Salam arini aku nak buat promosi berapi colagen mentah. So sesapa berminat boleh hubungi Nisa 012 258 6320. 100gm RM5.00 sahaja.
Blog ini adalah perjalanan kehidupan ku dalam mengejar cita-cita mencapai berat badan idaman.....
ISLAMIC CALENDAR
Tuesday, April 30, 2013
Monday, April 29, 2013
TESTIMONI JUS DELIMA TERBARU
Salam semua. Semalam aku dah share pasal Bio Oil. Arini aku nak share testimoni Jus Delima Gulsan yang terbaru oleh hubby sendiri.
Aritu hubby pegi buat full medical check up dekat Pusrawi Jalan Tun Razak. So sampai part yang ECG tu doktor suruh dia berlari atas treadmill. So lepas tu doktor suruh dia berhenti. Doktor cek tengok report tu dan suspect hubby ada masalah jantung tersumbat.
Aduh hubby aku pun panik dan disuruh datang follow up lepas seminggu. Dia balik dan citer kat aku dengan panik dan suspen.
So start malam tu aku bagi dia minum 2 sudu besar Jus Delima Gulsan. Pastu setiap hari dua kali sehari aku bagi dia minum Jus Delima Gulsan. Menjerit-jerit tiap-tiap kali minum coz hubby jenis yang tak tahan dengan masam. Aku minum ok je.
Then sampai hari untuk follow up kat hospital Pusrawi. Kali ni doktor pakar cardiac sendiri yang buat test. Kena lagi berlari atas treadmill.
Lepas tu kuar report yang mengatakan jantung hubby aku sihat walafiat. Dia pun pelik dan tanya apa yang hubby aku makan atau buat. He..hee. hubby aku cakap dia pergi exercise je. Doktor suspect maybe dia misreading report tu kot.
Tapi dia dah siap confirm aritu. Siap dia nak refer hubby pegi check up kat IJN lak.
Alhamdullillah syukur my dear hubby selamat dari sebarang penyakit jantung. Mungkin berkat Jus Delima tu. Aku pun tak tahu. Doktor pun pelik.
Ini adalah testimoni aku sendiri dan aku nak share kepada pembaca yang sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni.
Mulai daripada haritu, hubby aku mengamalkan minuman Jus Delima ini dua kali sehari setiap hari. Ada satu hari stok aku dah abis aku bagi je dia minum honey je. Dia tanya kenapa tak de Jus Delima, aku cakap dah abis. So dia bagi duit kat aku suh aku pegi beli. Aku tanya nape, dia cakap minum Jus Delima tu buat sistem penghadaman dia lancar.
So sesapa nak beli boleh beli ngan aku ye. Aku boleh dapatkan dengan harga RM14 sebotol. Kalau berminat hubungi Nisa 012 258 6320. Email, sms dan watsapp pun bole.
Labels:
Jus Delima
Sunday, April 28, 2013
PETUA MENGHILANGKAN JERAWAT IALAH DENGAN GUNA BIO OIL
Salam semua. Sapa antara blogger semua yang mengalami masalah jerawat. Aku adalah antara yang pernah mengalami jerawat. Tapi jerawat aku tak banyak cuma dia akan keluar bila time nak period je. Itu pun satu atau dua.
Aku mula dikenalkan dengan Bio Oil masa aku terbeli benda ni kat Guardian Pharmacy. Mula-mula aku gunakan Bio Oil ni untuk hilangkan parut kat tepi pipi coz aku dah geram dengan jerawat aku.
Pastu bila aku baca kat mana tah, Bio Oil ni boleh digunakan sebagai moisturiser pun. Maka aku pun gunakan ia sebagai moisturiser. Selepas meletakkan toner, maka aku letak kan Bio Oil sebagai moisturiser dan lepas tu aku pun pakai sun block.
Selepas aku menggunakan Bio Oil ni, muka aku tak pernah naik jerawat sampai sekarang. Malah kulit muka aku bertambah licin. Bukan la nak puji tapi memang satu jerawat pun tak singgah walaupun waktu period.
So aku bertambah yakin dan aku adalah penggunak tegar Bio Oil ni. Aku pun turut syorkan pada anak-anak dara aku. Biasalah muka budak remaja kan berminyak dan macam tu cepatlah jerawat membiak.
