Tujuan aku nak join give away ni kerana ofis aku ni sejuk yang amat, so bila dapat hadiah ni boleh la aku bertungku kat ofis yang sejuk beku ni. Boleh aku buat promosi kat kawan-kawan yang lain bila dah dapat hadiah percuma ni.
Syarat-syarat penyertaan ni seperti di bawah :
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
1. Daftar sebagai follower blog ini.
2. Buat satu entry berkenaan giveaway ni (WAJIB tapi ikut kreativiti korang la)
3. letakkan banner di entry dan di sidebar serta dilinkkan ke entry ini
4. Masukkan URL blog ini ke dalam bloglist you all
5. Dah siap semua, sila tinggalkan follower id dan URL entry you all kat kotak komen
Walaupun arini aku tak berapa sihat, tapi rasa nak join jugak contest.
Contest ni by Farawahida.com. Hadiah-hadiahnya lumayan jugak. So sesapa nak join contest ni masih ada masa lagi coz dateline dia 3 November 2010. Tak lama lagi tu.
Syarat-syarat penyertaannya :
1. Pertama sekali kena jadi follower di blog Lirik Lagu
2. Kena Subscribe Feedburner di blog Lirik Lagu ( ada di bahagian sidebar atau pop up, masukkan email dan klik subscribe)
3.Tulis post tentang contest ini di blog anda dengan syarat di numbor 4
4. Link ke blog lirik lagu dalam format seperti ini Lirik Lagu dan link ke post ini
5.Sertakan sekali email anda dalam entri untuk pengesahan dari pihak kami
Joinlah berapa banyak nak, korang boleh hantar seberapa banyak penyertaan yang korang nak dengan syarat blog berbeza (umur blog atas 5 bulan). Makin banyak penyertaan, makin tinggi peluang nak menang
Apa Hadiahnya?
Pemenang dipilih secara rawak (random) tak kisah blog korang traffik tinggi ke, follower ramai ke. Farah tak kisah semua tu. Farah akan pilih secara random guna software randomizer. Korang yang join contest ini akan mendapat nombor di mana nombor tu akan di masukkan ke dalam software tersebut dan dipilih secara rawak. Macam cabutan bertuah la.
Pemenang Pertama – Wang Tunai RM50 atau top up RM50 (maxis, celcom, digi)
Pemenang Kedua – Wang Tunai RM30 atau top up RM30 (maxis, celcom, digi)
Pemenang Ketiga – Wang Tunai RM20 atau top up RM20 (maxis, celcom, digi)
Pemenang Keempat – Wang Tunai RM10 atau top up RM10 (maxis, celcom, digi)
Pemenang Kelima – Wang Tunai RM5 atau top up RM5 (maxis, celcom, digi)
Wow! 5 Pemenang! Maknanya makin tinggi peluang untuk korang menang. Tunggu ape lagi? Masukla.
Tarikh Tutup
Tarikh tutup penyertaan adalah 3 November 2010. Contest ini berlansung selama 50 hari bermula 13 September 2010.
Kepada penyokong-penyokong yang suka bergaduh kat stadium tolong ambik perhatian yang anjing pengesan akan digunakan di pintu masuk staidum hari Sabtu ni. So tengoklah perlawanan tu dengan aman damai dan jangan emosi jika pasukan kegemaran anda kalah atau pun menang. Jadilah penonton yang berhemah kerana ada antara penyokong tu yang bawak anak-anak kecik dan wanita. Hormatilah mereka sebagai penyokong kepada industri sukan tempatan kita. Majulah sukan untuk negara. Ikuti berita selanjunya di bawah ni petikan dari Kosmo online.
PIHAK polis akan menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9) di semua pintu masuk Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memastikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Negeri Sembilan Sabtu ini berjalan lancar.
Langkah tersebut adalah wajar untuk memastikan penyokong kedua-dua pasukan tidak membawa masuk barang larangan seperti bahan letupan termasuk mercun dan bunga api serta senjata tajam yang dikhuatiri boleh mencetuskan pergaduhan.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Khalid Abu Bakar (gambar) berkata, selain khidmat anjing pengesan, penyokong kedua-dua pasukan juga perlu menjalani pemeriksaan badan sebelum memasuki stadium.
“Polis telah bersiap sedia sepenuhnya terhadap mereka yang mahu mengambil kesempatan untuk membuat kecoh pada perlawanan itu kelak.
“Jangan cuba menyeludup masuk barang-barang larangan seperti mercun, bunga api. Malah minuman di dalam botol pun kita tidak benarkan dijual di stadium,” katanya di Bukit Aman, semalam.
