NATURAL REMEDIES

ISLAMIC CALENDAR

Sunday, November 28, 2010

DETOX FOOT PATCH MENIPU - SILA BACA EKPERIMEN INI

Entri ni aku baca kat sini. Based on eksperimen oleh blogger Aidid. Hmmm memang tak logik rasanya benda ni boleh buang toksin or toksik. Sila baca entri menarik ni. Terima kasih bro kerana berjaya membuka mata orang ramai daripada terus terpedaya dengan teknik MLM ni.

Assalamu'alaikum, dear friends and foes alike.

Korang pernah dapat offer atau kena tag di facebook dengan satu produk yang hebat dan canggih, yang diwar-warkan sebagai teknologi terkini dalam bidang perubatan? Satu produk dengan nama Detox Foot Patch. Macam-macam jenama ada, either dia orang jual cara direct-selling atau pun ada yang buat MLM. Ntah bila nak kaya buat MLM jual benda ni, korang la jawab, aku tak kose.

So, pagi ni aku pegi kedai nak beli paper, aku ada nampak produk tu (yang sama waktu dengannya) tergantung-gantung manggamit mesra hati ku yang dah lama "curious" pasal benda ni. Ada ke letak patch tu kat tapak kaki untuk semalaman boleh kasi nyah-toksin semua benda yang merapu yang dah masuk dalam badan seorang manusia? Seumpama aku ni lah kiranya. Aku kuat makan, dan aku makan macam-macam, korang pun tahu. Lepas tu, toksin tu semua keluar sampai foot patch tu jadi hitam beb! Bloody freaking 'ell! It's just out of this world man!

Cuma, selama aku membesar dan dah jadi orang dewasa yang pernah masuk U, aku selalu berfikiran bahawa, memang ada banyak toksin dan ntah apakebenda lagi masuk badan manusia, tapi Allah dah bagi kita hati dan buah-pinggang yang berfungsi sebagai organ yang memproses semua toksin tu dan menyingkirkannya melalui air kencing dan najis kita. Proses penyingkiran tu teramatlah kompleks dan memerlukan pelbagai enzim reductase, transaminase, phosphatase dan seribu satu macam enzim yang lain. Itu korang belajar la sendiri - tengok kat wikipedia pun ada penerangan yang orang pass SPM boleh faham.

OK... cuba korang tutup mata dan lupakan selagi ada iklan dan hasutan daripada kawan-kawan korang tu yang suruh beli benda ni. Bayangkan, kalau ko letak detox patch ni kat tapak kaki semalaman, macamana la agaknya toksin tu semua nak keluar? Ikut liang peluh tapak kaki (tapak kaki kita ada kulit tebal - jangan lupa), ikut resapan kulit? What? How?

Anyway, dah la tu beb... bukak mata tu. Tengok gambar aku ni. Ini gambar yang aku tangkap dengan iPhone aku dalam sejam lepas.
 
Cawan yang digunakan untuk eksperimen

 Selepas diletak pada air suam
 
Tak payah tunggu 8 jam. 5 minit dah cukup untuk kasi korang tahu bahawa benda ni merapu ya amat dan sesuai sungguh untuk sesetengah orang Melayu - ada mala'un dalam umat Melayu tu memang suka sangat mengelentong orang lain, dan ada pulak yang suka sungguh dikelentong di siang hari... demi duit. Tak payah la kita berdolak-dalik. Gusar jugak hati aku kadang-kadang memikirkannya. Kita dah masuk abad ke-21 dah ni beb. Ketinggalan zaman betul ke orang Melayu?

Pesan aku kepada sipenjual pulak - udah udah la buat kerja lagha dan satu sen tak guna ni bang, kak. Ini namanya mungkar dan laknatullah tuan-puan, sekalian. Jangan la telan duit untung sebegini, dan kasi anak makan dan sekolah. Tak berkat tu.
 
 

Thursday, November 25, 2010

IBU DIPERKOSA OLEH PEROMPAK

Sedih bila baca cerita ni kat Harian Metro online. Seorang ibu yang terpaksa membiarkan dirinya dirogol oleh perompak kerana dia tak mahu anaknya dirogol oleh perompak durjana itu. Ikuti berita selanjuntnya dibawah petikan daripada Harian Metro.