Insya allah muka anak-anak dara aku pun dah tak de jerawat. Alhamdullilallah.Memang mujarab sungguh Bio Oil. Murah lak tu.
Ada satu hari, waktu ke surau aku nampak seorang budak remaja ni, muka dia penoh ngan jerawat. So aku pun cakap kat dia, dik cubalah Bio Oil, insya allah mujarab. Aku harap dia tak ambik hati coz tujuan aku baik. Bukan nak menghina pun.
Lepas seminggu tak jumpa dia, then satu hari aku terjumpa dia, muka dia jerawat baru dah tak de, cuma parut jerawat yang lama je ada. Dia ucapkan terima kasih kat aku kerana mengesyorkan dengan Bio Oil ni. Aku pun tumpang gembira sekali. Ye lah berkongsi ilmu apa salahnya kan.
Itu sahaja review aku pasal Bio Oil ni. So bagi anda yang mempunyai masalah jerawat, bolehlah mencubanya. Mungkin produk ni serasi dengan aku. Dan yang penting ia taklah mahal sangat. Aku selalu beli botol kecil tu tahan sampai 3 bulan. Itupun share dengan anak dara aku.
Labels:
Petua
Thursday, April 25, 2013
REVIEW JUS DELIMA GULSAN
Arini aku nak share pasal Jus Delima Gulsan oleh kak Long aku sendiri. Semalam dia dengan gembiranya call aku untuk mengorder Jus Delima sebanyak 10 botol. Dia dah rekomen kat kawan-kawan dia dan ada yang penyakit darah tinggi dah turun.
Dan aku telah berjaya mendapatkan jus delima tersebut dengan harga RM14 sebotol.
Sesapa yang berminat boleh order sekali ye.
Sila hubungi Nisa di 012 258 6320, sms & watsapp pun bole....

WORDLESS THURSDAY
Sebenarnya aku ada banyak review produk untuk di share. Tapi memandangkan kebelakangan keja macam ada je tak putus... Tapi bila aku ada masa idea lak takde...bila aku sibuk ni la macam-macam idea keluar.
Hu...hu...Takpe maybe esok aku nak letak review pasal Bio Oil tu.
Hu...hu...Takpe maybe esok aku nak letak review pasal Bio Oil tu.
Tuesday, April 23, 2013
GOGEN
Rasa macam dah lama tak update pasal Gogen ni....Ok la arini aku nak update testimoni pasal Gogen ni oleh kakak dan mak aku sendiri.
Aritu aku balik kampung. Perasan muka mak aku smooth dan dah kurang dia punya fine lines. Aku tanya dia mak makan ari-ari ke benda GOGEN tu, jawab mak aku ye lah. Habis tu benda dah ada. Makan je lah.
Lgipun muka dia dah moist dan tak kering lagi. So lepas ni aku kena order dan bawak balik kat mak aku pulak. Tapi mak bayar la sikit. Aku tolong beli je ke...He..he...mak aku memang dah tau aku akan tanya soalan macam tu. Dia terus beli 3 botol dan bayar RM200 kat aku. Keep the change katanya.
Aku gembira sangat dan mak aku cakap semua kawan-kawan dia dah notice perubahan kat muka dia. So sekarang mak aku happy sangat dan sakit lutut pun dah kurang. Untuk pengetahuan semua mak aku berumur 65 tahun dan masih boleh drive ke sana sini dengan kereta manual kau......
So sesapa nak order boleh hubungi aku Nisa 012 258 6320. Sekiranya aku tak sempat angkat phone, sila sms je.
Labels:
Pure Collagen Dust/GOGEN
Wednesday, April 17, 2013
PENAWAR KEPADA RESDUNG
Rasa macam dah lama tak update blog, asyik sibuk blog walking je....Arini ni aku nak share testimoni hubby aku sendiri dengan habbatus sauda. Hubby aku ni memang ada resdung yang sangat teruk. Kalau salah makan sampai boleh jadi demam disebabkan resdung ni.
Minggu lepas dia terlebih makan segala seafood dan kangkung belacan. So apa lagi, terus terbersin-bersin sampai keluar airmata dan dengan sekejap tu dia rasa macam nak demam.
