Arini aku nak share petua orang lama oleh ibu aku. Kalau anak-anak kita batuk continuously especially batuk tu akan menyerang kalau kita baring dan tengah malam.
So ni petua untuk mengurangkan batuk tersebut.
Beli kapur sireh kat kedai runcit, pastu ambik dalam sesudu dan dicampurkan dengan sebiji air asam limau. Kalau tak de asam limau boleh jugak gunakan limau kasturi jugak. Tapi seeloknya gunakan limau nipis.
Pastu campurkan dengan kapur sireh tersebut hingga sebati. Then lumurkan kat leher dan kat dada. Amalkan setiap hari berterusan. Bahan campuran tersebut akan kering selepas terkena udara. Maka ulangilah sehingga dua atau 3 kali sehari.
Aku selalu gunakan petua ni untuk anak-anak terutama semasa dia orang masih baby dan sangat susah untuk diberikan ubat sehingga sekarang. Petua yang senang dan murah pulak tu.
Selamat mencuba.
alhamdulillah dapat ilmu
ReplyDelete