NATURAL REMEDIES

ISLAMIC CALENDAR

Tuesday, May 24, 2011

PENEMBAK UPAHAN PALING MUDA DIPENJARA SEUMUR HIDUP

Petikan daripada Kosmo online.


SANTRE SANCHEZ GAYLE


LONDON – Seorang penembak upahan paling muda, Santre Sanchez Gayle yang menembak mati ibu muda, Gulistan Subasi pada Mac tahun lalu dihukum penjara seumur hidup oleh seorang hakim sebuah mahkamah di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Penembak upahan yang berusia 15 tahun semasa kejadian itu berlaku hanya dibayar sebanyak £200 (RM988) untuk membunuh Gulistan di rumah ibunya di Hackney, timur London dengan menggunakan selaras senapang patah. 

Dia dikatakan sepatutnya menerima £2,000 (RM9,882) sebagai upah melakukan pembunuhan itu.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Gayle membawa senapang itu di pintu masuk flat ibu muda tersebut sebelum menembaknya di bahagian dada di pintu rumah tersebut.

Ketika kejadian, ibu muda itu sedang melakukan persediaan untuk menyambut ulang tahun kelahiran seorang anaknya.

Gayle diarah untuk membunuh ibu muda itu oleh Izak Billy, 22, yang juga didapati bersalah melakukan pembunuhan dan dihukum penjara seumur hidup.

Bekas kekasih ibu muda itu, Serdar Ozbek, 28, sebelum ini dituduh mengarahkan pembunuhan itu tetapi kemudian dibebaskan bersama empat orang lagi.

Bekas kekasih itu dikatakan mengarahkan pembunuhan itu kerana bimbang Subasi akan membawa lari seorang anak lelaki mereka. – Agensi

Thursday, May 19, 2011

BENTUK TAPAK KAKI GERGASI DI SAWAH PADI

Aritu citer pasal UFO kat sini jugak. Sekarang bentuk tapak kaki gergasi  mungkin kat tempat yang sama. Jom baca sesama petikan daripada Kosmo online.

PENDUDUK di Sleman digemparkan dengan kemunculan satu bentuk kaki manusia gergasi di Minomartani, Ngaglik, Sleman pada Ahad lalu.

SLEMAN, Indonesia - Satu bentuk tapak kaki manusia gergasi ditemui di satu kawasan sawah padi di sini dengan ukuran seluas 3,000 meter persegi, lapor akhbar Tribunnews.com semalam.

Ia ditemui oleh pemilik sawah itu, Rebo Suwardi pada Ahad lalu pada pukul dua petang.
Menurutnya, bentuk itu disebabkan oleh angin dan sebahagian pokok padinya telah tumbang akibat ditiup angin kuat.

Dia berkata, selepas hujan turun dengan lebat, dia kembali melihat sawah tersebut dan mendapati terdapat bentuk seperti kaki manusia gergasi.

Bagaimanapun, polis di Sleman, Yogyakarta akan melakukan siasatan sama ada bentuk itu dibuat oleh manusia.

Seorang pegawai polis, Irwan Ramaini menyatakan pihaknya masih belum mengetahui siapa yang membuat bentuk tapak kaki manusia itu.

Sebelum ini, beberapa lingkaran misteri yang dikaitkan dengan objek terbang tidak dikenali (UFO) ditemui di kawasan sawah padi Pulau Jawa.

Bentuk lingkaran misteri yang dalam pelbagai bentuk itu pada kebiasaannya ditemui di kawasan tanaman gandum di negara-negara Barat. - Agensi

Wednesday, May 18, 2011

GAMBAR HANTU MAIN LAPTOP DI PEJABAT

Credit to this blog for this. Ni mesti hantu zaman sekarang.



Dalam foto tersebut, nampak hantu wanita berambut panjang dengan mengenakan pakaian putih sedang duduk di depan laptop. Namun dia hanya terdiam membisu di tempat duduknya, sambil memandang penuh dengan wajah penasaran terhadap laptop itu.

