NATURAL REMEDIES

ISLAMIC CALENDAR

Sunday, August 29, 2010

KERJA IN OIL N GAS

Sesape berminat boleh send resume kat bawah ni. Kerja ni for Qatar Petroleum. October ni ada rep dari Qatar datang for interview. So cepat-cepat send resume tu.
Subject: Re: list position…
1- Piping insp.
2- Welding insp.
3- Plant insp.
4- Tank insp.
5- Painting / insulation insp.
6- E & I engineer.
7- Instrument construction supv.
8- Mechanical construction supv.
Send your application to this email address: azizi1011@gmail.com

Thursday, August 26, 2010

JOM DENGAR LAGU NASYID MAHER ZAIN


Siapa Maher Zain ni? Aku pun tertanya-tanya. Aku mula mengenali lagu-lagu Maher Zain semenjak aku menghadiri kursus motivasi untuk anak aku. Lagunya masya allah sungguh menusuk kalbu. Merdu sungguh lagunya. Suatu hari aku tertekan channel Artv, kuar lak lagu Palestine Will Be Free. Ohh... bestnya  lagu tu. Then aku nampak singer dia Maher Zain. Pastu try to google. Then nampak komen-komen yang nasyid dia paling best at the moment. Sesiapa yang nak dengar lagu dia, sila ke YOUTUBE.
Jom kita sama-sama kenali siapa Maher Zain. 






Sumber inspirasi pertama Maher dalam muzik datangnya dari bapanya sendiri iaitu penyanyi tempatan di bandar Mediterranean, Tripoli – Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweeden ketika dia berumur 8 tahun dan meneruskan persekolahannya dan kemudian masuk universiti sehingga dia mendapat sarjana dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. 

Disebabkan banyak perkara yang berubah di sekitarnya, satu perkara yang tetap sama ialah hasratnya yang kuat untuk muzik. Dia menghabiskan masa akhir di sekolah dengan teman-temannya di mana mereka akan bernyanyi, rap, menulis dan bereksperimentasi dalam segala hal berkaitan dengan muzik. Ketika itu dia mula menyedari yang muzik menjadi sebahagian dari dia.

Setelah terlibat sekian lama dalam bidang muzik di Sweden sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan oleh RedOne seorang penerbit muzik yang berbakat dan meningkat naik dalam bidang muzik di Sweden. Maher mula bekerja dengan RedOne sebagai artis dari Sweden dan kemudian pindah dengan dia ke New York. 

Selama beberapa tahun ia berada di tengah-tengah kesibukan kota NY, mereka bekerjasama dengan artis seperti Kat Deluna di album debutnya yang termasuk lagu yang mendapat hits seperti ‘Whine Up’ dan ‘Run the Show’.

Walaupun Maher mengecapi kemasyhuran dan banyak orang menggambarkan sebagai pekerjaan mimpi bagi seseorang yang begitu muda dalam bidang ini, tetapi untuk Maher rasanya seperti ini jauh dari apa yang dia sebut ‘mimpi’, “saya mencintai muzik, tapi saya benci segala sesuatu yang dikelilingi itu, selalu merasa seperti ada sesuatu yang tidak benar “.

SALAM JUMAAT - CARA CARI MALAM LAILATUL QADAR




Salam Jumaat semua. Dah dua hari tak update. Penyakit M yang teramat sangat. Tak tahu nape.

Arini aku nak share perkara ni. Semalam waktu tengah drive, dalam rancangan Al-Zikrah KL FM, ustaz Wan Shohor ada menyatakan cara-cara nak cari Lailatul Qadar yang diriwayatkan oleh Imam Ghazali.

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

1)AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN

2)ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;

3)SELASA ATAU JUMAAT- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN;

4)KHAMIS - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;

5)SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 29 Ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 7 hb September 2010.

Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!

