NATURAL REMEDIES

ISLAMIC CALENDAR

Monday, January 24, 2011

KISAH UFO LAGI - KALI NI DI YOGYAKARTA

Masuk ini dah kali kedua citer pasal UFO aku baca kat Kosmo. Tapi kali ni UFO pegi jalan-jalan kat Indonesia pulak. Dia pegi jalan-jalan kat Yogyajarta. Hmm...betul ke ini UFO atau sebaliknya. Jom kita baca berita petikan dari Kosmo.



CORAK unik berbentuk bulatan yang ditemui petani di tujuh petak sawah di Slemen, Yogyakarta pada Ahad lalu.

YOGYAKARTA, Indonesia - Tujuh petak sawah padi di Krasakan di Sleman, Yogyakarta mempunyai corak bulatan ganjil yang dipercayai penduduk dihasilkan oleh objek terbang tidak dikenali (UFO), lapor akhbar Jakarta Post semalam.

Bukan sahaja Jakarta Post tetapi banyak akhbar lain di Indonesia turut melaporkan mengenai penemuan unik itu.

Corak bulatan ganjil pada kebiasaannya ditemui di kawasan tanaman gandum di negara-negara Barat seperti Britain sejak tahun 1980.

Bentuk bulatan yang ganjil itu dikaitkan dengan UFO di Barat ekoran ia mempunyai bentuk geometri dan tiasa saksi yang melihat manusia yang melakukannya.

Bentuk ganjil yang ditemui di Sleman itu mengandungi corak segi tiga dan dua bulatan kecil di bahagian tengah bulatan yang besar berdiameter di antara 25 meter hingga 30 meter itu ditemui penduduk tempatan pada pagi Ahad lalu.

"Saya berpendapat, ia (bulatan ganjil itu) ditinggalkan oleh sebuah kapal angkasa asing seperti yang saya lihat di televisyen," kata seorang penduduk, Cahyo Utomo semalam.

"Adalah tidak munasabah, bulatan itu dibuat hasil tiupan angin atau haiwan lain," tambahnya.

Bulatan itu yang terletak dekat dengan sebuah kawasan rumah penduduk kelihatan seperti satu kerja seni geometri manakala kawasan sawah padi lain tidak mengalami sebarang kesan yang sama.

Bulatan ganjil itu kali pertama dilaporkan oleh seorang petani, Tukiman pada pukul 6 pagi Ahad lalu.

SEJUMLAH orang menaiki bukit dan merakamkan gambar corak unik yang dipercayai dihasilkan objek terbang tidak dikenali di kawasan sawah padi di Sleman, Yogyakarta semalam.

PENAPIS AIR PEMBAWA MUDARAT

Entah betul entak tidak. Kata SYABAS air yang dibekalkan adalah selamat dan boleh terus diminum tanpa sebarang penapis air. Pendapat aku la air tanpa penapis air tu ada bau karat yang kuat especially ada kuning-kuning sikit bila kita tadah selepas dua tiga hari kita tak buka paip air tu. Lepas ni agak-agak boleh laku lagi ke penapis air tu. Hu...hu...Tak caya boleh try rumah memasing tengok betul seperti mana dakwaan SYABAS tu. Ikuti berita selanjutnya petikan dari Kosmo online.

ROOWINA bersama pelajar KJP meminum air terus daripada paip sebagai bukti air yang dirawat Syabas selamat diminum di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Tahukah anda penggunaan penapis air yang tidak diselenggara dengan baik boleh membahayakan kesihatan penggunanya?

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), dua tahun lalu mendapati, penapis air boleh menghilangkan klorin sehingga menyebabkan berlaku pembiakan bakteria.

Menurut Pengarah Eksekutif Bahagian Kualiti Air Syabas, Roowina Merican A. Rahim Merican, air yang dibekalkan pihaknya adalah berkualiti tinggi namun pemasangan penapis air memberikan kesan sebaliknya.

"Kita memang tidak menggalakkan orang ramai memasang penapis air kerana air yang kita bekalkan memang terbaik dan menepati piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya.

PELAJAR HISTERIA JILAT DARAH SENDIRI

Seram la pulak bila baca kisah pelajar histeria ni jilat darah sendiri. Kadang-kadang benda halus ni membuatkan manusia bertindak diluar jangkaan akal. Baca cerita selanjutnya petikan dari Kosmo online.



TEMERLOH - Para pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar di sini semalam melalui detik seram dan cemas apabila bukan saja terkejut dengan serangan histeria terhadap seorang pelajar perempuan malah menyaksikan cubaan membunuh diri oleh pelajar itu.

