NATURAL REMEDIES

ISLAMIC CALENDAR

Monday, March 11, 2013

APA ITU BUAH MANJAKANI


 Gambar Hakmilik blog. Do not simply cut and paste.


Rasanya ramai yang mengetahui pasal herba ni. Ia selalunya digunakan oleh kaum wanita selepas bersalin.

Menurut kajian manjakani terbaik ialah yang dikenali sebagai Manjakani Mekah atau Manjakani Alleppo yang berasal dr daerah Alleppo di Syria. Ia terbentuk apabila daun pokok dikenali sebagai quercus infectoria (nama saintifik) dihingapi oleh sejenis spesies penyengat yang dikenali sebagai cynips tinctoria atau cynips gallaetinctoria. Kebekesanan manjakani ini telah lama terbukti terutama dalam merawat keputihan, sakit tekak, ulser dan masalah kulit.

Kajian menunjukkan bahawa manjakani adalah kayadengan tannin, asid tanik, anti-oksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C) kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat. Selain itu ia juga mengandungi unsure-unsur seperti astringen, anti microbial dan anti-radang.
Kandungan taninnya yang tinggi menyebabkan manjakani digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, terutama untuk penggunaan selepas bersalin bagi mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupon longgar akibat proses bersalin. Kajian membuktikan bahawaunsur astringen dalam manjakani dapat membantu mengencangkan otot dinding vagina dan mengembalikan keanjalan.
Rekod bertulis mengenai penggunaan manjakani untuk tujuan mengetatkan faraj dapat dikesan seawall kurun pertama Masehi apabila Soranus yang merupakan pakai perbidanan dan sakit puan Rome ketika itu menulis mengenai manajakani didalam bukunya Gynaecology. Ini meruakan satu satunya buku rujukan bidang ini yang digunakan sehingga kurun ke -16.

Kepada sesiapa yang berminat dengan buah manjakani sila hubungi saya di emel nisam867@gmail.com. Saya ada menjual dengan kuantiti yang kecil.

No comments:

Post a Comment

nisa