NATURAL REMEDIES

ISLAMIC CALENDAR

Wednesday, October 27, 2010

FINAL PIALA FA - KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN


Team Kelantan ku....

Team hubby ku......
 Gambar Credit to Google

Kepada penyokong-penyokong yang suka bergaduh kat stadium tolong ambik perhatian yang anjing pengesan akan digunakan di pintu masuk staidum hari Sabtu ni. So tengoklah perlawanan tu dengan aman damai dan jangan emosi jika pasukan kegemaran anda kalah atau pun menang. Jadilah penonton yang berhemah kerana ada antara penyokong tu yang bawak anak-anak kecik dan wanita. Hormatilah mereka sebagai penyokong kepada industri sukan tempatan kita. Majulah sukan untuk negara. Ikuti berita selanjunya di bawah ni petikan dari Kosmo online.

PIHAK polis akan menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9) di semua pintu masuk Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memastikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Negeri Sembilan Sabtu ini berjalan lancar.

Langkah tersebut adalah wajar untuk memastikan penyokong kedua-dua pasukan tidak membawa masuk barang larangan seperti bahan letupan termasuk mercun dan bunga api serta senjata tajam yang dikhuatiri boleh mencetuskan pergaduhan. 

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Khalid Abu Bakar (gambar) berkata, selain khidmat anjing pengesan, penyokong kedua-dua pasukan juga perlu menjalani pemeriksaan badan sebelum memasuki stadium.

“Polis telah bersiap sedia sepenuhnya terhadap mereka yang mahu mengambil kesempatan untuk membuat kecoh pada perlawanan itu kelak.

“Jangan cuba menyeludup masuk barang-barang larangan seperti mercun, bunga api. Malah minuman di dalam botol pun kita tidak benarkan dijual di stadium,” katanya di Bukit Aman, semalam.

Menurut Khalid, sebagai langkah berjaga-jaga pihaknya turut melarang penjualan minuman di dalam botol sebaliknya minuman tersebut dijual menggunakan cawan plastik dan tanpa ais.

Jelas beliau, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang cuba dan didapati menyeludup barang larangan ke dalam stadium.

Selain PDRM, pihak berkuasa lain yang terlibat ialah Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

Khalid juga berharap agar penyokong kedua-dua pasukan dapat datang awal ke stadium selain menggunakan kenderaan awam bagi mengelak kesesakan.

nota kaki : Aku tak dapat pegi coz aku penyokong tegar Kelantan manakala hubby pula penyokong tegar Negeri Sembilan. Aku nanti tonton tv kat rumah je.

No comments:

Post a Comment

nisa