Selain gempar dengan tindakan pelajar tingkatan tiga pada pukul 8.30 pagi itu, lebih 1,000 pelajar termasuk kakitangan sekolah itu juga merasa seram menyaksikan bagaimana pelajar itu menjilat darah di tapak tangannya yang luka dipercayai terkena cermin tingkap.

Kejadian berlaku apabila mangsa yang berada di dalam kelasnya yang terletak di tingkat dua bangunan itu tiba-tiba menjerit-jerit mengatakan dia hendak terjun dari kelasnya yang mempunyai ketinggian lapan meter itu.

Lebih cemas apabila mangsa kemudian dapat melompat ke balkoni melalui tingkap kelasnya selepas setengah jam menjerit-jerit.

Keadaan bertambah kecoh apabila mangsa berlari-lari di sepanjang balkoni itu sebelum berdiri di hujung balkoni sambil mendepakan kedua-dua belah tangan.

Tuesday, January 18, 2011

KUTIP DUIT SYILING KAT JALANRAYA

Sesape nak join kutip duit kat highway jom kita pergi ke susur keluar highway Pedas. Entah-entah dah habis kena kutip kot. Jom ikuti berita selanjut petikan daripada Kosmo online.

 Orang ramai tengah berebut nak kutip duit kat jalanraya  tak sedar bahaya mengundang.



SEREMBAN - Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran susur keluar Pedas dekat sini yang sentiasa sibuk semalam bagaikan 'pesta' apabila orang ramai berebut-rebut mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya itu.

'Pesta' itu berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW.

Akibatnya ribuan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuh raya sepanjang kira-kira 100 meter.

Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk mengutip duit syiling.

Kehadiran beberapa anggota polis dan pekerja lebuh raya gagal menyuraikan orang ramai yang terus mengutip duit syiling tanpa menghiraukan keselamatan mereka.

Orang ramai meninggalkan lokasi itu selepas duit syiling itu habis dikutip tiga jam kemudian.

Monday, January 17, 2011

KEWUJUDAN POCONG DI KULIM HI TECH



Gambar oleh Google

Terbaca berita ni dekat sini. Ikuti berita selanjutnya di bawah.

KULIM HI- TECH - Kira-kira 20 tahun dulu, kawasan Kulim Hi-Tech adalah sebuah ladang kelapa sawit dan getah.

Seorang penduduk mahu dikenali sebagai Ghani berkata, sebelum kawasan berkenaan dibangunkan, terdapat beberapa rumah ibadat dan kubur dalam ladang terbabit. 

Kebanyakan tempat dipercayai didiami makhluk halus.

Seorang pengawal keselamatan, Hamid Ismail 62, berkata, dia pernah ternampak lembaga menyerupai seorang perempuan yang memakai baju kebaya biru di tingkat tiga di bangunan tempat dia bertugas.

Menurutnya, dia tergamam apabila melihat lembaga itu dan mengarahkan nya turun ke tingkat bawah bangunan. 

Apabila tiba di tingkat bawah, dia menunjukkan jalan keluar kepada lembaga itu dan mengiringinya. 

Lembaga itu kemudiannya berjalan menghala ke bekas lombong yang terletak bersebelahan bangunan di mana dia bekerja.

“Cukuplah hantar saya di sini. Itulah yang dikatakan lembaga itu kepada saya. Saya tergamam dan memaklumkan kepada beberapa pengawal keselamatan lain, tetapi tidak ada siapa percaya,” katanya.

Sementara itu, Rosli Hashim yang bertugas sebagai pengawal keselamatan hampir setahun di Kulim Hi-Tech berkata, dia pernah terserempak dengan lembaga putih berambut panjang, duduk di sebelahnya ketika sedang berehat di dalam kereta.

Terbaru, seorang wanita berusia 20-an yang baru pulang kerja kira-kira jam 2.45 pagi, terkejut apabila ternampak hantu pocong duduk di kerusi belakang sebuah kereta Kancil yang lalu di jalan raya.

Misteri hantu pocong masih kuat diperkatakan sehinggalah Sinar Harian sendiri pergi ke lokasi di mana kejadian aneh itu sering berlaku.

Kira- kira jam 11.45 malam, wartawan Sinar Harian bersama seorang rakan pergi menemui beberapa saksi yang pernah berjumpa dengan lembaga di sekitar kawasan berkenaan. 