Menurut Khalid, sebagai langkah berjaga-jaga pihaknya turut melarang penjualan minuman di dalam botol sebaliknya minuman tersebut dijual menggunakan cawan plastik dan tanpa ais.
Jelas beliau, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang cuba dan didapati menyeludup barang larangan ke dalam stadium.
Selain PDRM, pihak berkuasa lain yang terlibat ialah Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).
Khalid juga berharap agar penyokong kedua-dua pasukan dapat datang awal ke stadium selain menggunakan kenderaan awam bagi mengelak kesesakan.
nota kaki : Aku tak dapat pegi coz aku penyokong tegar Kelantan manakala hubby pula penyokong tegar Negeri Sembilan. Aku nanti tonton tv kat rumah je.
Aritu aku dapat free give away detox foot patch. Seronok rasanya dapat sepasang dari Hazmanfadhil.com. Malam tu sebelum tidur aku pun pakai benda tu. Dalam masa lima minit selepas pakai urat-urat kaki aku terasa macam kena tarik-tarik. Pastu dalam setiap sejam aku mesti jaga. Tak tau nape. Effect disebabkan oleh foot patch tu kah ataupun memang toxin banyak dalam badan aku. Lepas bangun pagi aku pun buka, hitam je disebabkan toxic atau pun tindak balas lain. Aku pun tak tahu.
So sesapa yang nak kongsi pengalaman dengan aku bolehlah hantar komen. Betul aku sorang saje yang rasa begitu atau pun pengguna-pengguna lain pun rasa begitu.
Sedih bila baca cerita ni kerana ia melibatkan budak sekolah tahun enam yang meninggal selepas berzina di atas bumbung apartment di Petaling Jaya. Sedih sangat kerana aku pun ada anak baru lepas UPSR. Semoga cerita ini mengajak kita insaf dan didiklah anak-anak kita dengan baik dan tekan lah ugama dalam kehidupan sehari-harian. Ikuti berita selanjutnya dipetik dari Kosmo online.
ANAK panah menunjukkan arah seorang budak perempuan berusia 12 tahun terjatuh dari tingkat enam ketika cuba turun melalui dinding sebuah apartmen di Petaling Jaya kelmarin. Gambar kecil menunjukkan keadaan mangsa selepas terjatuh.
PETALING JAYA – Seorang gadis sunti berusia 12 tahun yang menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat enam Blok E dekat Apartmen Lestari di Damansara Damai di sini kelmarin dikatakan selalu berada di situ untuk melakukan perbuatan sumbang.
Perkara tersebut didedahkan oleh penduduk di situ yang sebelum ini sering melihat mangsa bersama beberapa remaja lelaki naik ke bumbung bangunan itu.
Menurut mereka, remaja perempuan berkenaan bukan penduduk di situ. Selain itu, dia juga sering dilihat terhendap-hendap setiap kali hendak ke bumbung bangunan tersebut.
Seorang penghuni yang enggan dikenali berkata, penduduk kemudian bersepakat untuk memasang perangkap bagi mengetahui aktiviti mereka.
“Alangkah terkejutnya kami apabila melihat mangsa sedang berasmara dengan tiga remaja lelaki di situ.
“Kami kemudian menyergah mereka menyebabkan mereka terkejut dan cuba melarikan diri. Ketika itulah mangsa cuba turun dengan memanjat dinding tetapi dia gagal lalu terjatuh ke tanah,” ceritanya ketika ditemui semalam.
Hu...hu... pagi-pagi arini masa dah sampai kat tol baru perasan kad touch n go tak de. Terpaksa berlakon buat muka kesian kat adik manis yang keja tol tu. Sorry ye dik, pagi-pagi akan dah buat hal. Tak sengaja betul.Mesti sumerketa-keta kat belakang aku maki aku cukup-cukup. Mudah-mudahan hari ni bukan hari yang malang buat ku. Insya allah
Ho..ho... ada tambang murah lagi dari Air Asia setiap hari Jumaat bermula dari jam 11pagi hingga 4 petang. Sumber dari The Star online. Ikuti berita selanjutnya dibawah.
KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd is introducing its “Fabulous Fly-Day”, which will enable customers to enjoy low-fare bargain deals every Friday to selected destinations.
Beginning today, customers would be treated to the bargain deals from 11pm to 4pm for the travel period from Nov 1 to 30 this year, the airline said in a statement yesterday.
“This is another of AirAsia’s creative marketing campaign to provide our guests with the best value for their money,” said its regional head of commercial, Kathleen Tan.