KUALA LUMPUR: Demi menyelamatkan maruah anak perempuannya berusia 12 tahun, seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila diperkosa di depan gadis sunti itu oleh seorang daripada dua penjenayah yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Melayu Subang, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda itu yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya.

Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol seorang daripada dua penyamun berusia lewat 20-an terbabit.

Menurut sumber polis, lebih menyayat hati ketika seorang daripada lelaki terbabit merogol mangsa, seorang lagi rakannya merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit.

“Sebelum itu, dua suspek terbabit yang memakai topeng memecah masuk rumah mangsa yang ketika itu tidur bersama anaknya dalam bilik utama manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam.

“Dua penjenayah terbabit mengikat dua beranak itu dan mengarahkan mereka mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek menggeledah rumah berkenaan sebelum mengambil wang tunai dan barang kemas yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM2,000.

“Sebaik selesai menggeledah rumah mangsa, seorang daripada suspek seolah-olah tidak puas hati dengan hasil rompakan mereka dan memberitahu mahu merogol seorang daripada dua beranak itu.

“Selepas rayuannya tidak diendahkan dan tidak mahu anaknya menjadi mangsa penjenayah itu, si ibu terpaksa merelakan dirinya dirogol seorang daripada suspek dan ketika dia dirogol seorang lagi suspek merakamnya menggunakan telefon bimbit,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua penjenayah melarikan diri dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 serta Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Wednesday, November 24, 2010

HALIA MEMBANTU KURUSKAN BADAN

Halia
 
Limau nipis


Tengah-tengah blogwalking jumpa petua nak kurus menggunakan halia. Betulkah ataupun hanya mitos. Apa-apapun sesape yang nak try boleh lah ikut resepi seperti di bawah. Credit to http://linrosly.blogspot.com

Bahan-bahan yang diperlukan :

Halia
Limau nipis
Air
Gula (aku nak try letak garam he..hee) modified skit. Pastu blend semua benda tu dan minum selama 30 hari. Ok nanti nak try, senang je ni.

Thursday, November 11, 2010

INNALLILLAH BUAT SHAMRIN DARI KUMPULAN FOTOGRAF

Masih ingat lagi dengan Kumpulan Fotograf yang pernah popular suatu masa dahulu. Shamrin penyanyinya meninggal dunia semalam. Berita ini pun aku dengar kat radio pagi tadi. Pastu ada lak berita ni dalam Kosmo online.

Shamrin penyanyi utama Kumpulan Fotograf

KUALA LUMPUR - Vokalis utama kumpulan Fotograf, Mohd. Shamrin Abdul Samad, 45, meninggal dunia pada pukul 6 petang semalam dipercayai akibat kegagalan fungsi jantung.

Vokalis tersebut dikejarkan ke hospital selepas dia rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini petang semalam.

Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru.

"Sewaktu sedang bermain bola, dia mengangkat tangan dan membongkok seperti mahu mengikat tali kasutnya.

"Dia kemudian pitam dan dikejarkan ke hospital," ujar Riot, bekas anggota kumpulan Kool yang turut berada di padang ketika itu.

UPSR

Alhamdullilalah anak aku berjaya mendpat 5A dalam UPSR semalam dan menjadi best student daerah untuk PSRA. Tahniah anak ku.

Tuesday, November 9, 2010

BETUL KE DR. FAZLEY ADA IJAZAH PALSU

Terkejut jugak bila baca dalam Kosmo online arini yang mengatakan Ijazah yang dimiliki oleh Dr. Fazley tu palsu. Betul ke tak, wallahuallam.

KAMPUS University of Wales di Cardiff yang didakwa menggantung hubungan dengan Kolej Antarabangsa Fazley.

LONDON – University of Wales di United Kingdom (UK) menggantung hubungannya dengan Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) milik penyanyi Malaysia, Fazley Yaakob sehingga satu siasatan dilakukan.

Menurut satu laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC), tindakan itu dilakukan ekoran kontroversi berkaitan dengan kelayakan akademik penyanyi tersebut yang dikatakan memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) dan sarjana palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.

BBC dalam program Week In Week Out: University Challenged mendakwa Fazley memiliki Ph.D palsu dan kini mengendalikan kolej yang menawarkan kursus sarjana muda dari University of Wales.

Dalam program itu, Fazley dituduh memiliki kelulusan itu dari sebuah universiti palsu.