Tanda malam Qadar ialah :

1)malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;

2)siangnya cahaya matahari warnanya pucat;

3)pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

Monday, August 23, 2010

GIVE AWAY BY TUDUNG MANIA




Arini aku nak join give away ni. Mudah-mudahan ada rezeki aku kali ni. Hu...hu... kalau tak de rasa nak nangis la. Asyik join tapi  tak penah dapat. Yang penting usaha kan. Aku dah ada baju raya tapi tak de tudung pulak. Color tudung ni sweet je walaupun tak match ngan baju raya aku.

So sesapa nak join jom la sekali.

Closing date : 26 August 2010

Nak join klik sini ya.

















SIAPA YAHUDI DAN MENGAPA MEREKA BERKUASA

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun,jika dicampur semua sekali,Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai ‘Manusia Abad ini’ ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud – melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman. 


Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. 


Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular. Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor - mencipta mikrocip pertama.
Leo Szilards - membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama
Peter Schultz - (kabel gentian optik)
Charles Adler - (lampu isyarat)
Benno Strauss - besi tahan karat – stainless steel
Isador Kisee - sistem suara di pawagam
Emile Berliner - mikrofon untuk telefon
Charles Ginsburg - alat pita rakaman)

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu:

Ralph Lauren (Polo),
Levis Strauss (Levi’s Jeans),
Howard Schultz (Starbuck’s),
Sergey Brin (Google),
Michael Dell (Dell Computers),
Larry Ellison (Oracle),
Donna Karan (DKNY), I
rv Robbins (Baskin & Robbins)
Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times). 

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion. Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo’s Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) – semuanya adalah Yahudi.

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan ‘membuat apa saja’ demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.


Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. 


Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?



Ini jawapannya:

Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian ‘Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia’ – dan menakjubkan – tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.


Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat. 


Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

notakaki : aku rasa artikel ni bagus dan nak share ngan korang semua. Sumber dari sini.


KISAH PELACUR BERTERAWIH DAN ANAK PEKERJA SEKS

Sedih rasanya bila baca cerita ini. Aku jumpa artikel ni semasa tengah blog walking. Mari kita bersama-sama ambik iktibar dari cerita ini.

Betul, malam tadi aku dan tiga orang sahabat iaitu Jamali, Mie dan Sharul ke Lorong Hj.Taib, tempat yang terkenal di Kuala Lumpur sebagai pusat perdagangan seks wanita dan pondan ‘kasta rendah’

Hina dan kutuklah kami semahunya, percayalah ia tidak akan menjadi kudis buat kami berempat.tujuan kami ke sana cuma satu, untuk bertemu wanita pekerja seks dan anak-anak mereka.kami bukannya pergi atas tiket kerja atau NGO, kami bukan ahli politik dan kami bukannya siapa-siapa

Segalanya bermula ketika kami berempat sedang berehat setelah selesai berbuka puasa tiba-tiba kami terfikir untuk membuat sedikit sumbangan kepada golongan yang memerlukan, bukan banyak pun, kebetulan masing-masing pun tengah sengkek
 
lalu aku teringatkan Kak Fidah, pengasas rumah kebajikan Sinar Salam yang menempatkan wanita penagih dadah dan pekerja seks di Lorong Hj. Taib

"Kalau adik nak datang, baguslah…akak pun suka, sekurang-kurangnya masih ada orang yang sudi nak jenguk kami kat sini,” kata Kak Fida

namun ketika kami sampai, tak ramai ‘penghuni’ di situ, rupa-rupanya ada di antara pelacur yang mendapatkan perlindungan di sini pergi menunaikan selawat tarawih bersama anak-anak mereka

aku terus jadi sebak, dalam hati aku berkata, walaupun mereka ini pelacur, namun mereka masih ada kesedaran untuk memohon hidayah dari Allah SWT, alhamdulilah…

tapi yang membuatkan aku bertambah sedih apabila melihat wajah anak-anak pekerja seks ini

wajah mereka putih dan bersih walaupun ibu mereka bergelumang dengan noda dan dosa.sahabat aku Jamali (Wesport), Sharul (Bank Negara) dan Mie (Offshore) dengan anak-anak pekerja seks

terus terang, katalah apa saja, tapi aku cukup kagum dengan para pelacur ini, sekurang-kurangnya mereka masih mahu membesarkan anak mereka seperti orang lain

ini berbeza dengan ramai insan di luar sana yang lebih sanggup membuang bayi mereka ke dalam tong sampah atau membiarkan ia dimamah anjing, semata-mata untuk menutup aib!