This week’s campaign offers fares as low as RM55 one-way travel to destinations like Phuket, Jakarta and Kuching, and those interested can go to the AirAsia website at www.airasia.com or www.mobile.airasia.com every Friday during the hours stated. – Bernama
Misteri kehilangan Rozaliya terungkai apa bila dia ditemui bekerja di kedai serbaneka di Bukit Bintang Kuala Lumpur. Ikuti cerita selanjutnya di bawah, petikan dari Kosmo online.
KUANTAN – Misteri kehilangan bakal pengantin yang dijangka berkahwin 12 November ini, Rozaliya Mat Lazim, 20, akhirnya terungkai apabila dia ditemui bekerja di sebuah kedai serbaneka di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur petang semalam.
Gadis itu bekerja di situ sejak dua hari lalu dan menyewa rumah bersama beberapa rakan berhampiran kawasan Bukit Bintang.
Sebaik sahaja polis Kuantan menerima maklumat awam mengenai kehadirannya di kedai itu, mereka menghantar beberapa orang anggota untuk menahan gadis itu dan membawanya pulang ke Kuantan malam tadi.
Rozaliya memberitahu Kosmo!: “Saya tidak mungkin bersama dia lagi (tunangnya, Mohd. Helmi Mohd. Noor). Saya ingin bina hidup baru, apa yang sudah berlaku biarlah berlalu.’’
Gadis yang berasal dari Kemaman, Terengganu itu kini mahu menenangkan fikiran dan tidak berhasrat memikirkan mengenai majlis perkahwinannya yang telah sedia diatur pada 12 November ini.
“Kalau diberi peluang jumpa tunang pun saya tidak mahu.
Hati saya sudah tertutup,’’ katanya.
Rozaliya mengakui perhubungannya dengan Mohd. Helmi begitu singkat dan terburu-buru.
“Saya hanya kenal dia kira-kira empat bulan dan terus bertunang sebelum merancang untuk berkahwin,’’ katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan malam tadi memberitahu, ketika ditemui, Rozaliya tidak lari sebaliknya bersetuju untuk dibawa pulang.
“Kes ini tiada unsur jenayah dan kepada kami, siasatan telah selesai,’’ ujarnya.
Ditanya kaitan dua khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima oleh Mohd. Helmi pada hari kehilangan Rozaliya yang berbunyi: ‘Ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’: beliau menjelaskan, ia mungkin rekaan gadis itu.
Katanya, Rozaliya sendiri mengaku menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur seorang diri pada hari kejadian.
Isnin lalu, akhbar melaporkan kehilangan Rozaliya semasa keluar membeli barang keperluan perkahwinan di Kuantan pada 13 Oktober.
Sementara itu, bapa mangsa, Mat Lazim Mat Ismail, 52, lega melihat anaknya selamat dan akan berbincang dengan keluarga bagi menentukan sama ada perkahwinan yang dirancang pada 12 November ini akan diteruskan.
Menurut Mat Lazim, Rozaliya mengenali Mohd. Helmi selama empat bulan sebelum mengikat tali pertunangan selama setahun.
“Bagaimanapun, selepas Rozaliya mengenali hati budi Helmi, dia sudah berubah sikap,’’ jelasnya.
Mat Lazim mendakwa, sikap Helmi yang pemarah, mengongkong dan sukar diajak ke mana-mana tidak disenangi oleh anaknya itu.
Arini aku nak join give away Jom Slim Ala Alinac Lover. Aku join kerana aku rasa aku perlukan barang-barang tu untuk menurunkan berat badan ku yang dah tepu walaupun dah lama aku aerobic dan jogging namun jarum kat penimbang masih tak bergerak-gerak hu...hu....Mudah-mudahan ada rezeki.
Khabarnya tiga artis Indonesia ni murtad kerana nak kawin. Ya allah apa nak jadi dengan dia orang. Baca cerita selanjutnya di bawah ni. Sumber dari harian Metro.
SEJAK beberapa bulan lalu, masyarakat Indonesia dikejutkan dengan tindakan beberapa selebriti negara itu menukar agama.Seorang daripada mereka ialah Pinkan Mambo.
Penyanyi lagu popular, Kekasih Yang Tak Dianggap ini untuk kali keduanya dilapor telah menukar agama dan disahkan ibunya sendiri, Deetje yang nyata kecewa.
Walaupun belum pernah melihat Pinkan pergi ke gereja, Deetje berkata, anaknya sudah mula belajar agama lain sejak April lalu.
