NATURAL REMEDIES

ISLAMIC CALENDAR

Wednesday, March 9, 2011

BERJUTA-JUTA IKAN MATI DI MARINA CALIFORNIA

Bila terbaca cerita ni, teringat aritu masa baca Kosmo jugak pasal burung-burung yang mati di Cristchurch New Zealand. Selang sebulan ke dua bulan lepas tu tiba-tiba kita digemparkan dengan berita gempa bumi kat sana. So mungkinkah fenomena yang sama bakal berlaku? Allah sahaja yang maha mengetahui. Ikuti berita selanjutnya petikan daripada Kosmo online.

SEBUAH bot dikelilingi jutaan ikan yang mati di Marina King Harbor, selatan Los Angeles kelmarin.


 LOS ANGELES - Berjuta-juta ikan kecil mati termasuk ikan kembung dan sardin ditemui terapung di sebuah marina di pantai Redondo, selatan Los Angeles, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemilik-pemilik bot di marina itu bangun pada waktu pagi kelmarin di pantai Redondo, California dan mendapati jutaan ikan tersebut mati.

Seorang pegawai polis, Sarjan Phil Keenan berkata, punca kematian itu masih belum diketahui.
Penyelaras marin untuk Marina King Harbor, Staci Gebrielli berkata, pihaknya juga tidak mengetahui mengenai punca kematian ikan tersebut.

Sebelum ini, lebih 3,000 burung terjatuh dari langit menjelang Tahun Baru di Beebe, Arkansas.

Percikan bunga api dipercayai menjadi punca kematian burung itu tetapi punca sebenar kematian haiwan itu masih belum diselesaikan. - Agensi

Sunday, March 6, 2011

CITER HANTU LA PLAK-PONTIANAK DI IPD BENTONG

Aku baca citer ni di sini. Citer selanjutnya kat bawah.

 Gambar credit to Google

BETONG: Gangguan kemunculan lembaga berambut panjang di bangunan baru Ibu Pejabat Polis (IPD) Betong di sini, selepas sebulan berpindah ke lokasi itu kini memasuki episod baru apabila makhluk jelmaan menyerupai wanita itu dikatakan beralih angin dan sering merayau di kediaman pegawai pula. 

Jelmaan wanita terbabit dikatakan sering dilihat sekitar kediaman beberapa pegawai IPD berkenaan, malah kelibat menyeramkan itu didakwa turut dilihat penduduk kawasan berdekatan ketika melalui bangunan itu, kira-kira jam 2 pagi.

Lembaga itu dikatakan berpakaian lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang dan dilihat sering merayau sekitar kediaman pegawai setiap awal pagi sebelum menghilangkan diri.

Beberapa pegawai di IPD itu mendakwa pernah melihat kelibat wanita berjalan sendirian, malah lebih mengerikan apabila lembaga itu pernah menjenguk kepalanya menerusi tingkap di sebuah kediaman didiami pegawai.

“Kami pernah melihat kelibat seorang wanita berdiri berdekatan tingkap sebelum menghilangkan diri. Kejadian ini sering berlaku terutama pada awal pagi dan wanita terbabit dikatakan berlegar-legar sekitar kediaman pegawai.

“Boleh dikatakan setiap minggu pasti ada yang melihat kelibat wanita itu. Bukan itu saja, malah dalam lokap pun turut berlaku gangguan tetapi dipercayai oleh makhluk lain,” kata pegawai terbabit yang yang enggan dikenali.
Menguatkan lagi dakwaan itu apabila ada beberapa penduduk berhampiran terserempak dengan lembaga menyerupai pegawai di atas bumbung rumah terbabit.
Kejadian berlaku beberapa bulan lalu apabila individu berkenaan melihat kelibat ‘pegawai’ berkenaan di atas bumbung pada jam 2 pagi.
“Namun, tidak lama selepas itu, ‘pegawai’ berkenaan dikatakan menghilangkan diri dan apabila ditanya pada keesokan hari, pegawai terbabit menafikan dia berada di atas bumbung rumahnya pada waktu itu,” katanya.
Katanya, beberapa anggota bertugas juga pernah melihat kelibat individu tidak dikenali sedang tidurdalam lokap pada waktu malam dan keadaan itu bukan saja membuatkan mereka ketakutan, 
malah tahanan sendiri merayu supaya dipindahkan ke lokap lain.
Sebelum ini, IPD Betong menjadi tumpuan apabila kelibat wanita berpakaian putih dan berambut panjang yang dikaitkan dengan pontianak didakwa sering mengganggu anggota dan pegawai polis bertugas pada waktu malam selepas sebulan berpindah.
Kejadian berlaku beberapa hari selepas IPD berkenaan berpindah ke lokasi barunya kira-kira dua kilometer dari Jalan Kuek Huat Wee bersebelahan Stadium Betong, April lalu.
Sejak itu, satu demi satu kejadian menyeramkan dialami anggota bertugas apabila mereka mendakwa ternampak wanita misteri dalam lokap di IPD berkenaan.

