Aku baca citer ni di sini. Citer selanjutnya kat bawah.
Gambar credit to Google
BETONG: Gangguan kemunculan lembaga berambut panjang di bangunan baru Ibu Pejabat Polis (IPD) Betong di sini, selepas sebulan berpindah ke lokasi itu kini memasuki episod baru apabila makhluk jelmaan menyerupai wanita itu dikatakan beralih angin dan sering merayau di kediaman pegawai pula.
Jelmaan wanita terbabit dikatakan sering dilihat sekitar kediaman beberapa pegawai IPD berkenaan, malah kelibat menyeramkan itu didakwa turut dilihat penduduk kawasan berdekatan ketika melalui bangunan itu, kira-kira jam 2 pagi.
Lembaga itu dikatakan berpakaian lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang dan dilihat sering merayau sekitar kediaman pegawai setiap awal pagi sebelum menghilangkan diri.
Beberapa pegawai di IPD itu mendakwa pernah melihat kelibat wanita berjalan sendirian, malah lebih mengerikan apabila lembaga itu pernah menjenguk kepalanya menerusi tingkap di sebuah kediaman didiami pegawai.
“Kami pernah melihat kelibat seorang wanita berdiri berdekatan tingkap sebelum menghilangkan diri. Kejadian ini sering berlaku terutama pada awal pagi dan wanita terbabit dikatakan berlegar-legar sekitar kediaman pegawai.
“Boleh dikatakan setiap minggu pasti ada yang melihat kelibat wanita itu. Bukan itu saja, malah dalam lokap pun turut berlaku gangguan tetapi dipercayai oleh makhluk lain,” kata pegawai terbabit yang yang enggan dikenali.
Menguatkan lagi dakwaan itu apabila ada beberapa penduduk berhampiran terserempak dengan lembaga menyerupai pegawai di atas bumbung rumah terbabit.
Kejadian berlaku beberapa bulan lalu apabila individu berkenaan melihat kelibat ‘pegawai’ berkenaan di atas bumbung pada jam 2 pagi.
“Namun, tidak lama selepas itu, ‘pegawai’ berkenaan dikatakan menghilangkan diri dan apabila ditanya pada keesokan hari, pegawai terbabit menafikan dia berada di atas bumbung rumahnya pada waktu itu,” katanya.
Katanya, beberapa anggota bertugas juga pernah melihat kelibat individu tidak dikenali sedang tidurdalam lokap pada waktu malam dan keadaan itu bukan saja membuatkan mereka ketakutan,
malah tahanan sendiri merayu supaya dipindahkan ke lokap lain.
malah tahanan sendiri merayu supaya dipindahkan ke lokap lain.
Sebelum ini, IPD Betong menjadi tumpuan apabila kelibat wanita berpakaian putih dan berambut panjang yang dikaitkan dengan pontianak didakwa sering mengganggu anggota dan pegawai polis bertugas pada waktu malam selepas sebulan berpindah.
Kejadian berlaku beberapa hari selepas IPD berkenaan berpindah ke lokasi barunya kira-kira dua kilometer dari Jalan Kuek Huat Wee bersebelahan Stadium Betong, April lalu.
Sejak itu, satu demi satu kejadian menyeramkan dialami anggota bertugas apabila mereka mendakwa ternampak wanita misteri dalam lokap di IPD berkenaan.
Malah, kejadian itu berlarutan beberapa hari selepas itu dengan anggota lain turut mendakwa melihat kelibat lembaga yang ‘menyamar’ rakan setugas mereka.
Malah, kejadian itu berlarutan beberapa hari selepas itu dengan anggota lain turut mendakwa melihat kelibat lembaga yang ‘menyamar’ rakan setugas mereka.
Turut didakwa berlaku gangguan menyebabkan seorang anggota penyiasat hampir pengsan dan terpaksa melompat dari tingkap bangunan berkenaan selepas melihat lembaga menyeramkan itu berdiri di depannya.
Berikutan itu, pengurusan IPD terpaksa mendapatkan khidmat seorang pengamal perubatan Islam bagi ‘menangkap’ lembaga berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai enggan mengulas lanjut sambil menjelaskan kes itu bukan berkaitan jenayah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai enggan mengulas lanjut sambil menjelaskan kes itu bukan berkaitan jenayah.
No comments:
Post a Comment
nisa