Monday, November 8, 2010

DENGARNYA MIZZ NINA AKAN BERTUNANG



Siapa Mizz Nina ni aku penah kuarkan citer dia kat blog ni. Ala yang nyanyi What you're waiting for berduet dengan Colby Odonis tu. So pandai-pandai la cari sendiri. Citer ni aku petik dari Berita Harian online.

RAMAI peminat sudah pun tahu mengenai hubungan intim antara dua penyanyi popular masa kini, Mizz Nina dan Noh daripada kumpulan Hujan. 

Sejak awal tahun ini, gosip mengatakan kedua-dua artis ini dalam proses saling mengenali hati budi tersiar di sana-sini. 

Apatah lagi ketika itu mereka bekerjasama untuk album solo penyanyi wanita itu.

Kalau tak silap Cik Normah, Noh menghadiahkan sebuah lagu berjudul Kurnia untuk album wanita cantik ini. 

Cuma mungkin ramai yang tidak tahu, kedua-duanya mula terbabit dalam seni berlandaskan irama sama, hip hop, beberapa tahun yang lalu. 

Jika Mizz Nina bersama kumpulan Teh Tarik Crew ketika itu, Noh pula bersama kumpulan MIX. 

Begitupun, keintiman antara dua bintang muda ini khabarnya mula bertaut pada awal tahun ini. Pengakuan daripada empunya diri pula mula muncul sejak beberapa bulan lalu.

Yalah, buat apa hendak dinafikan kalau ia perkara yang membahagiakan mereka, kan? 
Peminat pun tentunya gembira apabila dua insan popular ini menjalinkan cinta. 

Bak kata orang tua-tua, mereka umpama pinang dibelah dua, sama cantik dan sama padan.

Cerita terbaru yang Cik Normah dengar, Mizz Nina dan Noh akan mengakhiri percintaan mereka dengan ikatan pertunangan sedikit masa lagi. 

Perincian majlis itu tidak pula Cik Normah dapat lagi, sebab khabarnya, mereka hanya akan mengumumkan perkara itu pada 16 November ini.

Cik Normah dan rakan-rakan di pejabat memang gembira dengan perkhabaran yang baru diterima ini. 

Buat apa hendak tunggu lama-lama, kalau masing-masing sudah saling menyintai. Perkara yang elok, baiklah dipercepatkan, semoga keberkatan menjadi milik mereka.

Kepada pasangan selebriti yang kian meniti bibir peminat ini, Cik Normah doakan selamat berbahagia. Cik Normah sendiri teringin untuk turun ke majlis sidang akhbar itu nanti, kalau keadaan mengizinkan.

EZLYNN AKAN KAHWIN PADA 11.11.11




Ingat lagi pada penyanyi Hi Hi Bye Bye, Ezlynn tu yang sangat comel (aku rasa) tu akan berkahwin pada 11.11.11 tahun depan. Tarikh yang sangat cantik dan senang nak ingat. Ikuti berita selanjutnya petikan dari Kosmo online.

PUAS dipujuk, dia tetap berkeras dengan pendiriannya. Utuh. Ezlynn masih tidak mahu mendedahkan siapa calon suami yang bakal dikahwini tahun hadapan. 

“Calon suami saya, biarlah saya rahsiakan dulu, belum waktunya saya mendedahkan secara terperinci mengenai dirinya,” tutur Ezlynn lembut.

Sebelum ini, Ezlynn pernah mengeluarkan kenyataan mengenai jejaka berusia 30-an yang juga seorang ahli perniagaan adalah ‘teman’ yang cukup rapat dengannya.

Cuma Ezlynn menegaskan, jejaka pilihannya itu bukanlah seorang kenamaan atau yang berharta tetapi cukup sekadar tidak mengongkongnya daripada melakukan aktiviti seni serta tidak cemburu buta. 

“Selain itu, saya juga inginkan seorang suami yang beriman supaya dapat memimpin diri ini kelak dalam soal agama,” tuturnya.

Dalam pada itu, Ezlynn mengakui dia kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup memandangkan hatinya pernah parah terluka suatu masa dahulu.

“Sememangnya putus cinta sesuatu yang sangat menyedihkan, sebab itu apabila kembali bercinta, saya cukup hati-hati, bimbang saya terluka lagi,” ujarnya.