tapi yang paling memilukan apabila aku mendukung baby bernama Siti Aishah, anak salah seorang pekerja seks di sini.

aku dan adik Siti Aishah yang menghidap penyakit Hydrocephalus (kepala besar)

Siti Aishah menghidap hydrocephalus atau masalah kepala membesar

Siti Aishah hanya mampu menangis dan berbaring kerana tidak mampu menggerakkan kepalanya yang semakin hari semakin membesar itu

walaupun dana rumah Sinar Salam terhad, namun Kak Fidah masih berusaha bersungguh-sungguh agar Siti Aishah mendapat rawatan yang sebaik mungkin daripada hospital

” Kalau ikutkan dik, manalah nak ada duit nak tanggung semua ni, tapi akak akan usaha juga, kalau bukan kita orang Islam nak bela mereka, siapa lagi, mengutuk dan mengeji tak akan menyelesaikan masalah, adakah kita semua sanggup melihat Siti Aishah menderita macam tu saja,” kata Kak Fidah dengan mata yang berkaca

lebih kurang sejam di rumah itu, kami pun meminta izin untuk beredar, kebetulan Kak Fidah merancang untuk memberi sedekah berbentuk makanan kepada para pelacur yang ‘mencari makan’ di Petaling Street

justeru dalam ruang yang kecil ini, aku memohon agar bersamalah kita membantu Kak Fidah membela nasib para pekerja seks dan anak mereka yang tidak berdosa ini

membela di sini bukan bermaksud memanjakan atau menggalakkan mereka melacur, tetapi untuk membantu atas dasar kemanusiaan serta dalam masa yang sama memberikan mereka ‘jalan keluar’ dari neraka dunia ini

ingat, tiada siapa yang nak jadi pelacur tetapi keadaan memaksa mereka untuk berbuat begitu..namun ini bukan bermakna kita tidak boleh membantu mereka keluar dari masalah tersebut

mudah-mudahan, dengan niat yang baik jujur dan ikhlas, kita dapat membantu Kak Fidah dan seterusnya mengeluarkan wanita-wanita ini daripada terus melakukan kerja yang terkutuk dan dilaknat itu

kita mungkin boleh menjatuhkan hukuman, tetapi kalau yang jadi pelacur itu ditakdirkan adik atau ahli keluarga kita sendiri bagaimana?

kalau bukan kita, siapa? kalau bukan sekarang, bila?


ADAKAH HITLER BERKETURUNAN YAHUDI



Betulkah Hitler berketurunan Yahudi. Kalau betul kenapa dia sanggup membunuh bangsa Yahudi semasa zaman hidupnya. Entahlah wallah huallam. Berikut adalah petikan dari Kosmo.

BRUSSELS - Ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) ke atas ahli keluarga pemimpin Nazi di Jerman, Adolf Hitler menunjukkan bahawa dia mungkin berketurunan Yahudi dan Afrika Utara, lapor sebuah akhbar semalam.

Penemuan itu mengejutkan kerana Hitler bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan penduduk berketurunan Yahudi pada zaman Perang Dunia Kedua.


Hitler mati dengan menembak dirinya semasa jerman kalah dalam perang Dunia Kedua.

Majalah Knack yang beribu pejabat di Brussels mendakwa DNA yang diambil daripada saudara Hitler yang tinggal di Amerika Syarikat (AS) telah membawa kepada penemuan tersebut.