Sinar Harian kemudiannya pergi ke kawasan lombong di mana seorang wanita berbaju kebaya biru dikatakan pernah kelihatan.

Kira-kira jam 12.35 pagi, dengan menggunakan bumbung kereta sebagai tripod, pocong tadi berjaya dirakamkan dengan lebih jelas.

Sinar Harian mengesahkan misteri penemuan pocong di Kulim Hi-Tech adalah benar, sepertimana yang diceritakan orang ramai.

Sunday, January 16, 2011

TAK DE MOOD




Arini rasa cam down sangat. Tak tahu nape. Mood yang agak suam-suam kuku dari pagi tadi rasanya dah beku terus. Aduh....aku sangat tak suka dengan perasaan ini. Mungkin kerana perubahan hormon. Ataupun sebab tengah menunggu hari gaji yang terasa begitu lambat untuk sampai. Cepatlah habis arini, rasa cam tak sanggup nak duk ofis ni lama-lama. 


PENYANYI IRWAN SHAH DARI SEBERANG KAHWIN DENGAN PELAKON SINETRON

Siapa yang tak kenal dengan penyanyi Irwan Shah dari Indonesia. Dia ni dulu pakwe si Acha Septriasa. Tapi la ni dia dah kahwin dengan pelakon sinetron pulak. Baca berita selanjutnya daripiada Kosmo online.


JAKARTA - Penyanyi yang terkenal dengan lagu Pencinta Wanita, Irwansyah, 25, berkahwin dengan artis Zaskia Sungkar, 21, kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut akhbar Jawa Pos, Irwansyah melafazkan akad nikah di Masjid Al-Bina, Senayan Jakarta.
Penyanyi itu berkata, dia berasa gementar sebelum majlis akad nikah.

"Takut salah ucap," katanya.

Namun, selepas selesai majlis itu, akhbar KOMPAS.com melaporkan isterinya, Zaskia berkata, mereka akan berusaha untuk mendapatkan anak secepat mungkin.
Menurut Zaskia, dia tidak mahu menggunakan alasan sibuk berlakon sinetron untuk menangguhkan usaha bagi mendapatkan cahaya mata. - Agensi

Tuesday, January 11, 2011

Angelina Bukan Anak Haram Watie!

Ho...ho... sape yang tengok Melodi minggu lepas pasal Angelina yang mengatakan emaknya seorang artis dah lupakan anak sendiri. Nak tahu siapa artis yang lupa anaknya, jom baca cerita kat bawah ni. Sumber dari email dihantar oleh kawan. Tak tahulah betul ke tak, wallahuallam.


 


Ditulis oleh Wahida Othman    Selasa, 11 Januari 2011 02:36      
 
Digemparkan dengan kehadiran seorang gadis remaja berusia 14 tahun yang menggelarkan namanya sebagai Angelina, menerusi rancangan hiburan sensesi, Melodi di TV3 pada siaran 9 Januari yang lalu, membuatkan seluruh peminat seni berteka-teki.

Mendakwa dirinya merupakan anak luar nikah kepada seorang penyanyi wanita berkumpulan yang kini juga bergelar pelakon, Angelina juga mendakwa di tinggalkan oleh wanita itu sejak dirinya berusia satu hari lagi.

Turut mendakwa dirinya di pelihara oleh sepasang keluarga yang merupakan abang kepada kekasih pelakon wanita ini pada ketika itu, Angelina kemudiannya bersetuju untuk melakukan ujian saringan DNA sekiranya pelakon yang juga ibunya itu tidak mahu mengakui dirinya sebagai anak.

Persoalannya, siapa pelakon yang dimaksudkan oleh gadis remaja ini? Dan benarkah dia dilahirkan sebelum sempat ibu dan bapanya dinikahkan lagi?

Tidak pun sampai beberapa jam Melodi menamatkan siarannya, pelbagai spekulasi timbul mengenai siapa sebenarnya pelakon wanita yang dimaksudkan itu. 

Namun, yang paling ketara, Watie atau nama lengkapnya, Norwati binti Sadali menjadi antara nama yang menduduki senarai atas carta pelakon yang dikatakan ibu kepada Angelina ini.

Menjejaki Watie menemui jalan buntu apabila pelakon yang dikaitkan bercinta dengan Joey ini enggan menjawab telefon dan mesej  pesanan ringkas. 

Namun, seketika kemudian, abang ipar kepada Watie, menghubungi Mangga Online untuk menerangkan perkara yang sebenarnya.

Adakah Watie cuba lari daripada media?

