NATURAL REMEDIES

ISLAMIC CALENDAR

Monday, August 23, 2010

ADAKAH HITLER BERKETURUNAN YAHUDI



Betulkah Hitler berketurunan Yahudi. Kalau betul kenapa dia sanggup membunuh bangsa Yahudi semasa zaman hidupnya. Entahlah wallah huallam. Berikut adalah petikan dari Kosmo.

BRUSSELS - Ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) ke atas ahli keluarga pemimpin Nazi di Jerman, Adolf Hitler menunjukkan bahawa dia mungkin berketurunan Yahudi dan Afrika Utara, lapor sebuah akhbar semalam.

Penemuan itu mengejutkan kerana Hitler bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan penduduk berketurunan Yahudi pada zaman Perang Dunia Kedua.


Hitler mati dengan menembak dirinya semasa jerman kalah dalam perang Dunia Kedua.

Majalah Knack yang beribu pejabat di Brussels mendakwa DNA yang diambil daripada saudara Hitler yang tinggal di Amerika Syarikat (AS) telah membawa kepada penemuan tersebut.

Seorang wartawan, Jean-Paul Mulders mengumpulkan DNA daripada kain napkin yang digunakan oleh salah seorang daripada tiga pewaris Hitler yang tinggal di Long Island, New York.

Kejayaan DNA itu menyebabkan seorang petani di Austria yang hanya dikenali sebagai Norbert H. dan merupakan sepupu kepada diktator Jerman tersebut berjaya dijejaki.

Mulders mendapatkan khidmat pakar sejarah Marc Vermeeren untuk mencari Norbert di Waldviertel, Austria.

Norbert H. memberikan Vermeeren dan Mulders sampel air liurnya.

Dengan menggunakan sampel Norbert dan DNA daripada kain napkin itu, Mulders mendakwa terdapat hubungan antara kedua-dua lelaki itu.

Namun, DNA jenis Haplopgroup E1b1b (Y-DNA) yang ditemui pada kedua-dua lelaki itu jarang dijumpai di Jerman dan Eropah Barat.

"Ia lazimnya ditemui dalam penduduk Barbar di Maghribi, Algeria, Libya dan Tunisia termasuk puak Yahudi Ashkenazi dan Sephardic," kata Mulders.

"Itu merupakan keputusan yang mengejutkan. Sukar diramalkan bagaimana penyokong dan penentang Hitler menerima maklumat ini," kata pakar genetik, Ronny Decorte yang mengesahkan hasil ujian terbabit dan menegaskan bahawa kemungkinan Hitler juga mempunyai darah keturunan Afrika Utara.

Menurut majalah Knack, DNA itu diuji dalam kondisi makmal yang ketat. - Agensi


No comments:

Post a Comment

nisa