NATURAL REMEDIES

ISLAMIC CALENDAR

Tuesday, August 10, 2010

HATI-HATI MEMILIH HOTEL UNTUK BERBUKA PUASA

Hotel akan menjadi tempat persinggahan untuk berbuka puasa bagi yang berkemampuan. Namun, agak terkejut apabila membaca Berita Kosmo bahawa HAnya 32 Hotel Halal Menjelang Ramadhan.


1) Rekod Jakim sehingga semalam (23 Julai 2010) mendapati hanya 63 buah
dapur di 32 hotel daripada 2,360 buah hotel di seluruh negara mempunyai
Sijil Halal Malaysia.

2) Memandangkan bulan Ramadan akan tiba tidak lama lagi, pasti banyak
majlis berbuka puasa akan diadakan di hotel-hotel. Jakim akan menyediakan
pegawai khusus untuk memproses permohonan sijil halal itu tanpa pihak hotel
perlu mengikut giliran," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Agak terkejut kerana rasanya terlalu banyak Hotel yang menyediakan Pakej
Berbuka Puasa Ketika Ramadhan namun hanya segelintir sahaja yang
betul-betul mendapatkan sijil halal. Kenalah lebih berhati-hati selepas
ini.

Hotel 5 Bintang :
1) Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya
2) Hotel Evergreen Laurel , Pulau Pinang
3) Hotel Grand Dorsett, Labuan
4) Hotel Pan Pacific KLIA
5) Hotel Legend , KL
6) Hotel Grand Bluewave , Shah Alam
7) Tradewinds Hotels & Resorts, Johor Bahru
8) Hotel Istana, Kuala Lumpur

Hotel 4 Bintang :
1) Hotel Ancasa Kuala Lumpur
2) Hotel Cititel Pulau Pinang
3) Hotel Crystal Crown, KL
4)Hotel Grand Seasons, KL( latest : telah ditarik lesen halal!!!)
5) Hotel Armada, Petaling Jaya
6) Hotel Seri Malaysia, Alor Setar
7) Hotel Ming Court, KL
8) Hotel the Summit, USJ Subang
9) PNB Darby Park, Executives Suite, KL

Hotel 3 Bintang :
1) Hotel Brisdale International, KL
2) Hotel Dynasty, KL
3) Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands
4) Hotel Seri Malaysia, Marang
5) Hotel KL, Jalan Raja Muda
6) Hotel Nilai, Negeri Sembilan
7) Hotel PG, KL
8) Hotel Puteri Park, KL
9) Hotel Quality, KL
10) Hotel Residence , Kajang
11) Hotel The Paramount, Sibu
12) Hotel Plaza, KL

Dua Bintang :
1) Hotel Seri Malaysia, Kuantan
2) Hotel Seri Malaysia, Sungai Petani
3) Hotel Seri Malaysia , Bagan Lalang

Sumber : Berita Kosmo dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

footnote : Pilihlah hotel yang mempunyai sijil halal jika tidak sia-sia sahaja puasa kita. Pendapat aku harga yang ditawarkan sangat mahal dan berapa banyak sangat kita boleh makan pun waktu berbuka selain dari kemampuan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment

nisa