Terjumpa artikel menarik ni kat sini. Jom baca sama-sama.
BIMA- Buah kelapa menyerupai wajah manusia ini menggegarkan penduduk Bima, Nusa Tenggara Barat (NTB). Anehnya, buah ini akan mengeluarkan air seperti seperti menangis jika hendak dibelah.
Rumah pasangan M Saleh dan Siti Aminah di RT 08/04, Kelurahan Melayu, Kecamatan Asakota, Kota Bima, mula dikunjungi ramai orang.
Bukan hanya penduduk biasa, para pegawai dan guru-guru juga tidak mahu ketinggalan. Mereka datang dari tempat kerja masing-masing untuk melihat bentuk asli buah kelapa yang kononnya memiliki keajaiban tersebut.
Menurut Aminah, kelapa tersebut diberi oleh kakaknya, M Yamin. Ketika sabutnya dikupas, ia belum terlihat tanda-tanda aneh.
“Saya terkejut kerana ketika hendak dibelah ia mengeluarkan air matanya. Akhirnya saya tidak jadi belah dan simpan di dalam almari,” kata Aminah di rumahnya, Selasa (10/5/2011).
Kerana yakin buah kelapa ini memiliki keajaiban, Aminah tidak akan menjual atau menggunakannya untuk masakan. Dia akan menyimpannya walaupun ada orang yang akan menawar dengan harga tinggi.
Kini buah kelapa tersebut disimpan di dalam balang kaca agar tidak terjatuh ketika ramai orang melihatnya.
Ramainya masyarakat yang ingin melihat buah kelapa ini dimanfaatkan oleh keluarga Aminah. Pihaknya sudah menyiapkan sebuah kotak derma yang boleh disumbangkan oleh pengunjung seikhlas hati.
Ramai yang datang tidak hanya ingin menyaksikan buah kelapa menangis itu, namun juga mengabadikan melalui kamera telefon bimbitnya. Bahkan beberapa wanita sempat kerasukan setelah melihatnya.
Maka tidak hairanlah jika ketika ini banyak beredarnya rakaman video buah kelapa mirip wajah manusia ini.
No comments:
Post a Comment
nisa