NATURAL REMEDIES

ISLAMIC CALENDAR

Monday, April 8, 2013

MENU DIET YANG SIMPLE CARA SAYA




Ini adalah menu diet yang simple bagi aku. Setiap hari aku akan pelbagaikan makanan supaya tak jemu. Dan yang paling penting sekali adalah untuk beriadah setiap hari tak lama, cukup 15 minit setiap hari. Riadah yang paling selalu aku buat ialah skipping selama 10 minit. Itu pun dah cukup untuk buat badan berpeluh.



Dan yang pasti adalah makanan kita. Sebelum ke tempat kerja minuman wajib aku ialah sesudu besar Jus Delima Gulsan  untuk melancarkan perjalanan darah, yang dicampurkan dengan satu sudu besar minyak zaitun untuk kecantikan kulit, satu sudu besar Gogen untuk kulit juga dan juga madu, yang ini makanan sunnah. Campurkan sekali semua bahan-bahan kat atas tu dan aku minum. Wah berpeluh-peluh aku dalam perjalanan ke tempat kerja.

Selepas tu masa kat ofis oat adalah makanan wajib aku setiap hari. Untuk breakfast aku ambik 5 sudu besar oat yang dicampurkan dalam minuman kegemaran aku semestinya kopi.

Then dalam pukul 10 pagi aku akan makan beberapa keping biskut tak kisahlah samada Jacobs ke apa apa pun.

Lunch pula selepas ke gym aku akan pastikan aku minum Bio Protein Plus sebanyak 2 scoop yang disediakan.

Lepas tu aku dah cukup kenyang. Dan kat rumah aku pastikan aku ada sup sayur, ayam atau ikan untuk mengisi perut.

Alhamdullilah dengan menu ini aku sihat tanpa sebarang penyakit dan dapat mengekalkan berat badan aku selama 5 tahun tanpa sebarang kenaikan. Makin turun lagi ada.

No comments:

Post a Comment

nisa