Khasiat berwuduk sebelum tidur
Pertama, menenangkan
otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan.
Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wudhu itu
merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku dalam
beraktiviti. Kesan positifnya jika seseorang itu telah melakukan wudhu,
maka fikiran kita akan terasa tenang. Badan tidak akan terasa letih.
Kedua, mencerahkan kulit
wajah. Wudhu dapat mencerahkan kulit wajah kerana prestasi wuduk ini
menghilangkan kotoran dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada
kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi
cerah dan bersih.
Ketiga, didoakan
malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada umat
muslim yang sentiasa berwudhu sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk
yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan sentiasa
dikabulkan oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwudhu.
sumber dari sini
No comments:
Post a Comment
nisa