KAGAT BANTU TANGANI KEJADIAN MISTERI DI LAHAD DATU!!!
LAHAD DATU - Pengamalan dan penggunaan ilmu hitam oleh pengganas
Sulu bukan cerita rekaan atau dakwaan semata-mata. Tetapi itulah antara
cabaran yang terpaksa dilalui oleh anggota keselamatan yang bertugas di
barisan hadapan 'Op Daulat'.
Meskipun tidak dapat diterima dalam kehidupan realiti, tetapi penggunaan
ilmu hitam oleh pengganas berkenaan termasuk menggunakan pelbagai
tangkal tidak boleh terus ditolak.
Ini dibuktikan apabila sebahagian besar mayat pengganas yang ditemui
memakai tangkal sama ada di diikat di pinggang ataupun di celah
kelangkang.
Walau bagaimanapun, dengan menaruh keyakinan kepada
Allah dan berjuang dengan ikhlas pasukan keselamatan tetap berjaya
menewaskan musuh-musuh berkenaan meskipun mereka (pengganas Sulu)
menggunakan ilmu syaitan.
Menuruh sumber, usaha gempur pengganas Sulu dalam 'Op Daulat' sebenarnya
amat mencabar memandangkan terdapat dalam kalangan mereka mengamalkan
kepercayaan karut itu.
"Pengganas seakan-akan kebal apabila pasukan keselamatan terpaksa
menembak bertalu-talu bagi menumbangkan mereka. Setakat sekali tembak
tidak akan membuatkan pengganas itu tewas," katanya.
Menurut sumber itu, usaha menjejaki pengganas berkenaan juga pada
mulanya agak buntu kerana pasukan keselamtan tidak dapat mengesan tempat
persembunyian musuh.
Dalam pada itu, katanya, pasukan keselamatan juga pernah dikejutkan
dengan kelibat dua pengganas Sulu berpakaian hitam dan putih mara ke
arah pasukan keselamatan yang melepaskan tembakan tetapi tidak mengenai
mereka.
"Apabila dilaungkan azan barulah kelibat itu hilang dan pasukan keselamatan dapat mara," katanya.
Sementara itu, seorang penduduk tempatan berbangsa Suluk yang hanya
ingin dikenali sebagi Pak Amril berkata, antara tangkal yang dipakai
pengganas Sulu tersebut dikenali 'al-Quran Istanbul' yang kononnya akan
membuatkan seseorang menjadi kebal.
Namun demikian, anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) sentiasa
menasihati anggota keselamatan untuk berhadapan dengan situasi itu.
Anggota keselamatan sentiasa dinasihatkan untuk memohon pertolongan
Allah sebelum memasuki kawasan operasi untuk memburu pengganas Sulu.
sumber dari sini.
No comments:
Post a Comment
nisa