NATURAL REMEDIES

ISLAMIC CALENDAR

Sunday, March 31, 2013

GIVE AWAY BY FARAH HAFIZAH

 

Jom ramai2 join GA ni SINI.... Di antara hadiah-hadiahnya :

 
 
 
 

 

 
TONY MOLY TOMATOX MAGIC WHITENING PACK SAMPLES

 
 CRYSTAL COLLAGEN EYE MASK

 
 
SKIN79 BB CREAM SAMPLES

Syarat-syarat nak join GA ni seperti di bawah :
 

Marilah kita join bersama-sama....
  

Wednesday, March 27, 2013

KOLAGEN POWDER TESTIMONI OLEH KAWAN

Aku juga nak share testimoni kolagen powder GOGEN ni. Aku kenalkan kat kawan aerobik aku. Punca dia try benda ni coz memula dia nak try FELLINA but lepas dealer tu cakap dia takut coz produk tu dah ada tiruan. So aku kenalkan dia dengan GOGEN ni yang berbentuk serbuk dan senang dimakan berbanding dengan kolagen mentah yang perlu dimasak.

Dekat habis sebotol dia try, dia dah nampak perubahan kat muka dia dan semua ofismate dia tegur. So katanya dia nak repeat order. Alhamdullillah terima kasih kerana memberi aku peluang membuka ruang rezeki.

So sesiapa nak order bagitau..... Sila mesej jika ada sebarang pertanyaan produk ini at 
012 258 6320.


LATEST TESTIMONI JUS DELIMA

Arini aku nak share latest testimoni jus delima oleh ofismate aku. Katanya baru-baru ni pegi check up tahap kolestrolnya dah turun dan darah tinggi nya turun. Alhamdullilah. Jus delima ini sangat serasi kepada semua golongan umur. Terima kasih Faizol kerana percaya kat aku. Oh dia nak repeat order lagi.


Thursday, March 21, 2013

TESTIMONI BARU JUS DELIMA GULSAN

Saja nak share testimoni baru pasal jus delima Gulsan. Dia ni member office. Dia memang ada asma dan dia memang yang jenis berisi. 

So dia selalu komplen sakit kaki tiap-tiap malam. Aku rasa cos badan dia yang agak besar tu yang buatkan kaki dia sakit coz kaki dia tak leh tampung berat badan dia. 

So aku pun introduce jus delima ni kat dia. Dia terus beli sekali 3 botol dengan aku. Dia beli untuk ayah dan mak dia sekali. 

Minggu pertama dia try dia cakap kaki dia dah tak sakit bila bangun pagi-pagi. Dia cakap best sangat coz kaki dia dan mak dia dah tak sakit lagi. Dan serangan asma nya pun dah takde. Alhamdullilah dia cakap dia nak beli lagi coz sangat berkesan bagi dia.

Terima kasih Zura kerana percaya dengan cakap saya. Sesapa yang berminat atau nak tak lebih lanjut boleh email kat saya nisam867@gmail.com. 

Insya allah saya akan berkongsi tentang khasiat jus delima yang tak ternilai ini. Nak beli dengan saya pun boleh. COD area KLCC, Puncak Alam, Megan Avenue 1, Avenue K dan Ampang Park. Harga pun murah je RM17 sebotol....


Wednesday, March 20, 2013

PENGGANAS DI SULU AMALKAN ILMU HITAM....

KAGAT BANTU TANGANI KEJADIAN MISTERI DI LAHAD DATU!!!

LAHAD DATU - Pengamalan dan penggunaan ilmu hitam oleh pengganas Sulu bukan cerita rekaan atau dakwaan semata-mata. Tetapi itulah antara cabaran yang terpaksa dilalui oleh anggota keselamatan yang bertugas di barisan hadapan 'Op Daulat'.

Meskipun tidak dapat diterima dalam kehidupan realiti, tetapi penggunaan ilmu hitam oleh pengganas berkenaan termasuk menggunakan pelbagai tangkal tidak boleh terus ditolak.

Ini dibuktikan apabila sebahagian besar mayat pengganas yang ditemui memakai tangkal sama ada di diikat di pinggang ataupun di celah kelangkang.

Walau bagaimanapun, dengan menaruh keyakinan kepada Allah dan berjuang dengan ikhlas pasukan keselamatan tetap berjaya menewaskan musuh-musuh berkenaan meskipun mereka (pengganas Sulu) menggunakan ilmu syaitan.