Seorang wartawan, Jean-Paul Mulders mengumpulkan DNA daripada kain napkin yang digunakan oleh salah seorang daripada tiga pewaris Hitler yang tinggal di Long Island, New York.

Kejayaan DNA itu menyebabkan seorang petani di Austria yang hanya dikenali sebagai Norbert H. dan merupakan sepupu kepada diktator Jerman tersebut berjaya dijejaki.

Mulders mendapatkan khidmat pakar sejarah Marc Vermeeren untuk mencari Norbert di Waldviertel, Austria.

Norbert H. memberikan Vermeeren dan Mulders sampel air liurnya.

Dengan menggunakan sampel Norbert dan DNA daripada kain napkin itu, Mulders mendakwa terdapat hubungan antara kedua-dua lelaki itu.

Namun, DNA jenis Haplopgroup E1b1b (Y-DNA) yang ditemui pada kedua-dua lelaki itu jarang dijumpai di Jerman dan Eropah Barat.

"Ia lazimnya ditemui dalam penduduk Barbar di Maghribi, Algeria, Libya dan Tunisia termasuk puak Yahudi Ashkenazi dan Sephardic," kata Mulders.

"Itu merupakan keputusan yang mengejutkan. Sukar diramalkan bagaimana penyokong dan penentang Hitler menerima maklumat ini," kata pakar genetik, Ronny Decorte yang mengesahkan hasil ujian terbabit dan menegaskan bahawa kemungkinan Hitler juga mempunyai darah keturunan Afrika Utara.

Menurut majalah Knack, DNA itu diuji dalam kondisi makmal yang ketat. - Agensi


Sunday, August 22, 2010

LUCKY DRAW CONTEST BY MOBS



Arini aku nak join contest by MOBS. Harap-harap kali ni ada rezeki. Aku dah menang satu contest by Mamalyna, tapi masih tak dapat hadiah coz bila sent email kat dia, terus email tu bounce back tak tau nape. Hu...hu... tak de rezeki lagi la nampaknya. Ada satu lucky draw tu, nama aku dah listed dalam top 10. Tapi tak listed dalam top 5. Arggg.... lagi la.

Takpe kali ni aku nak join gak. So sesapa nak join jom la beramai-ramai.

Silalah surf beramai-ramai di http://www.mobs.my jika nak join contest ni.






GADIS SUNTI DICEKUP SEMASA BERZINA

KULIM: Usianya baru menjengah 12 tahun, namun gelora nafsu seorang gadis sunti yang juga murid tahun enam, tidak dapat membendungnya daripada melakukan maksiat.

Lebih mengejutkan, ketika umat Islam menahan lapar dan dahaga kerana menunaikan ibadah puasa, murid sebuah sekolah rendah di Kuala Ketil, dekat sini, bertindak di luar dugaan apabila berkhalwat bersama dua lelaki sekali gus pada siang hari.

Malah, ketika operasi mencegah maksiat dilakukan, remaja terbabit didapati sedang melakukan hubungan seks dengan seorang daripada lelaki berkenaan dalam sebuah rumah di Taman Desa Aman, Karangan, dekat sini.

Dalam operasi dijalankan Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) kira-kira jam 11 pagi Khamis lalu, murid perempuan berkenaan didapati sedang bersetubuh dengan lelaki terbabit, manakala seorang lelaki lagi turut berada dalam rumah itu.

Ketua Unit Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, pihaknya menerima aduan orang awam mengenai perbuatan terkutuk remaja terbabit pada jam 10.35 pagi sebelum pegawai PADK, diketuai Sheikh Radzi Abdul Mutalib bersama tujuh anggota, membuat pemeriksaan di rumah berkenaan kira-kira jam 11 pagi.

