NATURAL REMEDIES

ISLAMIC CALENDAR

Wednesday, June 30, 2010

SEMALAM CUTI AMIK REPORT CARD

Yahoo.... semalam aku cuti coz kena pegi amik report card 2 orang anak aku. Anak aku no. 2 tu nama dia Farah. Dia ni ok lah dapat no. 1 sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Tapi yang no. 3 tu namanya Adriana dapat no. 15 and 19. Tension betul. Bila tanya nape jadi cam tu. Senang je dia cakap tak leh jawab certain soalan dalam subject. Tapi bila pegi sekolah tengok graf kat kelas dia ada je yang dapat A, so geram je lah. Itu citer pasal anak.






Lauk-lauk kat atas tu aku makan semalam.Coz semalam tak puasa maka kami sekeluarga pun pegi makan Nasi Padang kat Meru, Klang. Aduh Hubby makan bertambah-tambah. Favourite dia la katakan. Aku ambik ayamg rendang, percik, renang daging, sayur nagka dan rebung masak lemak. Hmmmm... enak tak terhingga.

Gambar tak sempat nak amik coz masing-masing dah lapar sangat.

Jom layan picture ehsan Cik Google.

Monday, June 28, 2010

PUASA LA LAGI....




Gambar sekadar hiasan, ehsan Google

Tapi last weekend tu aku dah makan banyak sangat coz my hubby went to Penang. So he tapau lauk from Line Clear Nasi Kandaq. Ada kari ikan, telur ikan dan telur sotong (yang ni aku punya). kari ayam for my children and my hubby.

Pasal dah makan banyak sangat tu la aku kena puasa sunat. Lagipun ini kan bulan Rejab, dapt gak pahala kan.

Hari ni masuk hari ke 2 aku berpuasa sunat. Semalam tak leh wat posting tak tau nape. Benci la. Tapi tak pe. Semalam buka posa ngan sup tulang. Awww... sedapnya tambah sedikit cilipadi dan asam limau. Best tak terhingga. Pastu makan lak buah betik as a dessert. Pastu ada juga buah kurma. Itu sunnah if puasa makan la kurma for your energy booster.

Ok la entri tuk hari ni.


Thursday, June 24, 2010


Hari pertama Isnin hari tu cuma berbuka dengan sup sayur dan 1 ekor ikan goreng. Bukan apa hari tu ada my aerobic class. Tu la tak leh nak makan banyak. If not macamana nak melompat kan. Sahur pulak dengan Herbalife F1 & F2. Pastu minum air suam banyak-banyak. Alhamdullilah aku tak rasa lapar langsung. Maybe sebab niat puasa tu kan.

Hari Selasa pulak berbuka dengan sup sayur dan 1 ketul ayam goreng. Pastu buat lak cekodok sayur-sayuran. Tapi sebab kita puasa kan maka nak 3 ketul cekodok tu rasa macam dah kenyang sangat lak. So after that tak makan apa-apa until kul 4am tu sahur dengan Herbalife F1 & F2. Minum air suam 1 bottle je coz mengantuk yang amat.

Hari Rabu berbuka dengan sedikit kuetiew yang dibeli di pasar malam. Pastu mestilah ada sayur kan. Maid pulak masak sayur betik macam tahu lak yang aku ni sangat ngan sayur ni. Hmm kenyang la. Pastu gi aerobic lak for 1 hour. Pas balik penat nya. Sahur cam biasa Herbalife F1 & F2 je. Air suam tak tinggal.

Hari Khamis semalam adalah hari keempat aku berpuasa sunat di bulan Rejab. Saja berpuasa if not tekak ni rasa asyik nak makan je. Sabar je lah. So berpuasa adalah jalan sebaik-baiknya bagi mengurangkan tabiat suka makan aku ni.

Hari ni Jumaat aku tak puasa coz hari ni hari enjoy...... Nak kuar ngan kawan pegi KLCC, jalan-jalan sambil cuci mata je.

Will be fasting again next week. Ingat nak cari kurma la. Tapi tak jumpa lak. Nanti pegi pasar malam cari. Ok next week update lagi.

Wednesday, June 23, 2010

EXERCISE.....EXERCISE AND EXERCISE.......



Blog ini aku buat adalah untuk suka-suka sahaja dan untuk menceritakan keperitan yang aku hadapi sepanjang proses menurunkan berat badan.

Berat badan aku adalah 75kgs selepas aku melahirkan anak yang kelima. Selepas temph kelahiran itu lemak menjadi kawan setia. Memandangkan usia ku yang kini mencecah 40an maka ku rasakan itu adalah mustahil untuk turunkan berat badan.



Dalam proses menurunkan berat badan ku, bermacam-macam usaha yang telah aku lakukan agar aku tidak lagi digelar anak gajah oleh suamiku. Maka aku pun register gym.


Oklah dalam masa setahun berat badan ku telah berkurang sebanyak 5kg. Ya allah setelah berhempas pulas maka aku dapat mengurangkan berat badan daripada 75kg ke 70kg. Maybe coz as we grew older our metabolism kita semakin menurun. Lagipun lemak dah tepu. Tapi aku tak berputus asa. Usaha tangga kejayaan.

Memandangkan aku telah berhenti keja di tempat yang dekat dengan gym, maka aku terpaksa mencari alternatif lain pulak.


Aku try berjoging, walking, naik dan turun tangga dan last sekali aku terjumpa studio aerobic di kawasan perumahan tempat tinggal ku.


Oklah aku pun join kelas aerobic selama 3 kali seminggu. Dan waktu yang sama juga aku mengambil minuman Herbalife. Selepas setahun aku join kelas aerobic dan pada masa yang sama berdiet, maka sekarang berat badan ku adalah 66kgs. Target for my ideal weight is 62 kgs or 63kgs. Tak perlulah kurus macam model, sekadar senang nak beli baju kat mana-mana je.







Oklah sekian entry untuk hari ni. Nanti update lagi.