu dalam klip video seks berkenaan.

"Anak guam saya menafikan dia adalah lelaki dalam klip video itu," kata Alfian kepada para pemberita.
Bagaimanapun, kekasih Ariel, Luna Maya, 27, yang juga seorang pengacara tidak hadir pada perbicaraan semalam dan pihak pendakwaan berusaha bagi memastikan kehadirannya pada perbicaraan pada minggu hadapan.

Perbicaraan itu diadakan secara tertutup.

Jika didapati bersalah mengedarkan klip video lucah, Ariel berdepan hukuman penjara 12 tahun dan denda hingga AS$672,000 (RM2.1 juta) kerana beberapa kesalahan termasuk menyebarkan pornografi di Internet.
Pemberita-pemberita tidak dibenarkan untuk berada di dalam bilik mahkamah.

Namun, mereka dibenarkan melihat sesi perbicaraan tersebut dari luar tingkap bilik mahkamah.
Pemberita-pemberita itu dapat melihat Cut Tari menonton salah satu klip video tersebut menerusi komputer riba.

Ariel yang ditahan di sebuah penjara di sini dituduh mengedarkan klip video lucah yang menampilkan seorang lelaki miripnya melakukan hubungan seks dengan Cut Tari dan kekasihnya, Luna Maya. - Agensi

LELAKI PUN KENA GANGGUAN SEKSUAL

Ahhh...rasa nak gelak bila baca berita ni. Jom kita baca sama-sama petikan dari Kosmo online.

SERDANG – Lazimnya golongan wanita sering dikaitkan sebagai mangsa gangguan seksual kaum lelaki di tempat kerja.

Bagaimanapun, satu kajian membuktikan sebaliknya apabila kini golongan lelaki juga tidak terlepas daripada menjadi sasaran kepada tingkah laku bersifat seksual yang dilakukan oleh kaum hawa.

Menurut Ketua Laboratari Perubahan Sosial, Ekonomi dan Keamanan, Institut Pengajian Sains Sosial Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Jamilah Othman (gambar), meskipun fenomena itu agak janggal tetapi ia kerap terjadi di tempat-tempat kerja sejak kebelakangan ini.

Kajian kualitatif yang bertajuk Penyelesaian Konflik Gangguan Seksual di Agensi-Agensi Kerajaan di Semenanjung Malaysia yang menemu bual sekumpulan responden pihak atasan mendedahkan fenomena itu memang berlaku.

“Saya telah menemu bual lelaki yang bertaraf bos dan mereka sendiri memaklumkan sindrom berkenaan. Kebanyakan pekerja bawahan wanita didapati suka mengganggu mereka,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Jamilah memberitahu, perlakuan itu berlaku ekoran sikap wanita kini yang lebih terbuka, berani dan tujuan mereka sememangnya bermotif jahat.

“Wanita-wanita dalam kumpulan ini sanggup berbuat begitu kerana rakus untuk segera dinaikkan pangkat tanpa perlu bekerja keras,” ujarnya.

Sunday, December 12, 2010

MAYAT DIKERAT 6 DISUMBAT DALAM BEG

PETUGAS HTAA mengusung mayat seorang wanita yang ditemui dikerat enam dekat Gohtong Jaya untuk dibedah siasat semalam.

KUALA LUMPUR - Penemuan sebelah kaki kiri dan tangan kanan berhampiran sebuah tokong Cina membongkar rahsia pembunuhan kejam apabila polis menemui mayat seorang wanita yang dikerat enam di Kilometer 2.3 jalan menghala ke Gohtong Jaya, Genting Highlands dekat sini kelmarin.

Ia terbongkar apabila orang awam yang melalui kawasan tersebut ternampak dua objek berkenaan pada pukul 4.30 petang sebelum memaklumkannya kepada polis. Dua anggota badan itu ditemui berhampiran antara satu sama lain.

Polis yang melakukan siasatan kemudian menemui satu bagasi yang tertutup rapat di dalam kawasan semak satu kilometer dari lokasi kaki kiri dan tangan kanan mangsa ditemui. Sebaik dibuka, pihak berkuasa itu ternampak badan dan kepala wanita yang telah dipotong.

Bagaimanapun, sehingga semalam, polis masih gagal menemui dua lagi anggota badan mangsa iaitu tangan kiri dan kaki kanan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Supritendan Mohamad Mansor Mohamad Noor berkata, siasatan awal pihaknya percaya kesemua anggota badan yang dikerat itu milik mangsa yang sama.

BAPA DURJANA TOREH KEMALUAN ANAK

Dah lama rasanya tak buat update. Malas yang amat sangat. Hari ni terbaca berita ni, sayu hati baca cerita bapa yang tak berperikemanusiaan. Baca cerita selanjutnya petikan dari Kosmo online.
DI surau di Kampung Lanjut Manis, Kuala Pilah inilah Mohd. Nazimi ditemui selepas ditinggalkan bersendirian oleh bapanya Jumaat lalu.

SEREMBAN – Entah apa yang merasuk fikirannya, seorang tukang kebun sanggup bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila dia tergamak menoreh kemaluan anak lelakinya yang berusia empat tahun dengan sebilah pisau Jumaat lalu.

Kejadian pada waktu pagi itu dikatakan berlaku di rumah yang didiami mereka di Taman Desa Dahlia, Senawang di sini.

Ketika itu, lelaki berusia dalam lingkungan 30-an tersebut dikatakan berada di situ bersama anaknya yang masih belum berkhatan. Isterinya pula sedang berpantang di rumah keluarganya di Jempol dekat sini selepas melahirkan anak ketiga mereka beberapa hari sebelum kejadian.

Selepas menoreh kemaluan anaknya, dia kemudian bertindak membawanya dengan menaiki motosikal ke rumah saudara perempuannya di kawasan berhampiran. Wanita itu dipercayai pengasuh kepada kanak-kanak itu.

Sepanjang perjalanan, kanak-kanak itu sentiasa menangis.

Sebaik meninggalkan anaknya di situ pada pukul 12 tengah hari, dia tergesa-gesa mengambil seorang lagi anak lelakinya, Mohd. Nazimi Norazmi, satu tahun, di rumah wanita itu sebelum membawanya menaiki motosikal ke Kuala Pilah. Jarak antara dua lokasi itu sejauh 22 kilometer.

Dia kemudian meninggalkan anaknya bersendirian di tempat mengambil wuduk di sebuah surau di Kampung Lanjut Manis, Kuala Pilah tanpa mencederakannya.

Sunday, December 5, 2010

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1432H

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Wallahualam

Peristiwa-peristiwa penting:

* 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
* 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.


SEMOGA TAHUN BARU HIJRAH 1432 MEMBAWA KEBERKATAN DAN MENDAPAT KERHEDAAN ALLAH SWT.

INSYALLAH


Firman Allah : "Dan Janganlah Kamu Campur Adukkan Yang HAQ Itu Dengan Yang BATIL,
Dan Kamu Sembunyikan Yang Benar Itu Pula Padahal Kamu Semua Mengetahuinya." (Al-Baqarah : 42)

TAK DAPAT NAK UPDATE



Hoo.hooo. tak sempat nak buat update tahap kebizian melanda.