EXERCISE.....EXERCISE AND EXERCISE.......
Blog ini aku buat adalah untuk suka-suka sahaja dan untuk menceritakan keperitan yang aku hadapi sepanjang proses menurunkan berat badan.
Berat badan aku adalah 75kgs selepas aku melahirkan anak yang kelima. Selepas temph kelahiran itu lemak menjadi kawan setia. Memandangkan usia ku yang kini mencecah 40an maka ku rasakan itu adalah mustahil untuk turunkan berat badan.
Dalam proses menurunkan berat badan ku, bermacam-macam usaha yang telah aku lakukan agar aku tidak lagi digelar anak gajah oleh suamiku. Maka aku pun register gym.
Oklah dalam masa setahun berat badan ku telah berkurang sebanyak 5kg. Ya allah setelah berhempas pulas maka aku dapat mengurangkan berat badan daripada 75kg ke 70kg. Maybe coz as we grew older our metabolism kita semakin menurun. Lagipun lemak dah tepu. Tapi aku tak berputus asa. Usaha tangga kejayaan.
Memandangkan aku telah berhenti keja di tempat yang dekat dengan gym, maka aku terpaksa mencari alternatif lain pulak.
Aku try berjoging, walking, naik dan turun tangga dan last sekali aku terjumpa studio aerobic di kawasan perumahan tempat tinggal ku.
Oklah aku pun join kelas aerobic selama 3 kali seminggu. Dan waktu yang sama juga aku mengambil minuman Herbalife. Selepas setahun aku join kelas aerobic dan pada masa yang sama berdiet, maka sekarang berat badan ku adalah 66kgs. Target for my ideal weight is 62 kgs or 63kgs. Tak perlulah kurus macam model, sekadar senang nak beli baju kat mana-mana je.
No comments:
Post a Comment
nisa