Menurutnya, Pinkan yang nama penuhnya Pinkan Ratnasari Mambo banyak berubah sejak kebelakangan ini.
Bagaimanapun, keputusan Pinkan menukar agama tidak menyebabkan Deetje merasa kehilangan anak.
“Anak merupakan titipan Allah dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,” kata Deetje.
Walaupun belum pernah melihat Pinkan pergi ke gereja, Deetje berkata, anaknya sudah mula belajar agama lain sejak April lalu.
Menurutnya, Pinkan yang nama penuhnya Pinkan Ratnasari Mambo banyak berubah sejak kebelakangan ini.
Bagaimanapun, keputusan Pinkan menukar agama tidak menyebabkan Deetje merasa kehilangan anak.
“Anak merupakan titipan Allah dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,” kata Deetje.
Artis cantik yang juga pernah menjadi VJ MTV Rianti Rhiannon Cartwright juga dikatakan telah meninggalkan Islam dan berkahwin dengan kekasihnya, Cas.
Perkahwinan mereka berlangsung di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.
Rianti yang lebih dikenali dengan watak Aisha dalam filem agama, Ayat-Ayat Cinta, dikatakan sudah murtad sebelum berkahwin lagi, berdasarkan risalah yang dikeluarkan sebuah gereja di Jakarta Selatan.
Rianti - terkenal dengan filem Ayat-Ayat Cinta
Namun, ketika diminta mengesahkan perkembangan itu, pengurusnya, Adi, enggan berbuat demikian sebaliknya berkata, dia tidak tahu menahu mengenainya.
“Saya hanya berkomunikasi dengan dia mengenai kerja. Yang lain saya tidak tahu,” katanya.
Dia mencadangkan supaya pengesahan itu didapatkan daripada paderi di gereja yang mendedahkan perkahwinan Rianti dengan penyanyi yang nama lengkapnya Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan.
Bagaimanapun, pihak gereja juga enggan mengesahkannya.
Selebriti terbaru Indonesia yang didakwa meninggalkan Islam ialah Happy Salmah. Happy dikatakan memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan kekasihnya, Tjokorda Bagus yang keturunan raja.
Happy Salmah
Model dan juga pelakon filem yang dilahirkan di Sukabumi, Jawa Barat itu menjalani upacara pindah agama Hindu, dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani di Villa Ibah, Ubud, pada 29 September lalu.
Sudhi Wadani adalah upacara dalam Hindu sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas dan hati suci menyatakan menganut agama Hindu.
Upacara yang mengambil masa sehari itu adalah antara syarat yang harus dijalani bila seseorang ingin berkahwin mengikut adat Hindu.
Mereka melangsungkan perkahwinan beberapa hari kemudian di Puri Saren Kauh, Ubud dengan mengikut adat istiadat Hindu dan diikuti dengan majlis di Sukabumi Sabtu lalu.
Mengenai dia menukar agamanya, Happy menegaskan, dia tidak akan berbicara secara terbuka.
“Saya tidak akan bercakap mengenainya,” kata Happy.
Segala hal yang berhubungan dengan keyakinannya, dia berharap menjadi rahsia hubungan perkawinan yang baru mereka jalin.
Isu masyarakat Islam Indonesia, baik lelaki mahupun wanita berkahwin dengan pasangan mereka yang beragama lain adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana sebahagian orang yang mendakwa ulama di negara itu berkata ia dibolehkan.
Namun, apa yang dilakukan oleh Pinkan, Rianti dan Happy ialah mereka memeluk agama lain untuk mengikut agama suami masing-masing.
Berita yang menyayat hati. Seorang ibu membunuh 2 anaknya dengan pedang samurai. Ikuti cerita selanjutnya di bawah. Petikan dari Harian Metro.
FAIRFIELD (California): Seorang ibu muda akan didakwa atas tuduhan membunuh selepas dia menetak hingga mati dua anak perempuan kembarnya berusia tiga tahun dengan pedang samurai.
Penyiasat yang mendedahkan butir pembunuhan dan cubaan membunuh diri itu berkata, Monica McCarrick membunuh kanak-kanak berkenaan dan kemudian meletakkan mayat mereka pada pintu utama bagi menghalang penyelamat masuk.
Monica - ibu yang didakwa membunuh 2 anaknya
Anggota bomba menemui mayat kedua-dua mangsa, Lily dan Tory selepas menerima panggilan mengenai kebakaran sebuah rumah pangsa tempat keluarga itu menginap.
Menurut penyiasat, kepala seorang kanak-kanak itu hampir putus sementara seorang lagi mempunyai beberapa kesan tikaman di perut.