Berdasar data yang dihimpun, foto sosok hantu itu diambil menggunakan kamera Samsung GT-S5830, Khamis (5/5/2011) pukul 12:22:41 WIB. Hingga kini belum dikatahui siapa yang merakam sosok hantu tersebut. Semua pegawai yang ditemui wartawan pun mengaku tidak mengetahui.

Banyak dari pengawai yang mengaitkan kemunculan hantu perempuan tersebut dengan gedung Darmoyuda, yakni bekas bangunan penyimpanan fail bahagian kewangan di komplek pejabat pemkab. Sejak terbakar 9 March 2009 lalu, bangunan tersebut masih dibiarkan kosong.

BUDAK TERSEPIT DICELAH DINDING

BEIJING - Seorang budak lelaki dari Daye di wilayah Hubei tengah China tersepit di celah dinding bangunan selama tiga jam sebelum diselamatkan beberapa anggota bomba, lapor sebuah akhbar semalam.

Budak lelaki itu bersembunyi di celah ruang kecil berukuran 15 sentimeter di antara dua bangunan semasa dia bermain permainan sembunyi bersama rakan-rakannya baru-baru ini.

WAJAH budak lelaki yang tersepit di celah dua bangunan di Daye, tengah China. 

Pihak bomba dihubungi selepas beberapa rakan dan orang ramai gagal menariknya keluar dari celah bangunan itu.

Beberapa anggota bomba bertindak memasuki salah sebuah bangunan bagi memecahkan dinding berhampiran budak itu untuk menyelamatkannya. - Agensi

SAKIT JANTUNG SUDAH WUJUD ZAMAN FIRAUN

He..he.. rupanya penyakit jantung ni bukan sahaja penyakit zaman moden. Tapi sebenarnya ia dah lama. Kalau nak tahu lebih lanjut baca berita kat bawah ni petikan daripada Kosmo online.

GAMBAR yang disiarkan kelmarin menunjukkan salah satu mumia yang diimbas dengan menggunakan komputer di Muzium Kaherah Mesir pada 10 Mei lalu.
PARIS - Seorang puteri Mesir yang hidup di antara 1580 dan 1550 Sebelum Tahun Masihi merupakan manusia pertama dalam sejarah diketahui menghidap penyakit jantung koronari.

Penyakit itu dikesan menerusi imbasan komputer yang memberikan imej terperinci ke atas mumia Puteri Ahmose-Meryet-Amon yang meninggal dunia semasa berumur dalam lingkungan 40-an.

Menurut Persatuan Kardiologi Eropah, puteri itu didapati mempunyai aterosklerosis atau satu pengumpulan bahan lemak di dua dari tiga saluran koronari.

"Pada hari ini, dia mungkin memerlukan pembedahan pintasan jantung," kata ketua analisis mumia itu, Gregory Thomas yang juga Pengarah Pendidikan Nuklear Kardiologi di Universiti of California di Irvine, Amerika Syarikat menerusi telefon.

Menurutnya, dia berasa terkejut dengan jumlah pengumpulan lemak yang ditemui itu.

Separuh daripada mumia yang dikaji itu menunjukkan terdapat tanda-tanda pengapuran dalam saluran arteri yang menunjukkan tanda aterosklerosis.

Purata kematian mumia itu ialah kira-kira 45 tahun. - AFP

KAWAN ROSAKKAN KERETA LAMBORGHINI RM1.1 JUTA

KERETA Lamborghini Murcielago yang remuk teruk dalam kemalangan di Sydney pada Ahad lalu.



SYDNEY - Seorang remaja berusia 22 tahun dilaporkan memandu sebuah kereta sport Lamborghini Murcielago bernilai AS$363,657 (RM1.1 juta) milik kawannya yang melanggar sebuah teksi, lapor sebuah akhbar semalam. 

Dia memandu kereta itu pada pagi Ahad lalu sebelum hilang kawalan di sebatang jalan raya di Sydney, Australia. Lebih malang lagi, kereta tersebut kemudian bertembung dengan sebuah teksi yang mengakibatkan kedua-dua buah kereta mengalami kerosakan teruk. 

Pemandu teksi itu merupakan wanita berusia 51 tahun dan dia terperangkap di dalam kenderaan lebih sejam sebelum diselamatkan dengan sebelah kakinya patah.