Katanya, melalui intipan sebelum melakukan serbuan, pihaknya mendapati remaja perempuan itu bersama seorang lelaki berusia 23 tahun dalam sebuah bilik, manakala seorang lagi lelaki turut berada dalam rumah sama.“Gadis sunti itu baru mengenali lelaki berusia 23 tahun terbabit sebelum mereka melakukan hubungan seks,” katanya. Azmi berkata, seorang lagi lelaki berusia 20 tahun menjemput remaja berkenaan di Kuala Ketil sebelum membawanya ke rumah sewa lelaki itu di sini.

“Berdasarkan siasatan, lelaki berusia 20 tahun itu turut mengaku tidur bersama remaja perempuan terbabit pada malam sebelum itu. “Mereka mengakui tidak mempunyai hubungan mahram dan ketiga-tiganya ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Kulim untuk diambil keterangan,” katanya.

Menurutnya, gadis berkenaan dihantar ke Hospital Kulim untuk pemeriksaan lanjut manakala kedua-dua lelaki terbabit ditahan di lokap Balai Polis Kulim. Difahamkan, polis mengklasifikasikan kes sebagai rogol kerana membabitkan remaja perempuan bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol....- Nor Husaini Nor Majid (Bacaan lanjut di Harian Metro.)

CERITA PASAL AZRINAS BEKAS ISTERI SULTAN BRUNAI



SYDNEY: Bekas isteri Sultan Brunei, Azrinaz Mazhar Hakim, dilaporkan berjaya mendapat injunksi mahkamah untuk menghentikan pengedaran buku paling laris mengenai pembunuhan seorang pemaju Sydney, Michael McGurk yang juga pemeras ugut dan penipu.

Azrinaz yang tinggal di London menggunakan prosiding perundangan terhadap buku tulisan Ritchie Vereker, The Fast Life and Sudden Death of Michael McGurk, yang dijual sejak enam minggu lalu.


Buku itu antara lain menceritakan mengenai senaskhah al-Quran mini yang cuba dijual McGurk kepada Sultan Brunei pada harga AS$8 juta (RM25.6 juta) sebagai hadiah perkahwinan kepada isteri ketiganya.


Buku terbabit menceritakan urusan McGurk dengan kerabat diraja itu mengenai al-Quran bersaiz kotak mancis dan juga pertemuan rahsia dengan pegawai Brunei di Singapura.

Apabila urusan terbabit gagal, lelaki berkenaan mengheret Sultan ke mahkamah kerana melanggar kontrak tetapi mahkamah Sydney memerintahkan perjanjian itu di luar bidang kuasa mereka.

Peguam Azrinaz di Sydney mendakwa, buku terbabit menghina mahkamah kerana mengandungi maklumat yang sebelum ini dilarang diterbitkan oleh seorang hakim Mahkamah Persekutuan pada 2005, lapor Sydney Morning Herald, semalam.

Azrinaz, bekas seorang pembaca berita TV3 menjadi isteri ketiga Sultan Brunei pada Ogos 2005 tetapi mereka bercerai pada Jun tahun ini selepas pasangan itu dikurniakan dua anak, seorang lelaki pada 2006 dan seorang perempuan pada 2008.

Selepas McGurk, 45, ditembak mati di hadapan rumahnya di Cremorne, utara pantai Sydney pada September, satu teori mengatakan, kegagalan urusan jual beli al-Quran itu mungkin menjadi motif kepada pembunuhan beliau.

Tetapi, Vereker, bekas penjual daging Wollongong dan penulis buku
memberitahu akhbar bahawa beliau tidak mempunyai hubungan dengan Brunei.

Michael mempunyai ramai musuh, peluru itu mungkin dilepaskan oleh sesiapa saja, katanya.

Vereker makan tengah hari bersama McGurk beberapa jam sebelum pemaju itu ditembak mati di hadapan anak lelakinya berusia 10 tahun.

Beliau tidak dapat membincangkan mengenai perintah mahkamah itu sebelum mendapatkan nasihat guaman daripada penerbitnya, kata Vereker.