Tatkala berbicara pula mengenai perancangan untuk berkahwin, gadis bersuara serak-serak basah itu bagaimanapun mengesahkan sememangnya benar sama sekali dia ingin menamatkan zaman bujangnya tahun hadapan. 

“Saya memang merancang ingin berkahwin apabila umur saya mencapai 30. Saya belum bersedia mendedahkan bakal suami kepada umum. Bila tiba masa akan diberitahu,” kata Ezlynn, 29, ketika ditemui pada majlis pelancaran Peek-A-Boo Restyled Party, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengikut perancangannya, Ezlynn bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan November 2011 setelah membuat perbincangan serius bersama ibunya. 

Jika pada tahun ini, ramai yang merancang untuk berkahwin pada ‘tarikh keramat’ 10.10.10, pada tahun depan juga muncul satu tarikh keramat iaitu 11.11.11 dan khabarnya Ezlynn telah memilih tarikh tersebut untuk melangsungkan perkahwinan,

Apabila diajukan soalan mengenai tarikh bertuah 11 November, 2011 yang dipilih ibunya untuk dirinya bergelar isteri, sambil mengukir senyuman di wajah, Ezlynn menyatakan jikalau tiada aral yang melintang pastinya tarikh tersebut dipilih.

“Sememangnya tarikh tersebut agak menarik dan mudah untuk diingat. Ibu pun sudah memilihnya, justeru andai tiada sebarang halangan, insya-Allah saya akan melangsungkan perkahwinan pada tarikh tersebut,” ungkapnya.

Bunting pelamin
Setiap wanita yang berkahwin semestinya inginkan kebahagiaan sepanjang hayat begitu juga dengan penyanyi kelahiran Ulu Kinta, Perak ini.

Setiap wanita yang berkahwin semestinya inginkan kebahagiaan sepanjang hayat begitu juga dengan penyanyi kelahiran Ulu Kinta, Perak ini.

Sehubungan itu, Ezlynn mengakui fobia dengan isu kahwin cerai di kalangan masyarakat kini, khususnya artis.
“Saya mengakui agak bimbang kerana baginya penceraian akan hancurkan setiap impian yang dibina, katanya lagi. 

Jelas Ezlynn lagi, dia tidak akan berhenti menjadi penghibur walaupun telah bergelar isteri. Walaupun menjadi ibu, Ezlynn tidak akan berhenti untuk terus menjalankan aktiviti sebagai seorang insan yang bergelar artis.

“Saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab menjadi ibu dan saya lebih gembira jika ditakdirkan bunting pelamin,” jawab Ezlynn sambil ketawa besar.

Bercerita pula tentang karier, Ezlynn memberitahu dia sedang menunggu filem terbaru lakonannya yang akan ditayangkan di pawagam pada Februari depan. 

Filem aksi komedi arahan Dharma Harun Al-Rashid yang berjudul Adik Manja Return juga menampilkan pelakon jelita Rozita Che Wan, Kenchana Dewi, Scha Al-Yahya, Faezah Elai, Jihan Raja Lawak dan Fida.

“Adik Manja Return diberi suntikan zaman kini dan masih lagi mengekalkan jalan cerita Adik Manja. Filem itu mengisahkan tentang kenakalan pelajar perempuan di kolej swasta,” ujarnya.

Sunday, November 7, 2010

ANAK ORANG KAYA MENJADI PENGEMIS JALANAN UNTUK KESERONOKAN

Entah apalah nak jadi dengan dunia ni. Meminta sedekah hanya untuk keseronokan. Aku terbaca artikel ni dalam Thestar online. Kalau dah kaya sangat bagi je sedekah tu kat orang-orang yang betul memerlukan, tak yah minta sedekah, betul tak.


The guy is kneeling on the street

A man was spotted begging for money on a street in Xinghua, China, wearing a grey suit, jeans and a pair of leather shoes.
The man was kneeling in front of a supermarket, telling passers-by that he had not eaten for two days.
"I have used up all my money to treat my ailing mother at the hospital," he cried.

The man, wearing spectacles, then begged the public to give me some money to buy food.

However, no one responded to him because they were suspicious of the well-dressed man.

At this juncture, a septuagenarian gave him five yuan (RM2.30) and said: "A real man cannot easily kneel down, you stand up and go buy some food."

The man bowed and repeatedly thanked the elderly woman as she walked off.