Dia tidak berniat untuk meyembunyikan diri daripada mana-mana pihak, namun sebagai orang yang rapat dengannya, saya mohon pihak media tidak terlalu menggembar-gemburkan kisah ini.

Kasihanlah pada Watie, dia sudah terlalu tertekan dengan keadaan dirinya sekarang. Malah, sejak dia bergelar artis, terlalu banyak kisah buruk yang melanda dirinya. 

Watie semakin tidak sihat dan sering di masukkan ke hospital kerana terlalu tertekan dengan gosip-gosip sebegini.

Benarkah apa yang tersebar sekarang? Adakah Angelina itu anak kepada Watie?

Memang gadis remaja yang keluar di Melodi itu anak kepada Watie, tetapi dia bukan lahir secara haram. Gadis itu adalah anak halal Watie bersama bekas suaminya, 15 tahun yang lalu.

Watie pernah bernikah dengan seorang lelaki warganegara Singapura dan dikurniakan seorang anak perempuan, namun selepas melahirkannya, Watie tidak dapat memelihara anaknya itu kerana suaminya mahu memberikan anak itu kepada keluarga abangnya yang menetap di Johor.

Saya berani bersumpah, kerana ketika itu, saya  tinggal di Johor Bahru bersama isteri saya (kakak Watie), dan saya menyaksikan semua kejadian itu di depan mata saya. Beberapa kali Watie mahu bertemu anaknya, namun hasratnya di halang oleh mereka.

Kenapa setelah sekian lama, baru kini anaknya muncul dan mengaku ‘anak luar nikah’?

Dua bulan yang lepas, Watie sudah berjumpa dengan anaknya itu, dan Watie berjanji mahu membawa dia  tinggal bersamanya sekiranya dia sudah selesai urusan kerjanya di Kuala Lumpur.

Malah ibu angkat dan anaknya juga sudah bersetuju dengan permintaan Watie dan selepas itu tidak ada perbincangan lain yang berlaku antara mereka, sehinggalah mereka keluar dengan mengaibkan Watie di Melodi.

Saya agak kesal dengan cara mereka, dan saya anggap, ibu angkat gadis itu saja melakukan perkara ini dengan bermotifkan duit!

Apa maksudnya bermotifkan duit?

Ibu angkat gadis ini sudah menjadi ibu tunggal, jadi sebelum ini dia ada menghubungi Watie untuk minta dibantu dari segi kewangan kerana mereka sekeluarga susah. Malah, mereka juga sebelum ini pernah mengugut mahu berjumpa media untuk menceritakan perkara ini.

Namun, selepas pertemuan Watie bersama mereka, dan selepas Watie bersetuju mahu memelihara gadis itu, saya dan Watie fikir, perkara ini sudah selesai, namun ia masih berlarutan dan dia terus mengaibkan Watie.

Dari caranya saya tahu mereka memerlukan wang, dan apabila Watie enggan memberikan wang dan magu mengambil anaknya itu, mereka melakukan cara ini untuk memalukan Watie.

Apa reaksi Watie ketika cerita ini keluar di Melodi?

Kami tidak sempat menonton Melodi kelmarin, cuma kami diberitahu oleh beberapa rakan tentang perkara ini. Watie sudah tentu terkejut dan malu bila dikatakan dia mempunyai anak haram satu ketika dulu. 

Saya kasihan melihatnya menderita sebegini, tolonglah faham keadaannya.

Bilakah Watie akan muncul untuk menceritakan cerita yang sebenarnya?

Bukan saya tidak mahu Watie membuat sebarang sidang media untuk menceritakan tentang perkara ini, tapi bila difikirkan balik, lebih banyak keburukkannya daripada kebaikkannya bila dia bersuara.

Namun, sekiranya dia sudah bersedia, kami tetap akan menyokongnya. 

Cuma satu saya mahu beritahu pada orang ramai, bahawa memang benar gadis itu anak kepada Watie, namun dia bukanlah anak luar nikah seperti yang di dakwanya," jelas abang iparnya yang mahu dikenali sebagai Aziz.

Terakhir dikemaskini ( Selasa, 11 Januari 2011 02:49 )

Sunday, January 9, 2011

BUAYA BERWARNA OREN????

Betul ke ada buaya berwarna oren. Or maybe dia ni dari spesies Albino. Nak tahu betul ke tak jom baca cerita kat bawah petikan dari Kosmo online.




MIAMI, Amerika Syarikat - Gambar seekor buaya berwarna oren dirakamkan di Sorrento Woods, Venice di sini berhampiran rumah seorang nenek, Sylvia Methen baru-baru ini.