Malah, kejadian itu berlarutan beberapa hari selepas itu dengan anggota lain turut mendakwa melihat kelibat lembaga yang ‘menyamar’ rakan setugas mereka. 

Turut didakwa berlaku gangguan menyebabkan seorang anggota penyiasat hampir pengsan dan terpaksa melompat dari tingkap bangunan berkenaan selepas melihat lembaga menyeramkan itu berdiri di depannya.
Berikutan itu, pengurusan IPD terpaksa mendapatkan khidmat seorang pengamal perubatan Islam bagi ‘menangkap’ lembaga berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai enggan mengulas lanjut sambil menjelaskan kes itu bukan berkaitan jenayah.

KEHIDUPAN MEWAH ANAK GADAFFI


DAFINKA MIRCHEVA, (atas kanan) SAADI GADDAFI

LONDON - Seorang bekas penari kelab malam, Dafinka Mircheva berusia 21 tahun dan berketurunan Bulgaria mendedakan kehidupan mewah Saadi yang merupakan anak pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, lapor akhbar Mailonline kelmarin.

Menurutnya, Saadi membayar sebanyak £500,000 (RM2.46 juta) untuk kumpulan Pussycat Dolls membuat persembahan pada hari ulang tahun kelahiran anak Gaddafi itu yang turut dihadirinya.

Gadis tersebut berkata, anak Gaddafi yang berusia 31 tahun itu juga menawarkan kokain dan memukul pembantu-pembantunya.

Dafinka menyatakan, pembantu-pembantu Gaddafi memberitahunya bahawa Saadi membelanjakan £170 juta (RM837.46 juta) setahun untuk mengembara dengan jet peribadi, menginap di hotel lima bintang, membeli kereta sport, mengupah penari tiang, membeli barang kemas dan pakaian.

"Dia selalu mempunyai beg hitam yang mengandungi ribuan wang tunai.

"Jika dia (Saadi) mengembara, dia akan menghubungi pihak kedutaan dan kakitangan kedutaan itu akan menghantar lebih banyak wang ke hotelnya," kata gadis tersebut.

Menurut Dafinka, dia menjalin hubungan dengan Saadi selepas mereka bertemu pada 2004.
Anak Gaddafi itu memberikannya hadiah.

Dia yang sudah beristeri masih mahu melamar Dafinka.
Saadi merupakan bekas pemain bola sepak profesional di liga Itali.

Selepas berkenalan, Saadi memberikannya barang kemas Bulgari bernilai £20,000 (RM98,525), subang, sebentuk cincin dan rantai leher dihiasi berlian.
 
Pada 2005, dia bersetuju untuk keluar dengan anak Gaddafi itu.

Mereka menonton filem Four Brothers di sebuah pawagam di Champs-Elysees, Perancis. 

Dafinka berkata, semasa mereka berkenalan, dia berbual dengan anak Gaddafi itu di dalam sebuah bilik peribadi tetapi tidak pernah diminta menanggalkan pakaian semasa dirinya menjadi penari di sebuah kelab malam. 

Menurutnya, semasa dia menemuinya pada tahun lalu, Saadi kelihatan enggan berbual mesra.
Dafinka berkata, Saadi membelinya pakaian berharga £25,000 (RM123,156).

Anak Gaddafi itu dikatakan mempunyai sebuah kereta Bugatti Veyron bernilai £1 juta (RM4.92 juta).
"Kali terakhir saya melihatnya ialah pada November lalu. Dengan apa yang berlaku di Libya, kemungkinan saya tidak akan melihatnya lagi," katanya.

Libya kini dilanda pergolakan apabila sejumlah rakyat menentang pemerintahan Gaddafi dan mereka menuntutnya meletakkan jawatan. - Agensi

LIVERPOOL MENANG YAHOO.....

KUYT (tengah) meledakkan hatrik untuk membantu Liverpool menewaskan Manchester United 3-1 pada aksi Liga Perdana England di Anfield malam tadi.

STATUS Manchester United selaku pendahulu Liga Perdana England semakin tercalar selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut.