After taking the money, the man continued begging on the street.

 Passers-by were puzzled as to why he did not buy food since he claimed he had not eaten for two days.
Then, they were even more confused when another well-dressed man arrived and dragged the "beggar" into an Audi A6 car and sped off.


 The guy being dragged by his body guard


As the passers-by were discussing what they had seen, a woman revealed that he was from a rich family and his father is a developer.

The woman said the man is married, and added it was not the first time he had begged on the streets.

She said: "When the man's family asked why he did such a thing, he replied: 'For fun!'"
Source: Xinhua

Thursday, November 4, 2010

KEPUTUSAN UPSR AKAN DIUMUMKAN HARI KHAMIS, 11 NOVEMBER 2010

Hubby call bagitahu result UPSR akan keluar hari Khamis depan, 11 November 2010. Aku lak yang terlebih berdebar-debar, macam aku yang ambik exam. Berita selanjutnya dipetik dari Utusan online.

PUTRAJAYA 4 Nov. - Keputusan UPSR 2010 akan diumumkan pada Khamis, 11 November ini, demikian pengumuman Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran hari ini.

Menurut kenyataan itu, calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi hari berkenaan. - Utusan

Wednesday, November 3, 2010

BETUL KE ORANG MELAYU MALAS BERSENAM




Aku rasa cukup geram dengan orang-orang melayu kita ni. Cukup malas nak bersenam. Bukan apa dah tiga minggu berturut-turut kelas aerobic aku kosong. Tinggal aku dan instructor je yang ada. Aku pun tak tahu apa nak jadi ngan kawan-kawan aku nih. Penat la aku sms dan bagitahu. Nape yek memang orang melayu kita ni malas bersenam. Lepas tu sibuk la pulak nak makan Jus Mate dan berbagai-bagai. Wahai kawan-kawan ketahuilah bahawa badan kita ni tidak akan kurus macam magic jika kita tidak bersenam. Janganlah jadikan alasan tak de masa untuk bersenam satu jam seminggu.


BOLEH CAYA KE KATAK MAKAN TIKUS

Ho..ho.. Katak makan tikus. Rasa macam tak percaya lak bila baca berita ni dalam Kosmo online arini. Jom baca berita selanjutnya di bawah.



LONDON - Seekor katak Afrika yang besar dan ganas dirakamkan memakan seekor tikus tanah sebagai hidangannya. 

Dengan kulit menggerutu dan berwarna kelabu, ia cukup untuk membuatkan haiwan kecil lain takut untuk berada berhampiran dengannya. 

Amfibia karnivor ini dikatakan bersifat agresif, mampu melompat setinggi 3.65 meter dan memiliki gigi yang tajam. Jika digigit, mangsa yang menjadi hidangannya akan berasa seperti terkena serpihan kaca tajam. 

Penjaga Kanan Rumah Tropika di Zoo Newquay, Cornwall, Britain, Dan Garrick merupakan seorang pakar dalam memberi makan katak itu yang turut dipanggil sebagai bullfrog atau nama latinnya, Pyxicephalus adspersus itu.

"Ia merupakan katak pemangsa bersaiz besar yang duduk dan menunggu haiwan berjalan di hadapannya. Katak ini dirangsang oleh pergerakan dan akan menyambar hampir semua benda yang berada dalam jangkauannya, termasuklah tikus malang ini," kata Dan yang berusia 30 tahun. 

Mangsa akan mati akibat lemas atau terkejut sebelum dihadam. 

Jika mangsanya terlalu besar, ia akan memuntahkannya dan menunggu makanan yang lain

Walaupun nampak ganas, katak ini dikatakan sebagai ibu bapa yang baik dan akan melindungi anak-anaknya daripada diganggu. 

Ia gemar menjadikan serangga, tikus tanah, burung malah katak-katak lain sebagai makanannya.
Beratnya boleh mencecah dua kilogram, sepanjang 24 sentimeter dan membentuk kokun air bagi mengelakkan dirinya daripada kering akibat matahari yang terik. 

Ia boleh ditemui di bahagian selatan, tengah dan timur Afrika, selain saiznya sedikit kecil berbanding katak gergasi yang hidup di Cameroon. - Agensi

Syarikat Sosilawati disaman

Aritu anak dia saman peguam yang bunuh mak dia. Tup-tup hari ni syarikat dia pula kena saman. Kesian anaknya. Tak tahu macam mana dia nak uruskan kes macam ni sorang-sorang. Ikuti berita selanjutnya petikan daripada Utusan online.

