NATURAL REMEDIES

ISLAMIC CALENDAR

Thursday, August 29, 2013

UBAT PANAU YANG PALING MUJARAB


Penyakit panau (tinea versicolor atau pityriasis versicolor) merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari genus Malassezia.


Ia biasanya menimbulkan rasa gatal apabila mereka yang mengidapnya berpeluh. Kenapa aku nak citerkan pasal panau ini adalah disebabkan salah seorang anak aku telah mengidap penyakit kulit ini. Aku pun tak tahu kenapa dan bagaimana penyakit ni berjangkit kepadanya. Tapi yang aku tahu penyakit ini akan datang bila mana kebersihan kita abaikan.

So panau tu ada kat belakang badan dan sedikit kat muka. So aku memang geram every time tengok panau ni kat badan anak aku. Panau ni akan menjadi gatal bila kita berpeluh. So bila digaru memang akan membiak ke seluruh badan.

Memula aku nak gi beli belerang kat kat mamak. Tapi bila aku tengok panau kat kulit anak aku dah mula merah kesan daripada digaru, so aku letak minyak gamat untuk hilangkan kesan kemerahan. Takut nanti bila letak belerang kulit akan pedih.

Lepas aku letak minyak gamat, anak aku menangis katanya pedih. Aku suruh dia sabar je. Kalau tak macam mana nak hilangkan panau ni. Dahlah anak aku perempuan. Lagi pulak panau tu dah tumbuh sedikit kat dahi. Aduh budak-budak ni tak tahu jaga kebersihan. Geram aku dengan anak aku ni. Bukan kecik dah 14 tahun.

So aku continue je letak minyak gamat. Kesan kemerahan tu macam dah kurang cuma tinggal kesan panau je tompokan putih. 

Aku terjumpa pula Bam Gamat Plus yang aku beli masa aku gi Langkawi. Bila dibaca kandungannya, katanya boleh hilangkan penyakit kulit seperti panau, kayap dan macam-macam lagi. So aku pun try letak kat belakang dan leher serta kat dahi. Setiap hari selepas mandi dua kali sehari selama sebulan aku terus letakkan minyak gamat dan Bam Gamat Plus ni kat panau. Alhamdulillah panau pun hilang. 

Lega aku akhirnya masalah anak aku dah selesai. So nasihat aku kita kena rajin letak ubat tu. Dan yang paling penting jagalah kebersihan. 

Gambar ni aku dapat dari cik Google sebab aku punya dah abis. Rupanya ia sangat berkesan untuk merawat penyakit panau. Cubalah sendiri kalau tak percaya.






Monday, August 26, 2013

GOGEN PREMIUM COLLAGEN POWDER

Kenapa kaum wanita kena amalkan kolagen.

Arini aku nak share pasal kolagen dan kesan terhadap kaum wanita. Aku memang amalkan kolagen untuk kecantikan je. Tapi selepas aku baca artikel kat dalam magazine daripada luar negara yang mengatakan ia adalah sumber terbaik untuk wanita kerana ia akan menstabilkan hormon.

Hormon ini adalah penting untuk melancarkan period, melambatkan proses menopause banyak lagi khasiat kolagen ni untuk kaum wanita. Kenapa kita perlu untuk melancarkan period sebab kalau period kita tak lancar memang susah untuk mengandung.

Kolagen ni juga berkesan merawat jika mempunyai masalah tulang belakang. Kolagen ini juga telah diamalkan sejak beribu tahun oleh masyarakat Jepun dan juga Barat. Mereka juga mengimpot kolagen ni daripada Asia. Kolagen ni juga telah dicampurkan dalam bahan kosmetik mereka terutama produk daripada Jepun. Sebab tu kalau kita tengok kulit orang Jepun sangat halus.

Selain daripada tu ia juga akan membantu menganjalkan kulit.

Tak kisah samada kolagen mentah atau dalam bentuk serbuk. Kalau yang mentah tu memang rasa asli tak ada bahan campuran. Kalau Gogen ni dah siap dengan vitamin C.

So kaum wanita dan perempuan yang ada masalah dengan period atau masalah dengan hormon, amalkan kolagen ni daripada sekarang sebelum terlambat.

