NATURAL REMEDIES

ISLAMIC CALENDAR

Monday, December 13, 2010

MAWI KAHWIN LAGI!!!!!!



Rasa terperanjat beruk bila baca cerita ni dari blog Anastasea pasal Mawi kahwin lagi. Hu..hu.. tak sangka rupanya. Bukankah dia orang ni loving couple.

Mengikut spekulasi yang tengah bertiup kencang ini .. mengatakan Mawi sebenarnya dah kahwin satu lagi dengan gadis dari Temerloh, Pahang berusia 24 tahun pada minggu lalu dan isterinya Ekin .. merestui perkahwinan ini kerana Mawi teringin sangat nak menimang cahaya mata.

Wahh .. bagus betul Ekin .. merestui perkahwinan tersebut. Kalau orang lain la .. mau perang 14 hari, kena tidur kat luar dan sebagainya lagi. Tapi tu  la .. nie khabar angin je kan! Betul tak tu ..orang yang rancak mencanang je tahu.

Versi ke dua pula .. (ada banyak versi rupanya) mengatakan Mawi mengahwini gadis tersebut di Melaka. 
(Huhhh .. yang mana satu ye benar, saya pun tak tahu)

Dan isterinya keduanya .. adalah seorang model dan sangat cantik. (Boleh tahan jugak tesst Mawi nie .. nak cun je!) 

 Majlis perkahwinan tersebut dikatakan berlangsung pada bulan April lalu di Melaka, dengan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat, termasuk kakak dan abang ipar Mawi.

Gossip panas tentang perkahwinan Mawi yang keluar akhbar pada hari ini:

BERITA tergempar lagi sensasi! Panas… panas… panas… kalau CAK dedahkan nama selebriti popular ini, pasti ramai yang terkejut beruk. 

Apa tidaknya, dia berkahwin dengan wanita pilihan hati dan rumah tangga dibina sangat bahagia.

Aik! Bila masa pula dia berkahwin lagi? Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba timbul cerita sensasi ini. Menurut si pengadu, selebriti itu baru saja berkahwin dengan wanita berusia pertengahan 20-an.

Katanya lagi, isteri kedua selebriti itu seorang model dan sangat cantik. Khabarnya artis itu kecewa apabila isteri pertamanya tidak hamil dan menggunakan alasan itu untuk berkahwin lagi. 

Malah perkahwinan itu direstui isteri pertama.

Majlis itu berlangsung April lalu di Melaka, dengan hanya dihadiri keluarga terdekat, termasuk kakak dan abang ipar selebriti ini.

Hmmm… CAK sedikit sangsi dengan perkhabaran ini. Bukan apa, sepanjang kenal dengan artis ini, CAK tahu dia sangat sayangkan isterinya, bahkan sanggup lakukan apa saja untuk wanita idamannya.

Bukan sedikit dugaan terpaksa ditempuh untuk memiliki isterinya, macam-macam tohmahan dan cercaan terpaksa ditelan. 

Takkan semudah itu dia berpaling tadah selepas berhempas-pulas mencari jalan supaya pilihannya itu diterima peminat? 

Lagipun seingat CAK, isteri selebriti itu tidak ada masalah untuk mengandung cuma mereka belum ada rezeki. 

Sejauh mana kebenaran cerita ini masih lagi dalam siasatan CAK. Manalah tahu kalau betul pula, cerita ini boleh jadi berita besar.


2 comments:

nisa