Monica kemudian membakar rumah pangsa yang didiaminya dan menempatkan mayat itu di di pintu masuk sebelum cuba membunuh diri.
Beberapa jiran cuba memasuki rumah berkenaan selepas melihat asap keluar dari pintu depan dan penggera amaran asap berbunyi.
Seorang daripada mereka, Andre Douglas berjaya memasuki rumah di tingkat tiga itu menerusi tingkap dan melihat senjata yang digunakan untuk membunuh itu dilantai.
Polis belum dapat memastikan motif pembunuhan itu dan kini berusaha menjejaki bapa kanak-kanak kembar berkenaan, Michael Ball, 38.
Laporan polis menunjukkan Monica pernah ditangkap sebelum ini kerana kesalahan dadah.
Dia juga pernah ditangkap kerana satu kes keganasan rumah tangga di San Diego.
Satu laporan mendakwa wanita itu menelefon tunangnya ketika penggera amaran berbunyi.
Tunangnya dikatakan menelefon ibunya dan memberitahu Monica sudah ‘hilang akal.’ Jurucakap polis, berkata, pihaknya tidak mempunyai bukti menunjukkan ada orang lain terbabit dalam pembunuhan berkenaan. — Agensi
Wanita berusia 28 tahun itu ditemui berhampiran mayat kedua-dua kembar itu dengan kesan luka pada lehernya.
Dia akan menghadapi tuduhan membunuh apabila keluar dari hospital.
Sebuah pusat pelangsingan di Melaka di arah membayar ganti rugi kepada pelanggan kerana gagal melangsingkan badan pelanggan. Baca cerita selanjutnya dibawah:
MELAKA - Sebuah pusat rawatan kecantikan di sini diarah membayar ganti rugi dengan memberikan 23 kali rawatan kecantikan kepada seorang pelanggannya kerana gagal mendapat bentuk badan sebagaimana yang dijanjikan.
Ganti rugi tersebut termasuk 10 kali rawatan membalut, 10 kali rawatan badan menggunakan mesin dan tiga kali rawatan muka secara percuma ke atas Ong Bing Hong, 46.
Presiden Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), Datuk A. Mutalib Mohd. Razak berkata, keputusan itu dimaklumkan oleh TTPM kepada dua wakil Marie France Bodyline Sdn. Bhd. yang menawarkan pakej berkenaan.
Sementara itu, Bing Hong yang merupakan pengarah urusan sebuah syarikat tayar di sini berkata, pada mulanya dia dikehendaki membayar sebanyak RM11,600 untuk dua pakej rawatan menguruskan badan dengan setiap satu pakej berharga RM5,800.
"Semasa perbincangan, pusat rawatan kecantikan itu memberi jaminan bahawa berat badan yang mencecah 71 kilogram akan dapat diturunkan kepada 60 kilogram jika mengambil pakej berkenaan,'' katanya kepada pemberita semalam.
Menurutnya, selepas membayar RM5,800 untuk pakej pertama pada 18 Mac lalu, dia memulakan rawatan sesi pertama pada hari yang sama.
"Bagaimanapun, belum selesai rawatan pakej pertama, saya ditawarkan pula pakej ketiga dan perlu menambah RM4,130 lagi jika mahu menurunkan berat badan kepada 55 kilogram,'' katanya.
Ada sesiapa interested nak kerja kat Middle East. Sila la jengok kat bawah ni. How I wish I can work there. Lots of money sis & bro.
The next interview will be for the following companies. 1. IBN ZAHR – 27th & 28th October, 2010.
Location: J W MARRIOT HOTEL, KUALA LUMPUR.
2. TASNEE PETROCHEMICAL (Saudi Arabia)
Date: 2nd and 3rd November, 2010
Venue have been changed to MANDARIN ORIENTAL HOTEL, KUALA LUMPUR.
Date: 4th November, 2010
Venue will be AWANA KIJAL HOTEL, TRENGGANU.
All together 8 positions.
1. Operations Shift Supervisor
2. Operator
3. Process Engineer
4. Engineer (Mech’l/Elect’ l/Inst./Rotating )
5. Production Engineer
6. Inspection Engineer
7. Operations Specialist
8. Planner (Mechanical/ Instrument) engineers only for projects
Please call Ms Izzati or Mr Zulamryn at for confirmation on your attendance or email to izzati.thinkplus@ gmail.com or zulamryn.thinkplus@ gmail.com for your enquiries.