Kolagen mentah ni ada bau sikit, so kalau sesiapa yang tak tahan dengan bau dia boleh lah cuba Gogen. Gogen ni memang tak de bau langsung dan dalam bentuk serbuk. Boleh dicampurkan dalam sup atau pun minuman.

Kalau sesiapa yang berminat boleh order Gogen dengan aku ye. Hanya RM60 sebotol dan tahan untuk sebulan. Untuk lebih berkesan 2 botol untuk sebulan. Dua kali sehari. Pagi sebelum makan dan sebelum tidur.

Kena amalkan secara berterusan baru nampak kesan. Boleh baca testimoni aku dalam entri-entri yang lepas.

Gogen ni lebih murah kalau dibandingkan dengan serbuk kolagen keluaran lain. Dan juga berdaftar dengan KKM.

Kalau berminat sila hubungi Nisa 012 258 6320.



Tuesday, August 20, 2013

CARA MEMBUAT MINYAK KELAPA DARA/VIRGIN COCONUT OIL SENDIRI

Korang mesti pernah dengar tentang minyak kelapa dara kan? Hasil pencarian aku dengan Cik Google ini antara khasiatnya adalah :

  • Anti-penuaan
  • Menyiembangkan badan sekaligus mendapat berat badan yang ideal
  • Meningkatkan kadar metabolisme pada seluruh badan
  • Membunuh organisma perosak seperti virus, bacteria, kulat dan protozoa(cacing)
  • Mengurangkan keadaan mudah lapar
  • Mengurangkan kandungan lemak badan
  • Melindungi tubuh daripada serangan kanser
  • Menghasilkan tenaga segera
  • Memperbaiki hubungan suami isteri dan juga sebagai pelincir
  • Mengurangkan risiko serangan jantung dan darah tinggi
  • Mempercepatkan penggantian sel-sel mati dengan yang baru
  • Melembut dan mengurangkankan kekeringan dan kekenduran kulit
  • Mengatasi masalah monopaus
  • Meningkatkan kesuburan
  • Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil
  • Melegakan pernafasan
  • Melembapkan dan menggebukan kulit
Tapi kena makan 2 biji 3 kali sehari. Baru boleh nampak kesan dia.

Tapi kan kalau nak beli harga dia pun boleh tahan jugak la kan. Pastu ada macam-macam jenis. Tapi aku pernah try jugak minum ni. Terjumpa seorang nenek ni masa aku beli keropok kat Pasar Siti Khadijah. Dia tengah menjaja minyak tu dalam botol kecik je masa tu. Adala dalam masa 6 tahun lepas kot. Masa tu aku dengan kakak aku tgh jalan-jalan sambil cakap apa tah. Lepas tu nampak nenek tu dah tua sangat. Dia bawak benda dalam botol kaca macam botol pewarna kecik-kecik tu ala yang macam Star Brand color yang buat kuih tu.

Dia cakap minyak kelapa dara ni sangat bagus untuk kesihatan. Masa tu minyak ni tak famous lagi. Dia cakap anak dia buat sendiri. Murah je dia jual sebotol tu RM5. Aku pun beli sebab kesian kat dia. Kakak aku beli 5 botol sebab katanya nak minum sebab dia boleh hilangkan senggugut.

Lepas setahun baru minyak kelapa dara ni fofular. Mana la aku nak cari makcik ni...

Baru-baru ni masa tengah blogwaking aku terjumpa satu blog ni yang tunjuk kan cara nak buat minyak kelapa dara sendiri. Ceh senang je rupanya...Tapi depa jual mahal la pulak...

Ok ni aku nak share macam mana nak buat minyak kepala dara sendiri. Yeay...bila dah pandai buat jangan lupa aku ok...

Mula-mula beli santan kat kedai sebanyak 3 kg ok...

Pastu masuk kan dalam bekas




Tutupkan bekas tu



Biarkan dalam masa 2 - 3 jam, sampai ia terpisah pati dan air



















Perhatian 

Bila ia dah jadi macam tu, kena masukan bekas tu kedalam fridge untuk keraskan bahagian atas tu. Pati tu akan mengeras pada suhu 22-23 degree celsius.




Bila dah keras, tebuk jadikan lubang kat atas pati tu dengan garfu ataupun lidi pun boleh. Keluarkan air tadi lebihan tadi.