Menuruh sumber, usaha gempur pengganas Sulu dalam 'Op Daulat' sebenarnya amat mencabar memandangkan terdapat dalam kalangan mereka mengamalkan kepercayaan karut itu.

"Pengganas seakan-akan kebal apabila pasukan keselamatan terpaksa menembak bertalu-talu bagi menumbangkan mereka. Setakat sekali tembak tidak akan membuatkan pengganas itu tewas," katanya.

Menurut sumber itu, usaha menjejaki pengganas berkenaan juga pada mulanya agak buntu kerana pasukan keselamtan tidak dapat mengesan tempat persembunyian musuh.

Dalam pada itu, katanya, pasukan keselamatan juga pernah dikejutkan dengan kelibat dua pengganas Sulu berpakaian hitam dan putih mara ke arah pasukan keselamatan yang melepaskan tembakan tetapi tidak mengenai mereka.

"Apabila dilaungkan azan barulah kelibat itu hilang dan pasukan keselamatan dapat mara," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan berbangsa Suluk yang hanya ingin dikenali sebagi Pak Amril berkata, antara tangkal yang dipakai pengganas Sulu tersebut dikenali 'al-Quran Istanbul' yang kononnya akan membuatkan seseorang menjadi kebal.

Namun demikian, anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) sentiasa menasihati anggota keselamatan untuk berhadapan dengan situasi itu.

Anggota keselamatan sentiasa dinasihatkan untuk memohon pertolongan Allah sebelum memasuki kawasan operasi untuk memburu pengganas Sulu.


sumber dari sini.

RIBUAN BANGKAI UDANG TERDAMPAR DI PANTAI

CORONEL - Ribuan bangkai udang terdampar di sebuah pantai di sini, kira-kira 540 kilometer ke barat daya Santiago, Chile kelmarin.

Udang tersebut mati ekoran pencemaran yang berlaku di kawasan habitatnya dekat pantai tersebut.

Pencemaran itu berlaku selepas air yang digunakan untuk menyejukkan dua loji termoelektrik dilepaskan ke laut tersebut. -sumber Kosmo online

SEORANG penduduk mengambil sejumlah daripada ribuan udang yang ditemui mati di sebuah pantai di bandar Coronel kelmarin.

KELEBIHAN JUS DELIMA

 



 Hari ni aku nak share testimoni kakak aku sendiri yang telah mengamalkan Jus Delima setelah aku perkenalkan.

Kakak aku adalah pengidap diabetes dan tahap gula dalam badan Kak Long adalah sangat tinggi iaitu 10. Aku perkenalkan Kak Long aku dengan Jus Delima Gulsan ni. Selepas mengamalkan Jus Delima Gulsan sebotol, Kak Long pegi check up bulanan kat hospital kerajaan di Terengganu. Alhamdullillah berkat dengan izin Allah, paras gula dalam badan Kak Long telah turun kepada 6. Kak Long sangat berterima kasih kerana telah memperkenalkan kepadanya Jus Delima Gulsan ni. Semoga Kak Long sihat selalu dan bebas dari penyakit tu.

Ya jika Kak Long aku telah berjaya menurunkan paras gula dalam badannya, maka sesiapapun boleh mencubanya. Harganya amat berpatutan sekali.

Ya lah jika ia serasi dengan kita, tak payah ubat mahal pun boleh kan.

Kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi saya nisam867@gmail.com.

Monday, March 18, 2013

GIVE AWAY DARI BLOG VITAMIN LOVERS

Dah lama rasanya tak join give away ni. Jom kita pakat ramai-ramai join give away by Vitamin Lovers ni. Tarikh tutup 31 Mac 2013. Jom la ramai-ramai join. Linknya kat sini http://vitaminlovers.blogspot.com/2013/03/giveaway-dari-vitaminlovers.html




Tarikh Tutup 31.3.2013
Cabutan akan dibuat pada :10.4.2013
Jom Sertai.

Thursday, March 14, 2013

LUAHAN RASA




Kenapa hati rasa sangat sedih.......pedih....Ya Allah tabahkan lah hatiku ini.....

KOLAGEN




 Apa itu kolagen? Sekarang ni kolagen ada lah sangat IN the market. Kat mana-mana mesti ada orang citer pasal benda.

Dan kenapa kita perlu makan kolagen. Di bawah ini adalah fakta mengenai kolagen.


Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.
Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. 
Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). 
Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini. 

Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.

Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

  • Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi

  • Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata

  • Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim

  • Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.

  • Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri   

  • FUNGSI KOLAGEN

  • menghasilkan asid amino  penting seperti :

  • lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel. 

  • hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan     tulang glisin -melembapan kulit.

  • alanin, prolin  dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.

  • arginin -memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.

  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.

  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .

  • menegang,menganjal dan melembapkan kulit.

  • menampung air dalam tubuh.

  • meningkatkan penyerapan kalsium.

  • menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit

  • meningkatkan isyarat induksi 

  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik
KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN
  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara  kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf
KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.
Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. 
Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.
KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN
Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.
Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit

Wednesday, March 13, 2013

KOMET KELIHATAN DI SEBELAH BULAN SABIT


CAPE CANAVERAL, Florida - Penduduk di Hemisfera Utara termasuk Amerika Syarikat (AS) dapat melihat kemunculan sebuah komet di sebelah bulan sabit kelmarin.

Komet yang bernama Pan-STARRS itu juga dapat dilihat berada di sebelah bulan sabit dekat Magdalena, New Mexico dan di Las Vegas, AS.

Sebelum ini, komet tersebut ditemui oleh pakar-pakar astronomi dengan menggunakan Teleskop Kaji Selidik Panorama dan Sistem Tindak Balas Pantas (PanSTARRS) di Hawaii, AS pada Jun 2011.

Komet tersebut bergerak sejauh 160 juta kilometer (km) dari Bumi pada minggu lalu.

Menurut seorang ahli astronomi AS, Tony Phillips, komen berkenaan dilihat di Hemisfera Selatan sejak beberapa minggu lalu sebelum muncul di bahagian tengah Bumi.

Walaupun sudah berusia beberapa bilion tahun, Pan-STARRS kini melakukan perjalanan pertama merentasi sistem solar.

Bebola gergasi berais itu melintasi matahari melalui orbit planet Utarid pada jarak 45 juta km pada Ahad lalu. - Agensi



GAMBAR menunjukkan komet Pan-STARRS (dalam bulatan) berada di sebelah bulan sabit dekat Magdalena, New Mexico kelmarin. - AFP
Nota kaki : Jangan ia jatuh macam kat Russia hari tu......

BANK RAKYAT UMUM DIVIDEN 18%

Wah berita gembira bagi pendeposit akaun dengan Bank Rakyat. Pakcik kayo..... Sumber Kosmo online.


 
 ISMAIL SABRI (tengah) menunjukkan keputusan kewangan Bank Rakyat selepas sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.


 KUALA LUMPUR – Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) semalam mengumumkan pengagihan dividen sebanyak 18 peratus atau RM495 juta bagi tahun kewangan 2012 berbanding 20 peratus pada tahun sebelum. 

Pengagihan itu membabitkan pembayaran dividen tunai sebanyak 16 peratus atau RM440 juta dan dividen bonus dalam bentuk syer sebanyak dua peratus yang berjumlah RM55 juta kepada 947,541 orang ahli. 

Bank koperasi Islam terbesar di Malaysia itu turut merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.11 bilion bagi tempoh tersebut, naik 4.7 peratus atau RM94.9 juta berbanding tempoh yang sama sebelumnya.

Di samping itu, keuntungan bersih yang dicapai bank itu ialah sebanyak RM1.74 bilion.

ARTIS BELA ANAK HANTU

CECILIA bersama dua orang anaknya, Lucas (kanan) dan Quintus.

BINTANG terkenal Hong Kong, Cecilia Cheung digosip selama ini telah memelihara 'anak hantu' bagi tujuan mendatangkan tuah buat dirinya sebelum menceburi industri hiburan 15 tahun lalu.

Bintang berusia 32 tahun itu dipercayai merupakan pengikut ajaran Buddha Thailand selepas dia dilihat memakai tangkal yang mempunyai lambang Phra Somdej, iaitu satu daripada lima Buddha zaman silam di Thailand.

Identitinya itu mula terdedah selepas dia bercerai dengan aktor Nicolas Tse pada tahun 2011.
Ujar sumber kepada media Hong Kong: "Sejak bercerai pada tahun 2011, Cecilia bersama dua orang anaknya, Lucas dan Quintus sering dilihat mengunjungi Thailand.

"Dia mula mendapatkan anak hantu pertamanya bagi tujuan untuk dirahmati dalam percintaannya dengan Nicolas. 