Richard Walsh, penerbit bersama Allen & Unwin berkata bahawa syarikat itu akan melantik peguam untuk mencabar perintah mahkamah berkenaan. Agensi

Thursday, August 19, 2010

DAGING MC DONALD TAK HALAL





Dalam masa pihak JAKIM membuat penguatkuasaan terhadap hotel-hotel yang tidak mempunyai sijil halal, MC Donald adalah salah satunya.

Aku memohon keampunan dan perlindungan dari ALLAH S.W.T atas kelemahan dan ketidakupayaan ku. Tidak lah aku mengharamkan sesuatu yang ALLAH S.W.T halalkan, sesungguhnya perbuatan itu murtad hukumnya.

Ekoran pengumuman dari JAKIM mengenai penarikan balik pengiktirafan dari senarai yang diiktiraf JAKIM berkuatkuasa 15 April 2010 serta bukti kesahihan perkara ini sememangnya mengejutkan aku.

Aku enggan bersubahat dan dilaknat ALLAH S.W.T atas sebab menyembunyikan kebenaran serta kasih sayang ku sesama saudara seIslam seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehinggalah dia menyayangi saudara seIslamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.” (daripada Anas r.a, riwayat Muslim)

‘Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani’. (Al-Baqarah: 159-160)





- Di sini JAKIM telah menyatakan tidak menerima pakai sijil halal dari Uruguay Islamic Centre.

Bukti Kedua : Surat dari JAKIM kepada Encik Bob Chan, Pengarah Urusan Mac Food Services (M) Sdn Bhd dan bukti daging berasal dari Uruguay yang tidak memenuhi piawai JAKIM menurut sumber permberi salinan surat ini. Bertarikh 19 April 2010.


Kepada saudara-saudari, sahabat2.. tolong sebar2kan kepada saudara2 kita kat luar sana… Copy paste gambar pun tak pa..

Perbetulkan aku jika ada kesilapan..

Aku telah mnyampaikan… Segalanya ku serahkan kepada-NYA..

mencari redha Allah meskipun mengundang marah manusia.. tidak sekali mencari redha manusia tuk mengundang murka Allah.. InsyaAllah..

Bagi yang tak percaya Mac Food Services supplier McDonald boleh rujuk ni (direct daripada laman web McDonald Malaysia):
http://www.mcdonalds.com.my/abtus/corpinfo/76.pdf
Terang-terang tulis..Mac Food Services supplier UTAMA McDonald!!

Info lanjut:

Address :
7 Jalan SS 13/5
45700 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel : 603-5633 0222
Fax : 603-5634 0189

Contact for Sales/Export :
Mr Bob Chan
(Managing Director)

Present Market :
Malaysia, Brunei Darussalam, Hong Kong, Singapore, Middle East, Vietnam

Product Manufactured :
Chicken (Bone-in), Patties (Chicken), Fish Portions,
Chicken Nuggets, Fish Nuggets, Beef Patties, Beef Nuggets

Brand Names :
FIRST PRIDE, MCDONALD’S

dan

Kenyataan akhbar yang merujuk Mac Food Services adalah supplier UTAMA McDonald (direct daripada laman web McDonald Malaysia: http://www.mcdonalds.com.my/abtus/corpinfo/76.pdf

sumber dari si tikus

SALAM JUMAAT


Salam semua, dah Jumaat kita rupanya. Begitu cepat masa berlalu. Arini nak share email yang dihantar oleh seorang kawan berkenaan dengan ruh.

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan.

Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi.

Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.

Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka.

Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.

Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup.

Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita.

Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

KENAPA RAJA AZMI DITANGKAP


Balai polis dimana Raja Azmi membuat laporan

KUALA LUMPUR – Kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman, 51, tiada tanda akan berkesudahan apabila semalam penerbit filem itu ditahan ketika dia pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang dekat sini untuk membuat satu laporan polis.

Belum pun reda kisah dia dikaitkan sebagai punca perceraian bintang badminton, Muhammad Roslin Hashim dan Nurhayati Othman, Raja Azmi ditahan pada pukul 4.50 petang selepas dia membuat laporan polis berhubung satu mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) yang didakwa mempunyai unsur ugutan.