Lepas dikeluarkan air tadi ia akan jadi macam ni
 
Tutup bekas dan biarkan selama 24-36 jam kat luar fridge

 Lepas proses ni dia akan keluar lapisan minyak dan pati santan





Lepas tu boleh sendukkan atau asingkan minyak dengan pati santan tu

 Nak senang lagi gunakan corong minyak tu, pastu letak kapas atau kain bersih untuk tapis



Lapik kan dengan kain putih bersih untuk asingkan minyak dan pati santan





Pastu tengok dah dapat sebotol besar, asli lagi tanpa campuran.




So korang boleh gunakan tanpa was-was. Selamat mencuba. Sumber dari sini.

Monday, August 19, 2013

MAKANAN YANG SESUAI SEMASA BERPANTANG

Kalau korang nak tahu makanan apa yang sesuai dimakan semasa berpantang ialah makanan yang boleh memanaskan badan dan kadar protein dan karbohidrat yang mencukupi sebabnya untuk memberi dan menambahkan tenaga selepas kita melalui proses bersalin yang sangat sukar.

Kalau berpantang cara hospital katanya semua benda boleh dimakan. Bagi aku kalau macam tu memang tak payah berpantang la kan.

Kalau berpantang cara orang tua lama pulak, tak leh makan benda yang sejuk sebab badan kita akan bertambah sejuk.

Tapi masa mula-mula bersalin kena elakkan telur, ayam dan sebarang seafood untuk mengelak kan kesan-kesan luka jahitan bersalin itu gatal. Selepas seminggu baru boleh makan ayam kampung. Menu hanya steam atau pun bakar. Ataupun ikan bilis digoreng tanpa minyak dan letak bawang besar dengan pepper.

Ini adalah cara berpantang aku yang mana selepas amalkan selama 60 hari gerenti berat badan akan turun sebanyak 15 hingga 20 kg. Terbaik ko....

Pada sesiapa yang nak amalkan petua yang ni, kat bawah ni aku sharekan cara aku.

Untuk breakfast

Untuk 3 hari berturut-turut minum air kunyit sebanyak secawan sebelum breakfast selama 3 hari. Tujuannya adalah untuk merawat luka-luka dalam badan dan juga mengeluarkan darah nifas.





Lepas tu minum Milo dan 2 keping roti wholemeal. In between minum air rebusan manjakani sebagai ganti air suam.

Jangan makan benda-benda merepek in between waktu lunch.

Lunch

Sesenduk nasi panas dan banyakkan makan ikan. Ikan apa-apa pun tak kisah. Ikan pari/kembung tak boleh makan sebab ada bisa dan akan menyebabkan kesan-kesan luka kita gatal. Sayur pulak sayur bayam. Nak lebih khasiat makan sup bayam merah yang dicampurkan dengan halia dan pepper. Kalau aku suka steam je sebab tak de minyak. Steam letak halia, pepper(lada hitam) dan sedikit lada putih dan juga bawang putih. Tujuan letak pepper adalah untuk memanaskan badan. Minum air rebusan manjakani juga sebagai ganti air suam.




Dinner

Makan oat dan juga Bio Protein. Untuk banyakkan susu minumlah air rebusan habbatus sauda (jintan hitam).






 

Jangan lupa makanlah jamu apa pun. Kalau aku suka makan jamu buatan kampung yang penuh dengan rempah ratus. Boleh beli dengan bidan kampung yang datang urut.

Barut perut jangan lupa sebab ia akan mengempiskan perut kita. Bagi yang bersalin secara caeser (pembedahan) selepas seminggu boleh lah dibarut perut. Kerana jika dibiarkan perut kita akan besar/buncit dan tak cantik.

Kalau korang ikut cara tu memang confirm akan turun berat badan kepada normal ataupun kurus daripada sebelum mengandung pun.

Cara ni memang berkesan dan juga disyorkan oleh tukang urut dan bidan aku semasa aku bersalin dulu. So korang kena rajin berpantang. Jangan malas kalau nak dapatkan bentuk badan yang menarik selepas bersalin.

Bagi aku tiada perkara yang mustahil kerana untuk kurus tiada jalan pintas atau mudah. So kena rajin jaga makanan kita. You are what you eat.