Blog ini adalah perjalanan kehidupan ku dalam mengejar cita-cita mencapai berat badan idaman.....
ISLAMIC CALENDAR
Thursday, June 24, 2010
Hari pertama Isnin hari tu cuma berbuka dengan sup sayur dan 1 ekor ikan goreng. Bukan apa hari tu ada my aerobic class. Tu la tak leh nak makan banyak. If not macamana nak melompat kan. Sahur pulak dengan Herbalife F1 & F2. Pastu minum air suam banyak-banyak. Alhamdullilah aku tak rasa lapar langsung. Maybe sebab niat puasa tu kan.
Hari Selasa pulak berbuka dengan sup sayur dan 1 ketul ayam goreng. Pastu buat lak cekodok sayur-sayuran. Tapi sebab kita puasa kan maka nak 3 ketul cekodok tu rasa macam dah kenyang sangat lak. So after that tak makan apa-apa until kul 4am tu sahur dengan Herbalife F1 & F2. Minum air suam 1 bottle je coz mengantuk yang amat.
Hari Rabu berbuka dengan sedikit kuetiew yang dibeli di pasar malam. Pastu mestilah ada sayur kan. Maid pulak masak sayur betik macam tahu lak yang aku ni sangat ngan sayur ni. Hmm kenyang la. Pastu gi aerobic lak for 1 hour. Pas balik penat nya. Sahur cam biasa Herbalife F1 & F2 je. Air suam tak tinggal.
Hari Khamis semalam adalah hari keempat aku berpuasa sunat di bulan Rejab. Saja berpuasa if not tekak ni rasa asyik nak makan je. Sabar je lah. So berpuasa adalah jalan sebaik-baiknya bagi mengurangkan tabiat suka makan aku ni.
Hari ni Jumaat aku tak puasa coz hari ni hari enjoy...... Nak kuar ngan kawan pegi KLCC, jalan-jalan sambil cuci mata je.
Will be fasting again next week. Ingat nak cari kurma la. Tapi tak jumpa lak. Nanti pegi pasar malam cari. Ok next week update lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
nisa