Menurut Methen yang berusia 74 tahun, dia tidak menyangka dapat melihat buaya tersebut semasa pulang dari tempat kerja.

"Saya menganggap ia (haiwan itu) hebat. Saya merakamkan gambar dan menghantarnya kepada cucu saya supaya mereka menganggap saya salah seorang nenek yang hebat di Florida," katanya.

Bukan dia sahaja dapat melihat seekor buaya itu tetapi seorang lagi saksi, Phillip Crosby turut melihat haiwan tersebut.

"Haiwan itu berjemur di atas simen," katanya. 

Menurutnya, dia dapat melihat buaya itu dari dalam keretanya.

"Haiwan itu memang berwarna oren. Kulitnya berwarna oren," kata Crosby.

Namun, pakar-pakar hidupan liar yang meneliti gambar itu menyatakan haiwan berkenaan dipercayai berwarna oren kerana ia terkena bahan mengandungi warna tersebut. - Agensi

Wednesday, January 5, 2011

TANGKAP IKAN GUNA TANGAN

Percaya tak kalau ada orang tangkap ikan menggunakan tangan. Nak pulak ikan air tawar macam ikan keli yang ada sengat tu. Kalau tak caya boleh baca kat sini petikan daripada Kosmo online.




LONDON - Terdapat kegilaan terbaru dalam kalangan pemancing apabila mereka menggunakan tangan untuk menangkap ikan, lapor sebuah akhbar semalam.

Pertandingan menangkap ikan dengan menggunakan tangan itu bermula pada 1990-an tetapi apabila iklan mengenainya disiarkan di Internet ia kini mempunyai ramai pengikut.

Seorang pemancing yang aktif menggunakan tangan, Tim Jones berkata: "Kebanyakan aktiviti itu berlaku di kawasan air cetek.

"Jika paras air melebihi kepala anda, menangkap ikan dengan menggunakan tangan akan menjadi sukar dan mustahil untuk bergusti dengan seekor ikan di permukaan."

Menurutnya, pemancing yang menggunakan tangan suka menangkap ikan air tawar di bawah pokok yang tumbang, celah batu atau lubang di tepi tebing sungai.

"Ikan air tawar akan membuat sarang di tempat yang dianggap selamat. Semasa musim bertelur dan musim panas, suhu dalam air akan meningkat. 

Anda akan sukar untuk mencari ikan di sarang pada waktu itu kerana haiwan itu kerap meninggalkan lokasi tempat bertelur," katanya.

Seorang pemilik laman web memancing, Jason Cook berkata, menangkap ikan dengan tangan itu dianggap sebagai aktiviti berbahaya.

Menurutnya, jari si penangkap ikan boleh hilang dimakan ikan.

Para penangkap ikan itu akan memasukkan tangan ke dalam mulut ikan air tawar menyebabkan terdapat calar dan luka pada lengan mereka kerana terkena gigi haiwan tersebut.

Berat sebahagian ikan yang ditangkap itu boleh mencecah 27.21 kilogram. - Agensi


Tuesday, January 4, 2011

KULIT BUAH TEMBIKAI UNTUK RAMBUT GUGUR

Salam semua. Semasa tengah blog walking terjumpa petua ni dari blog sini. Aku rasa ia baik untuk dikongsi bersama. Jom kita baca seterusnya.



Rambut  gugur dan kepala menjadi botak menjadi masalah utama bagi mereka yang menghadapainya terutama yang masih lagi berusia muda atau bujang sama ada lelaki mahu pun wanita. 

Banyak faktor atau punca terjadinya masalah keguguran rambut antaranya seperti perubahan hormon, efek pengubatan, shampoo yang tidak sesuai malah gangguan stres.
 
Salah satu kaedah rawatan tradisional untuk mengatasi rambut gugur ialah menggunakan kulit buah tembikai. Buah tembikai yang kaya dengan vitamin C dan  memang digemari semua orang ternyata berkhasiat  dan bermanfaat untuk mengatasi rambut gugur.
 
Caranya mudah. Setelah anda memakan isinya, jangan dibuang kulitnya. Bahagian isi kulit tembikai yang berwarna putih  amat mujarab digunakan untuk mengubati rambut gugur.
 
Tusuk-tusuk bahagian putih kulit tembikai itu menggunakan garpu  supaya keluar cairan.  Kemudian gosokkan  pada kulit kepala anda dan langirkan atau ramas perlahan -lahan beberapa minit. Cukup lakukan seminggu sekali.