Walk ins are welcome but your turn will much delayed plus we need to review your resume before you can enter and this can be very time consuming for us and also interviewers. So, please send your resume if you have not done so.
Please take note that this is a new plant and chances are higher once you are suitable.
Please check your requirement in the website before you come for walk-in interview.
Please inform your friends if you are not free to come and at least they are given an opportunity to come.
–
Dr Norsaidatul Akmar Mazelan
Think Plus Consulting Sdn Bhd
54-1-1, Medan Putra Business Centre
52200 Kuala Lumpur
Tel: +60362804984-85
Fax: +603-62804960
Emel sent by my ex-boss. Sesape yang berminat boleh hantar cv kat address below :
I am writing to you to seek your assistance if you have any candidate who would like to undertake a challenge in this job as Senior Project Manager to be based in Indonesia. If you have any candidate kindly ask them to sent in their resume or CV's to me directly or for further info to get in contact with me via my mail or my official office mail as follows :
Melihat perempuan-perempuan menjerit terkinja semasa konsert Black Eye Peace atau XPDC adalah sesuatu yang tidak pelik.
Muziknya menyebabkan kita terasa nak melompat dan menggerakkan kepala.
Namun, bagaimana pula andai kita melihat perempuan-perempuan bertudung terjerit-jerit semasa konsert nasyid Maher Zain?
Rasanya tiada pun lagu Maher Zain yang rancak seperti lagu-lagu XPDC atau Soutul Harakah?
Sukar untuk mempercayai apa yang berlaku, namun itulah yang terjadi semasa konsert Maher Zain di Gombak baru-baru ini.
Dimanakah malu seorang muslimah?
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Sifat malu merupakan salah satu cabang daripada cabang-cabang Iman" - Riwayat Bukhari dan Muslim
Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Asal iman ialah telanjang (tiada pakaian). Pakaiannya ialah takwa dan perhiasannya ialah malu."
Mengapa kita tidak menangis mendengar lagu yang menyentuh emosi?
Sedangkan ia lebih baik andai lagu-lagu Maher Zain mampu menginsafkan diri.
Adakah dengan mendengar lagu Maher Zain, iman kita bertambah dan taqwa semakn utuh? Atau kita hanya leka dengan muziknya?
Wahai muslimah,
Peliharalah akhlakmu. Jangan terlalu 'excited' dengan artis yang disayangi sehingga melupakan akhlak.
Para sahabat nabi pernah bertanya: "Siapakah orang yang paling dicintai oleh Allah?" Rasulullah SAW menjawab: "Orang yang paling baik akhlaknya." - Riwayat al-Thabarani
Sebahagian pembaca silap faham dengan berita yang dibawa. Teguran yang kami ingin tekankan adalah muslimat yang menjerit-jerit ketika konsert.
Ayat "melihat perempuan-perempuan menjerit terkinja sambil melompat-lompat semasa konsert Black Eye Peace atau XPDC adalah sesuatu yang tidak pelik" adalah ayat pendahuluan.
Penekanan berita ini adalah "bagaimana pula andai kita melihat perempuan-perempuan bertudung terjerit-jerit semasa konsert nasyid Maher Zain?" sepertimana tajuk berita "apabila muslimah terjerit-jerit semasa konsert Maher Zain."
Namun bagi mengelakkan salah faham akan datang, ayat pendahuluan disunting menjadi "melihat perempuan-perempuan menjerit terkinja semasa konsert Black Eye Peace atau XPDC adalah sesuatu yang tidak pelik."
Kami mencadangkan agar untuk konsert-konsert Islam seperti ini, para penganjur atau artis itu sendiri perlu mengingatkan penonton agar menjaga akhlak.
Moga-moga konsert seumpama itu mampu melahirkan keinsafan di kalangan penonton dan bukan sekadar menjadi medan melepaskan rindu kepada artis.- Editor
P/S : Hu...hu...Entah apa-apa la dia orang ni. Kalau minat pun jagalah tingkah laku sebagai muslimat.
Lama rasanya tak join give away ni. Rasa frust bila tak menang. Teruk kan aku ni. Tapi arini rasa tu dah tak de, n nak join lak give away ni.
Jomlah join sama-sama. Hu..hu... the more the merrier.... lagi kurang peluang aku nak menang kan....
Syarat-syarat Penyertaan...
Anda adalah seorang blogger (means kena ada blog sendiri naa)
Menetap di Malaysia, x kisah la kt Semenanjung, Sabah n Sarawak
Pastu, Copy Paste jer entry nie, letak kt entri korg, wajib buat entry secara Sticky POst kt blog masing2.. (Toturial camna nk buat sticky post leh study ktSINI)..
sorg leh join satu entry ja taaaaauu..