Pemilik kereta Lamborghini Murcielago yang berusia 30 tahun itu mungkin berdepan masalah untuk menuntut kerugian daripada syarikat insurans kerana kereta tersebut tidak diinsuranskan kepada pemandu berusia bawah 25 tahun. 

Dia memberi pinjam kepada rakannya itu namun keretanya kini sukar untuk dikenali pasti kerana remuk teruk.

"Saya menganggap pemandu kereta itu berada (dirawat) dalam ambulans kedua. Sukar dipercayai dia masih boleh berjalan tanpa sebarang kecederaan," kata seorang saksi, Daisy Buckle. 

Seorang lagi penumpang kereta sport itu yang berusia 26 tahun mengalami cedera ringan di bahagian dada.

Kereta sport Lamborghini Murcielago didedahkan kepada umum pada tahun 2002.

Pembuat kereta dari Itali itu menggunakan enjin bersesaran 6.2 liter V12. 

Pihak polis sedang menyiasat kemalangan itu dan akan mendakwa pemandu tersebut kerana memandu secara berbahaya. 

Seorang jurucakap polis mengesahkan bahawa pemandu itu tidak berada di bawah pengaruh alkohol. - Agensi

UFO DI SHINJUKU JEPUN

KIRA-KIRA 100 objek terbang tidak dikenali (berwarna putih) berlegar-legar di ruang udara Shinjuku, Tokyo pada April lalu.

TOKYO - Sekumpulan cahaya misteri yang dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar dengan laju di ruang angkasa Shinjuku, Tokyo, lapor laman Rocketnews24 semalam.

UfO itu muncul pada 8 April lalu pada pukul 4 petang dan klip video tersebut disiarkan di laman YouTube.

Menurut individu yang merakamkan klip itu, sejumlah orang turut melihat UFO itu di luar rumahnya.

Dia berkata, terdapat 100 UFO yang bergerak sebelum ia berkurangan sehingga menjadi 20 buah sahaja.

Terdapat dua buah pesawat terbang berdekatan UFO itu tetapi objek tersebut mungkin berada pada altitud yang lebih tinggi, katanya. - Agensi

BERSENAM DI PARKIR PASARAYA

Petikan daripada Kosmo online hari ni.

Di periksa sebelum memasuki pasaraya


SEAWAL pukul 6.30 pagi, kelibat pejalan kaki sudah tampil mengisi ceruk-ceruk ruang di sekitar pusat beli-belah Inorbit di bandar Mumbai, India. 

Telahan bahawa peniaga sudah mula berjual beli disangkal sama sekali. Ini kebanyakan pejalan kaki lebih tertumpu di laluan yang agak terpinggir di sekitar bangunan tersebut termasuk tempat letak kereta.

Ironinya, setiap pagi sekumpulan pejalan kaki dan pelari di daerah utara bandar Malad berkumpul untuk bersenam sebelum memulakan tugasan harian mereka.

"Berjalan membuatkan saya bertenaga dan bersemangat untuk memulakan hari-hari baharu saya," ujar seorang penduduk tempatan, Ravi Wikar yang mengulangi rejim harian berjalan dan naik turun eskalator sekitar bangunan tersebut.

Ravi, seorang usahawan berusia 37 tahun yang lengkap bertopi besbol dan menyarung sehelai baju putih bersama sut balapan merah dan berkasut sukan berkongsi rutin hariannya kepada penulis.

"Saya berjalan setiap pagi bermula pukul 6.30 pagi lagi dan jarak biasa yang saya ambil adalah sejauh tiga kilometer," ceritanya.

Konsep menjadikan pasar raya tertutup itu sebagai lokasi untuk bersenam bukan dianggap situasi yang janggal bagi 50 penduduk warga emas yang menghidap kencing manis dan artritis.

Lokasi strategik warga Malad itu tercipta bukan atas keperluan sebenar dalam senario kegawatan ekonomi dan modal liburan India.

Selesa
Urbanisasi semberono bandar tersebut telah menyaksikan kebanyakan ruang hijau bumi dilitupi binaan konkrit untuk perumahan dan pejabat.