Penerbit filem itu ditahan selepas dia didapati mempunyai waran tangkap dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana tidak hadir perbicaraan pada 21 Julai lalu bagi satu kes pertikaian komersial.

Dalam kes tersebut Raja Azmi didakwa terlibat dalam satu kes tuntutan jual beli tanah beberapa tahun lalu.

Sehingga pada pukul 12 malam tadi, Raja Azmi tidak dibenarkan diikat jamin kerana dia akan terus dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Dagang) hari ini.

Suaminya, Jalani Sidek cuba mengikat jaminnya tetapi gagal. Akibatnya Raja Azmi kena berbuka puasa di dalam lokap.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan mengesahkan penahanan Raja Azmi oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Ampang Jaya.

“Wanita itu ditahan berkaitan satu waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah pada 21 Julai lalu ekoran keingkaran penerbit filem itu untuk hadir satu perbicaraan,” kata beliau.

Sebelum ditahan, menurut beliau, Raja Azmi datang ke IPD Ampang untuk membuat laporan berhubung dakwaan dia menerima satu mesej SMS yang didakwanya ada unsur ugutan daripada seseorang yang tidak dikenali.


sumber dari kosmo

Wednesday, August 18, 2010

ROSLIN HASHIM BERCERAI KERANA RAJA AZMI

Roslin Hashim didakwa oleh isterinya telah berlaku curang dengan produser Raja Azmi.


KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Roslin Hashim,35, memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur di sini, Rabu, bahawa dia telah melafazkan cerai ke atas isterinya, Norhayati Othman,38, setelah didesak oleh isteri serta ibu mertuanya.

Menurut Roslin, mereka telah memaksanya melafazkan cerai setelah mengesyaki dia berada berdua-duaan dengan produser filem terkenal, Raja Azmi Raja Sulaiman ketika mereka menyerbu bilik bernombor 533 Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini pada 7 Ogos lalu, kira-kira pukul 8.30 malam.

Sebutan pertama pengesahan cerai yang difailkan Norhayati selaku plaintif terhadap suaminya didengar di hadapan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad didengar petang Rabu.

Isteri Roslin Hashim, Norhayati Othman (kiri) hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, semalam bersama peguamnya, Zulqarnain Lukman.

Roslin hadir ke mahkamah pada kira-kira pukul 2.38 petang dengan ditemani seorang saudara. Manakala Norhayati yang berbaju kurung bertudung kelabu pula hadir lebih awal iaitu kira-kira pukul 2 petang.

Roslin diwakili peguam Roslizam Rahim manakala Norhayati yang juga Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) diwakili Zulqarnain Lukman.
Ketika ditanya Hakim Syarie,

Wan Mahyuddin kenapa dia mahu memfailkan penceraian, Norhayati memberitahu mahkamah bahawa dia mendapat tahu suaminya berlaku curang apabila pergi ke Hotel Corus bersama Raja Azmi.
Raja Azmi dikatakan punca perceraian Roslin dan isteri

Katanya, dia mengetahui suaminya telah mendaftar masuk ke hotel di bilik 533 yang didaftar di bawah nama produser itu. "Kami sekeluarga termasuk ibu, dua adik saya telah ke tingkat lima.

Di sini, kami tunggu Jalani Sidek (suami Raja Azmi) untuk membawa kami ke Bilik 533 tetapi dia cuba melengah-lengahkan perjalanan untuk ke bilik tersebut," katanya.
Norhayati mendakwa Jalani telah menelefon Roslin supaya keluar dari bilik berkenaan kerana dia bimbang pegawai jabatan agama akan menangkap dia dan Raja Azmi yang berada di dalam bilik berkenaan.

