NATURAL REMEDIES

ISLAMIC CALENDAR

Tuesday, January 4, 2011

KULIT BUAH TEMBIKAI UNTUK RAMBUT GUGUR

Salam semua. Semasa tengah blog walking terjumpa petua ni dari blog sini. Aku rasa ia baik untuk dikongsi bersama. Jom kita baca seterusnya.



Rambut  gugur dan kepala menjadi botak menjadi masalah utama bagi mereka yang menghadapainya terutama yang masih lagi berusia muda atau bujang sama ada lelaki mahu pun wanita. 

Banyak faktor atau punca terjadinya masalah keguguran rambut antaranya seperti perubahan hormon, efek pengubatan, shampoo yang tidak sesuai malah gangguan stres.
 
Salah satu kaedah rawatan tradisional untuk mengatasi rambut gugur ialah menggunakan kulit buah tembikai. Buah tembikai yang kaya dengan vitamin C dan  memang digemari semua orang ternyata berkhasiat  dan bermanfaat untuk mengatasi rambut gugur.
 
Caranya mudah. Setelah anda memakan isinya, jangan dibuang kulitnya. Bahagian isi kulit tembikai yang berwarna putih  amat mujarab digunakan untuk mengubati rambut gugur.
 
Tusuk-tusuk bahagian putih kulit tembikai itu menggunakan garpu  supaya keluar cairan.  Kemudian gosokkan  pada kulit kepala anda dan langirkan atau ramas perlahan -lahan beberapa minit. Cukup lakukan seminggu sekali.

4 comments:

  1. seriously boleh gune kulit tembikai??? waaahhh..good info..bleh la I tambah kan rambut i yg x lebat mane nih..weee

    ReplyDelete
  2. okay, ini best! jimat dan ta payah beli mc2 shampoo kat luar sana;)

    ReplyDelete
  3. seyes... mmg tengah cari ubat utk rambut yg berguguran ni...

    ReplyDelete
  4. mohon share ekk nisa... sambil
    blog walking

    ReplyDelete

nisa