"Apabila rumah tangganya itu bergolak, dia pergi ke Thailand dan membawa pulang dua lagi anak hantu. Kini bagi tujuan untuk mendapatkan tuah selepas dia bercerai, Cecilia dipercayai sudah memiliki empat anak hantu yang ditempatkan dalam sebuah bilik khas di kediamannya."

Nota kaki : Artis kita pun rasanya ada mengamalkan amalan khurafat ni.....

PENGALAMAN SENDIRI DENGAN KOLAGEN

Aku terjebak dengan kolagen ni dah lama dalam tahun 2000. Aku dah makan yang jenis serbuk dan bukan yang kena masak tu. Bagi aku serbuk kolagen ni senang coz aku beli yang dah dicampurkan dengan vitamin c sekali. So dia akan mencerahkan kulit dan menegangkan kulit. Lagi satu dia akan memejalkan breast kita serta punggung.

So kepada sesape yang nak mencuba, cubalah GOGEN yang mana aku telah mengamal kan produk ni dah lama. Harga dia tak mahal, cuma RM60 sebotol.





Monday, March 11, 2013

KANAK-KANAK KAHWIN DENGAN NENEK


CAPE TOWN 11 Mac - Seorang murid lelaki berusia lapan tahun dari Afrika Selatan mengikat tali perkahwinan dengan seorang wanita warga emas berusia 61 tahun hanya kerana mengikut 'arahan' roh nenek moyang.

Kanak-kanak itu, Sanele Masilela dari bandar Tshwane berkahwin dengan Helen Shabangu, seorang ibu kepada lima orang anak dekat sini, semalam.

Masilela berkata, dia telah dimaklumkan oleh nenek moyang supaya berkahwin dan keluarganya yang bimbang akan dikenakan hukuman jika tidak mengikut 'arahan' itu, bertindak menguruskan perkahwinannya.

Mereka membayar sebanyak 500 pound (RM2,290) kepada pengantin perempuan manakala 1,000 pound (RM4,581) lagi untuk majlis perkahwinan itu yang diuruskan dalam tempoh dua bulan.

Dengan memakai tali leher bow dan sut berwarna perak, Masilela anak bongsu kepada lima beradik saling bertukar cincin dengan pasangannya di hadapan 100 tetamu yang hadir.

Perkahwinan itu nyata mengejutkan sesetengah masyarakat, namun keluarganya mempertahankan keputusan mereka dengan menyifatkannya sebagai satu ritual dan ia tidak terikat secara undang-undang kerana tidak didaftarkan.

Ibu Masilela, Patience, 46, berkata, perkahwinan itu pertama kali berlaku dalam kalangan keluarga mereka.

''Masilela, mengikut 'arahan' mendiang datuknya yang tidak pernah berkahwin supaya mengahwini perempuan itu. 

''Datuk Masilela memilih Helen kerana dia cintakannya dan dengan perkahwinan itu, kami telah menggembirakan nenek moyang kami dan sekiranya ia tidak dilaksanakan, maka nasib buruk akan menimpa kami,'' katanya.

Sementara itu, Masilela berharap akan berkahwin secara formal dengan wanita sebaya dengannya bila sudah dewasa. - AGENSI






Sanele Masilela yang berusia lapan tahun berkahwin dengan Helen Shabangu, 61, dekat Cape Town, Afrika Selatan kelmarin. - AGENSI                 

APA ITU BUAH MANJAKANI


 Gambar Hakmilik blog. Do not simply cut and paste.


Rasanya ramai yang mengetahui pasal herba ni. Ia selalunya digunakan oleh kaum wanita selepas bersalin.

Menurut kajian manjakani terbaik ialah yang dikenali sebagai Manjakani Mekah atau Manjakani Alleppo yang berasal dr daerah Alleppo di Syria. Ia terbentuk apabila daun pokok dikenali sebagai quercus infectoria (nama saintifik) dihingapi oleh sejenis spesies penyengat yang dikenali sebagai cynips tinctoria atau cynips gallaetinctoria. Kebekesanan manjakani ini telah lama terbukti terutama dalam merawat keputihan, sakit tekak, ulser dan masalah kulit.

