Bagi aku menu berdiet aku adalah sangat senang. Ini adalah menu untuk diri aku sepanjang minggu kecuali weekend.
Sebelum gi kerja, aku akan pastikan aku minum Jus Delima bersama-sama dengan Gogen (collagen powder bersama dengan vitamin C) and sesudu besar honey dan juga sesudu besar minyak zaitun (aku minum jenama Rivaka). Ok lah jugak sedap rasanya ada masam dan manis sedikit.
Jus Delima tu untuk bagi perjalanan darah aku lancar. Gogen tu bagi kulit cantik dan cerah. Honey adalah makanan sunnah dan minyak zaitun tu adalah melembutkan kulit dan juga untuk jantung yang sihat.
So lepas tu pegi keja. Serius campuran minuman tu membuatkan aku segar dan berpeluh sedikit. Mungkin kerana tindak balas honey dan jus delima tersebut.
Dalam masa sejam aku dah sampai ofis. Sampai kat ofis aku buat kopi dan campurkan 5 sudu besar oat.
Lunch pula sebelum ke gym dalam kul 12.00 tengahari, aku minum Bio Protein Plus. Yang mana ia akan membantu aku memberikan tenaga untuk latihan kardio.
Lepas sejam kat gym, aku balik ofis dan makan sedikit buah. Lepas tu aku minum Bio Protein Plus keluaran Cosway. Bila minum Bio Protein aku terasa sangat kenyang walaupun aku tak makan benda lain.
So makan malam aku adalah sup sayur dan ikan atau pun ayam.
Dan I'm done for the day. Dengan makanan ini aku berjaya mengekalkan berat badan tanpa perlu mengambil sebarang pil.
No comments:
Post a Comment
nisa