So kalau sesape nak tahu, penangan resdung ni adalah sangat tension kalau tersalah makan. So balik dari restoran, aku terus bagi hubby aku makan 2 biji pil habbatus sauda yang memang aku sentiasa simpan kat rumah. Lepas je makan habbatus sauda dua biji langsung selsema dan sejuk-sejuk badan hilang. Macam kena buang dia cakap. Alhamdullilah habbatus sauda ni sangat berkesan untuk mengubati resdung atau pun asma.
Aku dan anak-anak memang dah lama amalkan makan habbatus sauda ni. Yang paling aku perasan sekali, bila makan habbatus sauda ni, dia akan bagi kita tenaga. Dan yang paling penting sekali dia dapat mengubati resdung yang dialami oleh semua anak-anak aku.
Inilah jenis habbatus sauda yang aku dan keluarga makan. Nama dia BARAKA kotak hijau. Aku beli kat kedai kat rumah. Sekotak hanya RM12.00. Kalau nak kirim bagitau aku ye...email pun boleh @ nisam867@gmail.com.

Tuesday, April 16, 2013
5 JENIS BUAH-BUAHAN UNTUK KULIT BERSERI
Artikel kali ini dipetik dari sebuah laman The Times Of India
mengenai 5 jenis buah-buahan yang berkhasiat yang mampu memberikan
kesan positif pada tahap kesihatan anda. Yang paling menarik untuk kaum
wanita, dengan pengambilan buah-buahan ini juga mampu membuatkan kulit anda lebih cantik dan berseri. Antara buah-buahan yang dimaksudkan ialah:
1. Pisang
Kelebihan pisang adalah mudah diperolehi di negara kita. Namun pasti ada yang masih tidak tahu akan khasiat pisang. Buah pisang mempunyai khasiatnya yang tersendiri di mana ia membunyai sumber zat besi, magnesium dan kalium yang menjadikan tubuh menjadi lebih sihat. Selain itu, buah pisang juga boleh mengurungkan masalah senggugut. Selain rasanya yang sedap, pisang kaya dengan vitamin A, B and E. Oleh yang demikian, buah pisang akan menjadi anti penuaan yang membolehkan kulit anda menjadi lebih halus dan berseri.
2. Lemon
Jus Lemon merupakan ramuan penting yang digunakan dalam kebanyakan resipi di India. Namun, Lemon juga boleh diperolehi di kedai yang berhampran di negara kita. Khasiat Lemon adalah ia mengandungi Vitamin C yang berfungsi menjaga kulit anda untuk menjadi lebih cantik. Selain itu, anda boleh mengambil segelas air dicampur dengan madu dan sedikit jus limau pada setiap pagi kerana ia boleh membersihkan kulit. Oleh yang demikian kulit akan menjadi lebih segar dan sihat.
3. Oren
Seperti yang kita ketahui, buah oren juga kaya dengan vitamin C kerana kemampuannya untuk memulihkan tekstur kulit manusia. Cara-cara nya adalah dengan menggosokkan bahagian dalam oren pada kulit anda untuk menyuburkan kulit anda. Selain itu, oren juga boleh dikeringkan menjadi tepung dimana ia boleh digunakan sebagai penyuci semulajadi. Di samping itu, oren juga memulihkan masalah kulit yang ketara.
4. Betik
Kelebihan buah betik adalah ia kaya dengan anti oksidan dan mengandungi enzim khas di mana ia mampu memunuh sel-sel mati dan menulihkan kekotoran yang ada pada kulit manusia. Caranya adalah membuat segelas susu betik atau menggunakan isi betik yang disapukan pada kulit anda. Kesannya, ia akan membuatkan kulit anda lebih cantik daripada yang sebelumnya.
5. Mangga
Buah mangga juga memberikan manfaat kepada kesihatan manusia kerana mengandungi pelbagai khasiat. Buah mangga memberikan kesan yang positif kepada kulit manusia di mana buah tersebut kaya dengan vitamin A dan juga mengandungi anti oksida. Oleh yang demikian, buah mangga mampu melawan penuaan kulit serta mengembalikan keanjalan kulit.
sumber dari sini

Subscribe to:
Posts (Atom)