NATURAL REMEDIES

ISLAMIC CALENDAR

Wednesday, August 4, 2010

HALAL ATAU HARAM



Hari ni aku rasa nak share sikit pasal halal atau pun haram. Idea ni tetiba keluar coz setiap hari masa jalan kaki nak ke lrt station, ada restoran Old Town White Coffee kat situ. Setiap hari bila pass by aku mesti nampak ada orang Melayu kat dalam tu. If pagi aku rasa dia orang mesti makan roti bakar (toast bread) and telur masak separuh. Memang sedap kan. Tapi bila tengahari pulak aku nampak lagi orang Melayu tu makan macam-macam makanan kat situ.



Hari tu kan dah terang-terang cakap kata Old Town White Coffee ni tak dapat sijil halal dari Jakim. Even macam tu pun masih ada orang Melayu makan kat situ. Aku rasa orang-orang yang makan kat situ mesti tak perihatin pasal berita tu ataupun dia orang rasa benda itu remeh untuk dipersoalkan.


Aku pun tak lah belajar agama tinggi sangat, tapi bila aku dah tahu yang restoran tu tak halal, memang aku tak kan makan kat situ. Coz apa yang kita makan tu akan jadi darah daging kita. Macam mana dengan amal ibadat kita nanti.

So aku harap orang Melayu ni sentiasa bersikap perihatin terhadap apa yang kita makan tu. Ia akan mempengaruhi sikap kita, pembelajaran kita dan macam-macam lagi.

Harap-harap jangan lah ambil lewa benda ni kerana kita masih banyak pilihan kedai untuk di makan.

No comments:

Post a Comment

nisa