NATURAL REMEDIES

ISLAMIC CALENDAR

Thursday, February 10, 2011

RESTORAN SALAI DAGING BABI SECARA TERBUKA

Memang celaka la depa ni. Mereka sepatutnya lebih sensitif dan peka tentang adat dan ugama kat sini. Mana pihak berkuasa tempatan. Ikuti berita petikan daripada Kosmo online.

SEORANG pekerja menyalai daging babi secara terbuka di belakang sebuah restoran di Rawang semalam.


RAWANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) digesa mengambil tindakan tegas terhadap sebuah restoran di sini yang didakwa menjalankan aktiviti memotong dan menyalai daging babi secara terbuka sejak dua minggu lalu.

Aktiviti pemilik restoran tersebut didakwa tidak menghiraukan sensitiviti orang awam terutama pelanggan di restoran Melayu yang terletak berhampiran dengan restoran tersebut. 

Seorang pembantu kedai, Hanipah Rahman, 35, mendakwa selalu melihat beberapa pekerja di restoran terbabit menjalankan aktiviti tersebut di belakang restoran berkenaan.

"Sebelum ini aktiviti itu bermula dari pukul 3 petang hingga 9 malam dan kadangkala menjangkau sehingga pukul 11 malam tetapi hari ini (semalam) mereka memulakan aktiviti itu sejak pukul 9 pagi lagi," katanya di sini semalam.

1 comment:

nisa