NATURAL REMEDIES

ISLAMIC CALENDAR

Wednesday, March 9, 2011

BARANG KEMAS DALAM PEMBENTUNG

Ho..ho.. seronoknya kalau dapat jumpa barang kemas. Tapi kalau jumpa nak pakai ke tak. He...he... Ikuti berita selanjutnya petikan daripada Kosmo online. Tapi kalau aku jumpa, mesti pakai punya. Itupun kena samak dulu. Hu..hu... Entah kemana perginya perompak tu, kot dah kena tangkap.


GAMBAR fail menunjukkan pintu masuk ke kedai emas Harry Winston dekat Champs-Elysees di Paris pada 5 Disember 2008.

PARIS - Polis Perancis menemui barang kemas bernilai AS$25 juta (RM75.8 juta) yang disembunyikan di dalam saluran pembentung di sini.

Barang kemas tersebut yang disimpan di dalam sebuah bekas plastik, merupakan sebahagian hasil rompakan ke atas butik barang kemas Harry Winston di sini.

Penemuan itu melibatkan 19 cincin dan tiga pasang anting-anting dengan sepasang anting-anting itu dipercayai bernilai AS$19.5 juta (RM59.1 juta).

Polis mengesahkan penemuan itu selepas berita itu disiarkan di sebuah stesen radio.

Pada 5 Disember 2008 sekumpulan perompak sebahagiannya berpakaian wanita dan rambut palsu melarikan batu permata dan jam tangan mewah dengan nilai mencecah AS$118.1 (RM358.3 juta).

Sebahagian cincin yang dicuri, rantai leher dan jam tangan ditemui semula apabila polis menangkap 25 orang dalam serbuan pada Jun 2009 dengan sembilan daripada mereka dihadapkan ke mahkamah.

Antara yang didakwa termasuk perancang rompakan itu yang pernah dihukum penjara 15 tahun dalam satu kes penyeludupan dadah.

Polis menemui sejumlah barang kemas yang dirompak bersama wang tunai AS$1.1 juta (RM3.3 juta) di rumahnya.- Agensi

No comments:

Post a Comment

nisa