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Kira-kira tiga minggu sebelum kematian Datuk Sosilawati Lawiya, dua ahli perniagaan telah memfailkan saman terhadap syarikat milik jutawan kosmetik itu atas dakwaan melanggar kontrak jual beli hartanah bernilai RM3 juta.
 
Low Choong Yen, 59, dan Lim Bee Geok, 52, selaku pihak plaintif memfailkan saman tersebut pada 5 Ogos lalu melalui firma guaman, Tetuan Thean & Co. di Mahkamah Tinggi di sini dan hanya diperoleh oleh pihak media hari ini.

Pihak plaintif menamakan Nouvelle Beauty Centre Sdn. Bhd. (NVC) yang mempunyai alamat berdaftar di Plaza Pengkalan, Jalan Tiong off Jalan Ipoh dan alamat perniagaan di Lorong Haji Hussein 1, Jalan Raja Bot di sini selaku defendan.

Pada prosiding hari ini, Timbalan Pendaftar Hilmiah Yusof menetapkan 1 Disember ini untuk mendengar permohonan plaintif mendapatkan penghakiman ingkar ekoran tiada pernyataan pembelaan difailkan oleh NVC dalam tempoh yang ditetapkan.

Kedua-dua ahli perniagaan itu diwakili peguam S.H. Tang manakala tiada peguam hadir bagi pihak defendan.

Sosilawati, 47, mati dibunuh pada 30 Ogos lalu bersama pemandunya, Kamarudin Shamsudin, 47; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Norhisham Mohammad, 38, di sebuah ladang di Tanjung Sepat, Banting, Selangor.

Menurut pernyataan tuntutan, pihak plaintif mendakwa, NVC dalam surat tawaran bertarikh 2 April lalu, telah bersetuju menjual hartanah yang terletak di Pusat Perdagangan Kota Damansara, Kota Damansara PJU 5, Petaling Jaya kepada mereka dengan harga RM3 juta.

Hartanah tersebut merupakan sebidang tanah berkeluasan 144.9 meter persegi yang mempunyai sebuah bangunan empat tingkat di atasnya.

Pihak plaintif juga mendakwa telah berjaya memperolehi pembiayaan bagi membeli hartanah terbabit.

Beberapa terma dan syarat penting jual beli hartanah tersebut yang terkandung dalam surat tawaran itu juga telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan dimuktamadkan pada 22 April lalu.

Antara terma dan syarat itu adalah Choong Yen dan Bee Geok perlu membayar wang pendahuluan RM60,000 ketika surat tawaran itu ditandatangani dan baki deposit sebanyak RM240,000 sewaktu Perjanjian Jual Beli (SPA) ditandatangani.

Baki belian RM2.7 juta perlu dibayar oleh pihak plaintif dalam tempoh 90 hari dari tarikh SPA ditandatangani.

Plaintif mendakwa telah membayar wang pendahuluan dan cek bernilai RM240,000 juga telah diserahkan kepada peguam defendan pada 27 April lalu.

Bagaimanapun kira-kira sebulan selepas surat tawaran ditandatangani, NVC melalui surat peguamnya bertarikh 30 April lalu didakwa telah memaklumkan bahawa syarikat itu enggan meneruskan penjualan hartanah tersebut.

Menurut plaintif, pembatalan itu dibuat oleh defendan dengan alasan terpaksa menunggu antara enam hingga 12 bulan bagi mendapatkan kebenaran untuk pindah milik kepada bukan bumiputera serta menyempurnakan transaksi.

Plaintif melalui surat peguam bertarikh 3 Mei lalu pula menegaskan defendan telah terikat kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung dalam SPA memandangkan dokumen terbabit telah ditandatangani dan dimuktamadkan.

NVC membalas surat tersebut dengan menafikan tanggungjawabnya terhadap syarat-syarat dan terma-terma SPA dengan alasan surat tawaran itu ditandatangani plaintif dengan bersaksikan seorang ejen bernama Jasmine tanpa sebarang penjelasan penuh mengenai sebab dan akibat.