Jalan raya dan laluan tidak diselenggara sebaiknya sementara kemerosotan sistem trafik beradun pemanasan melampau mencambahkan tahap pencemaran udara dan habuk tebal yang berbahaya.

Oleh itu, aktiviti riadah dan bersenam amat sukar dilaksanakan melainkan pada awal pagi sebelum kota Mumbai mulai bernafas.

Permukaan pusat beli-belah tersebut yang rata berserta kelengkapan lantai tar di parkir kenderaan mengurangkan tekanan pada sendi-sendi penduduk berusia untuk melakukan aktiviti di sana.

"Jika terjatuh, seseorang boleh membantu saya bangkit. Tapi kalau di taman-taman tiada siapa boleh membantu saya," kata teman rapat Ravi, Ranjan Kar yang merupakan seorang pesara eksekutif media




Tambah pejalan kaki itu, lokasi tersebut dilengkapi dengan pencahayaan yang cukup di samping kawalan keselamatan yang lengkap.

Sesiapa yang berjalan di dalam kawasan pasar raya tersebut pasti akan melalui pemeriksaan khas pengesanan besi untuk menjamin tiada alatan berbahaya dibawa masuk.

"Kalau menggunakan jalan raya ada kemungkinan kita akan diragut," kata Ravi sambil menyembunyikan rantai emas di lehernya.

Tambah bekas pelukis pelan pula, Prabhakar Kishambare, 70, yang mewajibkan dirinya mengelilingi parkir kenderaan tersebut sebanyak empat kali sehari, kedamaian yang diperoleh di lokasi itu sukar dicari di tempat lain.

"Pasar raya ini amat menenangkan, sunyi dan tiada asap-asap tebal daripada ekzos kenderaan.

"Ia adalah ruang terbuka yang menarik, bersih dan ada persekitaran sekeliling yang sangat baik," ujarnya.

Populasi tak setara
Bagi Neera Punj yang merupakan seorang ahli majlis Forum Penduduk Ruang Perbandaran dan Perlindungan Awam (CitiSpace), kemunculan pusat beli-belah berkonsep sedemikian mengundang pelbagai senario berbeza kepada Mumbai.

"Kondisi ruang awam yang berbaki kini amat menyedihkan, maka sebab itulah bilangan pejalan kaki di pasar raya kian meningkat," katanya.

Pihaknya menganggarkan hanya 940 ekar (380 hektar) taman dan kawasan rekreasi yang tinggal untuk populasi berjumlah 14 juta orang.

Berbanding ibu kota London yang berjumlah hampir lapan juta penduduk dan mempunyai 10 kali ganda ruang awam terbuka.

"Ruang yang diperuntukkan di India amat kecil jika dibandingkan dengan keluasan yang disarankan," tambah Neera.

Menurutnya lagi, ruang bukan sesuatu yang dianggap mewah sebaliknya ia adalah satu mandatori dan keperluan hakiki seseorang.

CitiSpace bukan satu-satunya pihak yang prihatin terhadap peruntukan ruang terbuka kepada penduduk dan kesannya terhadap kesihatan.

Namun, firma perundingan Ernst and Young dalam satu kenyataan pada tahun lalu memberitahu kekurangan ruang untuk bersukan di bandar India adalah antara faktor yang menyumbang kepada kurangnya kejayaan dalam sukan selain kriket.

Berdasarkan kajian juga, kurang lima peratus daripada 1.21 bilion populasi negara India mempunyai akses cukup untuk kemudahan bersukan.

Kemudahan bersukan mungkin wujud namun, biasanya di kelab-kelab persendirian yang bergantung pada keupayaan untuk membiayainya sekali gus mencipta jurang antara golongan berada dan kurang berkemampuan.

Neera tidak menghalang kewujudan pejalan kaki di pasar raya tertutup sebaliknya memandang senario itu sebagai satu inisiatif yang menjimatkan untuk menggunakan ruang awam seadanya.

Bicara Ravi mengakhiri bualan; "Aktiviti ini juga amat bersesuaian bagi yang gemarkan window shopping." - AFP

Wednesday, May 11, 2011

BUAH KELAPA BERWAJAH MANUSIA

Terjumpa artikel menarik ni kat sini. Jom baca sama-sama.