Kajian menunjukkan bahawa manjakani adalah kayadengan tannin, asid tanik, anti-oksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C) kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat. Selain itu ia juga mengandungi unsure-unsur seperti astringen, anti microbial dan anti-radang.
Kandungan taninnya yang tinggi menyebabkan manjakani digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, terutama untuk penggunaan selepas bersalin bagi mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupon longgar akibat proses bersalin. Kajian membuktikan bahawaunsur astringen dalam manjakani dapat membantu mengencangkan otot dinding vagina dan mengembalikan keanjalan.
Rekod bertulis mengenai penggunaan manjakani untuk tujuan mengetatkan faraj dapat dikesan seawall kurun pertama Masehi apabila Soranus yang merupakan pakai perbidanan dan sakit puan Rome ketika itu menulis mengenai manajakani didalam bukunya Gynaecology. Ini meruakan satu satunya buku rujukan bidang ini yang digunakan sehingga kurun ke -16.

Kepada sesiapa yang berminat dengan buah manjakani sila hubungi saya di emel nisam867@gmail.com. Saya ada menjual dengan kuantiti yang kecil.

BLOG WALKING


 


Wah dah lama rasanya tak ber blog walking. Macam ada kerugian pulak, sebab dengan blog walking ni kita boleh belajar macam-macam. 

Jom la kita berblog walking. Aduh semangat mesti kuat ni.....

Tuesday, March 5, 2013

NI RUPANYA PENYANYI YANG BUNUH SUAMI DIA

 
Nouri pernah merangkul anugerah Artis Baru Wanita Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 1999.

PETALING JAYA: Seorang suspek iaitu penyanyi tahun 1990-an Nouri Ramli telah ditahan polis berhubung kematian suaminya yang dipercayai mati selepas bergelut dalam kejadian di kondominium Ampang Utama, dekat sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang mengesahkan perkara itu berkata, Nouri bersama dua anak saudaranya telah ditahan pada pagi Rabu dan di reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan.

"Kami menahan wanita itu di rumahnya pagi tadi (Rabu) dan tidak dapat dipastikan berapa lama dia akan di reman.

"Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

 
 Gambar kenangan Nouri bersama suaminya.

Akhbar pada Rabu melaporkan seorang penyanyi wanita telah memukul suaminya sehingga mati kerana tidak mahu suaminya itu bertemu dengan anak perempuan mereka yang berusia setahun.

Mangsa, Khairul Azmi Jaafar, 39, mati dipercayai selepas dibelasah dalam keadaan kaki dan tangan terikat.

Kejadian ini dipercayai terjadi sekitar pukul 5 petang Selasa apabila berlaku pertengkaran melibatkan mangsa dan isterinya berhubung perebutan anak.

Dalam kejadian, Nouri, 39, dipercayai sengaja mengikat tangan dan kaki suaminya dengan bantuan dua anak saudaranya sebelum mangsa pengsan dalam sebuah bilik dan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kerana pergelutan dan kekasaran.

Penyanyi wanita itu juga dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dengan mangsa sejak setahun lalu dan mereka juga dalam proses perceraian.

Nouri pernah popular dengan lagu Hadirmu Yang Terakhir dan turut memenangi anugerah Artis Baru Wanita Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1999.

PENYELESAIAN KEPADA RAMBUT GUGUR

Rata-rata ramai dikalangan kita mengalami masalah dengan rambut. Rambut adalah umpama mahkota kepada wanita dan juga lelaki. Syampu ini aku rekomenkan kat sesiapa yang sudi membaca blog ini kerana aku adalah salah seorang daripada yang mengalami masalah tersebut. Aku dah cuba banyak jenis syampu D'Herbs dan macam-macam jenis lagi.

Setiap hari bila bersikat mesti ada lebih kurang 20 helai rambut aku yang gugur, sikat dengan tangan pun gugur jugak apatah lagi dengan sikat.

Satu hari aku beli syampu ni harganya RM60 kat sebuah salon kat kampung aku. Masa mula-mula aku try syampu ni terus rambut aku tak gugur sehelai pun. Wah betul kata nyonya yang jual syampu tu. If dah pakai sekali mesti datang cari lagi.

Syampu ini didatangkan dengan Hair Tonic sekali. Katanya syampu ala-ala syarikat Yun Nam hair care tu. So sesiapa yang berminat sila hubungi Nisa 012 2586320. Aku dah cuba dan ini adalah testimoni aku yang benar. Syampu ni tahan 6 bulan. So untung kalau beli syampu ni coz ada Hair Tonic untuk menguatkan rambut sekali.

Kat bawah ni ada gambar syampu yang aku cakap ni.