Syarikat itu melalui surat bertarikh 25 Mei lalu turut memulangkan SPA, Suratcara Pindahmilik, Borang Permohonan untuk Kebenaran Pindahmilik yang telah ditandatangani plaintif beserta cek bernilai RM240,000.

Dakwa plaintif, wang pendahuluan RM60,000 masih belum dibayar oleh defendan sehingga hari ini walaupun surat peguam defendan bertarikh 25 Mei lalu berjanji akan memulangkan semula wang tersebut.

Ujar plaintif lagi, keengganan defendan untuk meneruskan urusan jual beli tersebut telah menyebabkan mereka kehilangan faedah daripada hartanah itu. 

Oleh yang demikian, Choong Yen dan Bee Geok menuntut perisytiharan bahawa terdapat satu perjanjian yang sah dan mengikat kedua-dua pihak untuk menjual dan membeli hartanah berkenaan.

Tuesday, November 2, 2010

NIKMAT SIHAT


Betapa siksa bila nikmat sihat tidak dihargai oleh manusia. Aku dah empat hari kena minum sup sahaja coz ada ulser dalam mulut. Tulah padahnya bila last week baru teringat nak amik mc konon malas nak keja. Tup-tup Allah bagi balasan yang maha hebat. Ya Allah ampunkan aku. Aduh sakitnya tak tertahan, sampai nak kumur-kumur pun tak boleh. So lain kali jangan ingat nak tipu sakit, insya allah sakit betul Allah bagi. So korang jangan nak gatal-gatal pikir malas nak keja. Nanti jadi macam aku nih.

NO TELEFON BARU 11 DIGIT

Bertambah panjang no. handphone perlu diingati bila kerajaan mengambil langkah untuk menambahkan no. telefon bimbit daripada tujuh ke lapan angka. Perlu diingat no. kat depan tu maintain, tapi yang belakang tu je yang tambah satu no. Hu..hu...no. phone sendiri pun tak ingat lagi nak tambah satu no. Ikuti berita selanjutnya dari Kosmo online.

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperkenalkan format baru nombor telefon mudah alih dengan 11 digit berkuat kuasa 15 Disember ini.

Pengarah Jabatan Perancangan Nombor, Norizan Ghazali berkata, format baru itu akan menggunakan struktur 3+8 berbanding 3+7 sedia ada dan semua penyedia perkhidmatan akan menggunakan awalan '011', sebagai contoh 011 1234 5678.

"Struktur sedia ada yang melibatkan 31 juta nombor tidak perlu berpindah kepada format baru 3+8 memandangkan kedua-duanya wujud seiring selepas penawarannya,'' katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai format baru nombor telefon itu di sini semalam.

Katanya, format baru itu dijangka menyelesaikan kapasiti yang tidak mencukupi struktur 3+7 sedia ada serta menggalakkan penyertaan baru yang merupakan antara perancangan jangka panjang MCMC.

"Awalan perkongsian baru '011' mampu menampung 900 juta nombor jika diperlukan oleh penyedia perkhidmatan sedia ada atau yang baru,'' katanya. - Bernama

GAJI KERANI TAPAK OR SITE SUPERVISOR NAIK

Ho..ho... seronok bila baca citer orang naik gaji ni. Tapi gaji aku yang tak naik-naik. Sedihnya. Apa-apapun itu adalah rezeki masing-masing. Kepada isteri-isteri kerani tapak sila baca nih. Petikan dari Kosmo online.



KUALA LUMPUR – Kerajaan semalam mengumumkan penyelarasan gaji kerani tapak di tapak-tapak pembinaan sehingga 112 peratus mengikut kelayakan dan pengalaman kerja masing-masing. 

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, ini berikutan gaji semasa yang diterima pekerja berkenaan terlalu rendah dan tidak setimpal dengan kerja yang mereka lakukan.

“Kerani tapak ini, merekalah mata dan telinga bagi jurutera atau pengarah projek (di tapak pembinaan). Pengarah projek mungkin akan turun dua hari sekali... tapi kerani tapak 24 jam ada di situ,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Ketiga Pembinaan Malaysia 2010 di sini semalam.

Dalam penyelarasan tersebut, julat kenaikan gaji bagi kakitangan iktisas sementara adalah tiga hingga 71 peratus manakala kakitangan separa iktisas dan sokongan dengan atau tanpa diploma pula menikmati kenaikan antara 94 dan 112 peratus mengikut pengalaman bekerja.