LEpas siap jer entri korg, korg komen jer entry nie, pastu jgn lupa letak link entry tu skali ek..
Akhir skali.. jgn lupa jadik follower mummy..
Tarikh tutup Lucky draw nie 23 Oct 2010(nie tarikh utk sticky korg ek), nnt lepas tarikh nie, korg leh buang dah date tu
Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...
Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi??
Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa @ mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya ini)
Contohnya saya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:
"alaa...itu soalan mudah jee..bila datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang mereka belajar sejak mula-mula'bergelar wanita' dulu"
Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...
Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.
Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.
Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.
"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH : 1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solatZohor juga perlu diqadha sama?- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnyasudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama :-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.
Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!
Salam semua. Arini aku nak citer sikit pasal Jamu Ratu Dara berdasarkan pengalaman aku sendiri. Jumpa jamu ni pun secara tak sengaja masa tengah buat blogwalking. Agak lama juga aku baca testimoni semua orang. Pastu baru rasa nak try. Reason why aku nak try ialah coz period aku ni kekadang tak betul time dia. Tak pernah miss tapi date dia memang tak tepat. Pastu bila dah period pulak, sampai 9 (sembilan) hari pun ada. Yang buat tensen tu darah memang kuar tapi macam stain je. Dah lah waktu period panjang, senggugut lagi. Sengugut tu lah yang buat aku tak tahan sangat. So bila dah baca testimoni, aku pun try.
Cara nak makan kena makan 2 biji 2 kali sehari. Aku pun try la ikut cara-cara ni. First makan ngan perut kosong. Hu..hu... pedih perut la. So moral of the story nak makan jamu ni kena lepas makan. So aku pun try la mengikut caranya. Memula makan tu banyak je angin yang kuar dan sakit sendi pun kurang sikit. Aku makan 2 biji 2 kali sehari ni dalam 2 minggu, pastu aku rasa cam breast aku keras sikit. Mengikut testimoni tu cakap jamu ni akan memejalkan dan besarkan breast. So aku tak nak la besarkan breast pulak. Cukup la dengan size breast aku ni. Hu...hu... nanti tak larat nak bawak lak.
Pastu aku continue makan 2 biji sekali sehari je. Bila makan je, angin yang ada dalam badan mesti kuar. Dan yang paling penting, jamu ni juga melawaskan pembuangan air besar. So sesape yang ada masalah pembuangan air besar, boleh try ni. Aku rekomen habis-habisan, coz aku dah try. Banyak lagi khasiat jamu ni, masalah keputihan yang aku alami juga makin kurang. Period pain/sengugut pun dah makin kurang. So sesapa yang berminat nak beli, sila emel kat aku. Dan yang penting sekali masa bulan puasa aritu, aku period 7 hari je. Alhamdulillah. Darah yang kuar ari pertama dan kedua tu agak banyak, berketul-ketul. Pastu hari ketiga ok sikit. Darah ada kuar tapi tak banyak macam hari pertama dan kedua.
Ini testimoni dari aku sendiri ya. Sekarang aku akan continue makan jamu ni coz aku dah rasa perubahannya. Sebotol RM15 je. Dalam tu ada 40 biji. Worth buying la. Kalau sesiapa berminat boleh emel kat aku : nisam867@gmail.com.
Antara khasiat Jamu Ratu Dara :
• Sgt berkesan utk merapatkan serta memantapkan lagi vagina. Kompemketat dan padat dan panas je kat dalam tu.. Grip akan jadik luar biasa!!..Mcm anak dara balik tau!
• Sgt berkesan memulihkan masalah keputihan, kegatalan dan bau2 yangkurang enak di vagina..
• Mengawal lendir dan lelehan vagina..
• Menambahkan tenaga dan melancarkan perjalanan darah.
• Merawat keletihan dan tidak bermaya. (Letih2 badan tu elok la makan..)
• Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
• Boleh mencegah barah payudara dan rahim.
• Memulih otot dalaman faraj. (Sgt sesuai untuk wanita lepas bersalin)
• Awet muda. Boleh menghaluskan dan mencantikkan kulit (Muke jadi merah2 berseri)
Kerosakan dikesan pada komponen 'clock spring' 15,911 unit keluaran 2004 hingga 2008
SATRIA NEO
GEN 2
KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (PROTON) memanggil semula kereta Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan di antara 2004 hingga 2008 disebabkan kerosakan pada komponen 'clock spring' yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan.
Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata komponen terbabit menyambungkan beberapa suis dan beg udara kepada peralatan seperti radio, hon dan kawalan ‘cruise’.
Katanya, ujian rutin mengenal pasti kerosakan pada ‘clock spring’ menyebabkan bunyi geseran dalam stereng, hon berbunyi atau lampu kereta terpasang sendiri, kerosakan suis kawalan audio dan dalam kes lebih serius boleh menyebabkan pelepasan beg udara di bahagian pemandu.
Beliau berkata, panggilan sukarela itu adalah sebahagian daripada program jaminan kualiti global Proton membabitkan 15,911 unit atau dua peratus daripada 660,000 unit kereta yang dikeluarkan dan dijual dalam tempoh berkenaan.
“Meskipun bilangannya kecil, keselamatan pelanggan kami sangat penting dan kami memohon maaf berikutan masalah itu.
“Kami berharap pelanggan memahami bahawa panggilan semula ini perlu untuk memastikan keyakinan berterusan terhadap keselamatan dan prestasi kenderaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Pemilik kenderaan yang terbabit boleh menghubungi mana-mana pusat servis Proton yang sah untuk membuat temu janji bagi mendapatkan pemeriksaan percuma.
Semua kos buruh dan peralatan yang berkaitan penggantian ‘clock spring’ akan disediakan tanpa caj di pusat sah Proton di seluruh negara.
Proton akan menghantar surat kepada pelanggan yang terbabit untuk memaklumkan mereka mengenai perkara itu.
Pada masa sama, Proton membuka laman web khusus, www.protonaftersales.com untuk membantu pelanggan menyemak tahun pengeluaran kenderaan masing-masing.
Ya allah apa nak jadi dengan dunia sekarang. Selalu bila baca wanita je kena rogol, tapi arini ni lelaki pulak kena rogol oleh tiga wanita bergilir-gilir pulak tu. Astaghafirullahalazim.....Baca kisah selanjutnya di bawah petikan dari Kosmo online.
HARARE - Seorang lelaki Zimbabwe mendakwa sekumpulan tiga wanita menculik, memberinya dadah sebelum merogolnya dalam kejadian serangan seks ke atas lelaki yang berlaku buat kali kelima dalam tempoh setahun, kata seorang jurucakap polis semalam.
Lelaki berumur 26 tahun itu memberitahu polis dia ditawarkan untuk menumpang kenderaan yang dinaiki wanita berkenaan di bandar Bulawayo selatan Zimbabwe.
Namun, lelaki itu kemudian tidak sedarkan diri apabila tubuhnya ditolak ke belakang manakala kepalanya ditutup dengan pakaian semasa berada di dalam kenderaan tersebut.
Dia mendakwa tidak sedarkan diri selepas diberikan sejenis bahan yang rasanya seperti alkohol.
"Selepas dia terjaga, lelaki itu berada dalam keadaan bogel dan wanita-wanita itu merogolnya bergilir-gilir dan menderanya," kata jurucakap polis itu, Wayne Bvudzijena.
Lelaki itu memberitahu polis, dia tidak sedarkan diri selepas serangan itu tetapi kumpulan wanita tersebut kemudian bertindak meninggalkannya.
"Wanita-wanita itu mengambil wang sebanyak AS$300 (RM929.25) dan telefon bimbit," kata jurucakap polis tersebut.
Kejadian yang berlaku pada Jumaat itu merupakan serangan kali yang kelima dilaporkan pernah berlaku di beberapa tempat di negara ini melibatkan sekumpulan wanita pelbagai saiz badan.
"Ia mungkin satu kumpulan atau lebih yang melakukan kejadian itu. Dalam semua kes, si mangsa tidak sedarkan diri dan mereka diberikan dadah supaya berasa pening," kata jurucakap tersebut.
Serangan seks yang dilakukan oleh sekumpulan wanita ke atas seorang lelaki dilaporkan buat kali pertama pada November tahun lalu.
Menurut akhbar Herald, dalam serangan itu, tiga wanita menculik seorang lelaki berumur 18 tahun.
Pada Februari lalu, empat wanita memaksa seorang lelaki berumur 25 tahun untuk melakukan hubungan seks dengan mereka.
Bulan lalu, seorang lelaki berumur 44 tahun yang dipaksa memakai kondom menjadi mangsa rogol dua wanita.
Seramai tiga wanita turut merogol seorang lelaki berumur 30 tahun yang telah diberikan dadah.
Berdasarkan undang-undang Zimbabwe, dakwaan merogol hanya dikenakan terhadap lelaki.