Setibanya di bilik tersebut, menurutnya, Roslin bagaimanapun sudah keluar dan hanya tinggal Raja Azmi seorang diri. Sehubungan itu, Norhayati meminta Jalani menelefon Roslin supaya datang ke bilik berkenaan untuk bersemuka bagi menjelaskan keadaan sebenar sehinggalah berlakunya perdebatan.

Katanya akibat tidak dapat menahan sabar akhirnya Roslin telah melafazkan talak "I cerai you-lah." Sementara itu Roslin ketika memberi keterangan sewaktu disoal oleh peguamnya, Roslizam memberitahu mengaku melafazkan cerai berkenaan. Kata Roslin tiada siapa yang memaksanya untuk melafazkan cerai terhadap Norhayati.

Bagaimanapun Roslin amat marah kerana Norhayati cuba mengaibkannya dengan menghubungi pejabat agama dan juga wartawan untuk menangkap dia dan Raja Azmi.


sumber dari sini

Tuesday, August 17, 2010

LUCKY DRAW BY AISUMI



Sesapa nak join lucky draw boleh klik sini.

Aku dah join n dah pilih blouse kat atas tu coz bila pakai blouse tu buat aku nampak kurus sikit. Part tu yang paling best.

So sesapa nak join klik aisumi style.. ye.


Aku tahu contest ni dari zanariah..............?

Tarikh tutup akan diberitahu kemudian: __ / 08 / 2010

Hadiah ada dua :-

1. Yang Bertuah (lucky draw)
2. Referral Terbanyak

BETUL KE SI ROSLIN HASHIM BEKAS PEMAIN BADMINTON NEGARA BERCERAI LAGI



Apa nak jadi dengan dia ni. Dah dua kali kawin cerai. Pastu siap masuk paper lagi. Tak tahu apa masalah dia orang ni.


PETALING JAYA: Jaguh badminton negara, Roslin Hashim,35, (gambar) akan memfailkan perceraian dengan isterinya Norhayati Othman,38, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Rabu, selepas sebulan mendirikan rumah tangga.

Mstar Online dimaklumkan, permohonan itu dibuat selepas berlaku masalah dalam rumah tangga yang dibina Roslin dengan Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) itu.

Dia dikatakan akan memfailkan perceraiannya kira-kira pukul 3 petang.

Kedua-dua pasangan tersebut bernikah pada 9 Julai lalu selepas berkenalan tidak sampai lima bulan.

Bagaimanapun sebelum ini Roslin mengejutkan banyak pihak apabila perkahwinannya dengan Faizah Mohamad,32, pada 30 Januari 2009 tidak bertahan lama apabila mereka bercerai selepas 12 hari menjadi suami isteri.

sumber mstar

HOT MAMA GIVE AWAY

Give away by Hot Mama.

Closing date : 22 August 2010

Sesiapa nak join klik sini



Gold Foot Detox Patch & Takara Foot Detox Patch
- Promosi bulan Ogos free Postage -


Package Percubaan Gold Foot Detox Patch:

Package 1: 20pcs + free postage = RM40
Package 2: 50pcs + free postage = RM100


Package Percubaan Takara Foot Detox Patch:

Package 1: 20pcs + free postage = RM30
Package 2: 50pcs + free postage = RM75

JUALAN RUNTUH BULAN OGOS:
Gold Foot Detox 100 keping RM 130 shj free postage (harga asal RM 190)
Takara Foot Detox 100 keping RM 115 shj free postage (Harga asal RM 140)...

Untuk menjadi pengedar
Gold Foot Detox Patch dan Takara Foot Detox Patch sila hubungi saya.

*******************************

Hubungi Saya :

No tel : (Lina)
Emel : babytomei2007@gmail.com
YM: roses_cute2002

Maklumat lanjut sila layari blog kami:
Blog : http://babytomeimall.blogspot.com/

************************************
Bayaran

MAYBANK : 1622 6331 1299 (Amalina Abd Razak)

**Setiap transaksi pembayaran mesti di SMS/EMEL/YM