Setelah tewas 1-2 kepada Chelsea pada awal pagi Rabu lalu, skuad kendalian Alex Ferguson itu menerima malu lebih besar apabila tunduk 1-3 kepada Liverpool di Anfield malam tadi.

Hatrik daripada penyerang Belanda, Dirk Kuyt sudah cukup untuk membuatkan Liverpool terus melonjak ke tangga keenam liga.

United kini kekal dengan kelebihan tiga mata di persada liga berbanding pasukan di tangga kedua, Arsenal tetapi skuad The Gunners kurang satu perlawanan.

Kuyt membuka tirai jaringan pada minit ke-34 setelah mudah menolak masuk bola hasil gerakan solo Luis Suarez yang berjaya memperdayakan beberapa pemain pertahanan United.

Lima minit kemudian, Kuyt sekali lagi mudah menolak masuk gol kedua Liverpool berpunca daripada kesilapan Nani.

Sejurus kemudian, Nani terpaksa diusung keluar setelah diterjah keras oleh Jamie Carragher.

Sisa perjuangan United berakhir selepas Kuyt melengkapkan hatriknya pada minit ke-65 setelah penjaga gol United, Edwin van der Sar gagal menangkap kemas sepakan percuma Suarez.

Javier Hernandez yang masuk menggantikan Nani bagaimanapun berjaya menjaringkan gol sagu hati buat United pada masa kecederaan. – Agensi

POKOK PETAI MENANGIS

Hari tu kita dikejutkan dengan berita pokok petai menangis. So berduyun-duyun manusia pegi nak tengok pokok tu. Pastu tu ada yang tadah air dari pokok tu untuk minum kononnya untuk sembuhkan penyakit. Lepas tu aku terbaca pulak yang air tu sebenarnya air kencing sejenis serangga bernama riang-riang yang hinggap kat atas pokok tu. Hari ni kuar pulakciter kat Kosmo pasal pokok ni. Jom baca berita selanjutnya kat bawah.

Keratan dari Kosmo 5 Mac lepas

Oleh ZAKI SALLEHGEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengingatkan orang ramai supaya tidak meminum air yang kononnya keluar dari sebatang pokok petai 'menangis' di sini kerana ia mungkin mengandungi virus kencing tikus (leptospirosis)

Pegawai Pendidikannya, N. V. Subbarow berkata, sehubungan itu orang ramai perlu berhati-hati kerana banyak punca penyakit berjangkit disebarkan oleh binatang atau serangga termasuklah leptospirosis yang disebarkan melalui air.

Beliau berkata, tindakan meminum air berkenaan hanya mendedahkan orang ramai kepada risiko termasuk penyakit kerana tidak mengetahui punca sebenar air tersebut.

Thursday, March 3, 2011

PENGANTIN LELAKI DAPAT HADIAH HELIKOPTER

Ho..ho... baru first time dengar pengantin lelaki dapat hadiah helikopter sebagai hadiah perkahwinan. Ikuti berita selanjutnya di bawah. Banyaknya duit dia tu.

LALIT TANWAR (tiga dari kanan) bersama pengantin wanita
di sebuah rumah dekat New Delhi pada Selasa lalu.


NEW DELHI - Seorang lelaki, Lalit Tanwar, 26, berkahwin dengan Yogita Jaunapuria dalam satu majlis perkahwinan mewah, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Lalit dilaporkan menerima hadiah sebuah helikopter manakala 18,000 tetamu menghadiri majlis perkahwinannya.

Mereka berkahwin di sebuah rumah dekat bandar raya ini dengan 12 skrin televisyen gergasi dipasang bagi merakamkan majlis perkahwinan tersebut.

Akhbar Times of India membuat anggaran bahawa majlis perkahwinan yang diadakan pada Selasa lalu itu melibatkan kos AS$22 juta (RM66.67 juta).

Namun, akhbar Mail Today melaporkan, kos majlis perkahwinan itu mungkin AS$55 juta (RM166.67 juta).
Akhbar Indian Express melaporkan bahawa, pengantin lelaki mendapat hadiah sebuah helikopter Bel 429 berharga AS$8 juta (RM24.24 juta) dalam satu majlis perkahwinan yang ringkas. 

Majlis perkahwinan itu melibatkan anak seorang ahli politik daripada parti Kongres yang kaya, Kanwar Tanwar.

Lalit dikatakan memakai kalungan bunga yang diperbuat daripada wang kertas dalam majlis perkahwinan tersebut.

Keluarga pengantin perempuan meraikan pengantin lelaki dengan memberikannya hadiah bernilai AS$5 juta (RM15.15 juta). - Agensi