BIMA- Buah kelapa menyerupai wajah manusia ini menggegarkan penduduk Bima, Nusa Tenggara Barat (NTB). Anehnya, buah ini akan mengeluarkan air seperti seperti menangis jika hendak dibelah.



Rumah pasangan M Saleh dan Siti Aminah di RT 08/04, Kelurahan Melayu, Kecamatan Asakota, Kota Bima, mula dikunjungi ramai orang.

Ramai yang ingin melihat dengan mata kepala mereka sendiri khabar yang disebarkan dari mulut ke mulut mahupun foto melalui telefon bimbit tentang buah kelapa aneh ini.

Bukan hanya penduduk biasa, para pegawai dan guru-guru juga tidak mahu ketinggalan. Mereka datang dari tempat kerja masing-masing untuk melihat bentuk asli buah kelapa yang kononnya memiliki keajaiban tersebut.

Menurut Aminah, kelapa tersebut diberi oleh kakaknya, M Yamin. Ketika sabutnya dikupas, ia belum terlihat tanda-tanda aneh.

“Saya terkejut kerana ketika hendak dibelah ia mengeluarkan air matanya. Akhirnya saya tidak jadi belah dan simpan di dalam almari,” kata Aminah di rumahnya, Selasa (10/5/2011).

Kerana yakin buah kelapa ini memiliki keajaiban, Aminah tidak akan menjual atau menggunakannya untuk masakan. Dia akan menyimpannya walaupun ada orang yang akan menawar dengan harga tinggi.

Kini buah kelapa tersebut disimpan di dalam balang kaca agar tidak terjatuh ketika ramai orang melihatnya.

Ramainya masyarakat yang ingin melihat buah kelapa ini dimanfaatkan oleh keluarga Aminah. Pihaknya sudah menyiapkan sebuah kotak derma yang boleh disumbangkan oleh pengunjung seikhlas hati.

Ramai yang datang tidak hanya ingin menyaksikan buah kelapa menangis itu, namun juga mengabadikan melalui kamera telefon bimbitnya. Bahkan beberapa wanita sempat kerasukan setelah melihatnya.

Maka tidak hairanlah jika ketika ini banyak beredarnya rakaman video buah kelapa mirip wajah manusia ini.

Monday, May 9, 2011

KEKERAPAN AKTIVITI SEKSUAL BERI KESAN KEPADA HAYAT TETAPI DENGAN SYARAT SETIA KEPADA PASANGAN ANDA

Artikel yang menarik untuk di kongsi bersama. Credit to this blog.
 
 Photo credit to Google.
 
Artikel yang disiarkan oleh ANI ini memerihalkan kajian terbaharu yang dilakukan oleh sekumpulan pengkaji Itali. Menurut kajian itu, keaktifan lelaki melakukan seks adalah kunci kepada hayat yang panjang. Namun, syaratnya lelaki itu hendaklah setia kepada pasangannya.

Menurut pengkaji, kehidupan seks yang aktif memberikan kesan kepada kesihatan sistem kardiovaskular lelaki. Dengan kata lain, lelaki yang aktif melakukan hubungan seks akan kurang menghadapi masalah kardiovaskular yang menjadi antara pembunuh utama di dunia.

Apakah bukti daripada kajian itu yang mendakwa lelaki yang aktif melakukan seks dan setia kepada pasangannya tidak akan berhadapan masalah kardiovaskular yang boleh mengancam nyawa? Emmanuele Jannini, koodinator kajian berkata, "Peningkatan aktiviti seksual akan meningkat pengeluaran testoran yang bertindak mengurangkan depresi. Peningkatan prestasi kardiovaskular pula akan meningkatkan metabolisme yang akan memberikan kesan kepada kesihatan."

Kajian itu juga mendapati lelaki yang tidak setia kepada pasangan masing-masing mengalami prestasi kardiovaskular yang rendah kerana mereka (lelaki) berhadapan dengan tekanan kerana berlaku curang terhadap pasangan masing-masing.