NATURAL REMEDIES

ISLAMIC CALENDAR

Monday, August 19, 2013

APA KHASIAT MANJAKANI BAGI IBU-IBU BERSALIN

Salam semua. Arini baru ada mood nak menulis. Hari minggu lepas yang padat dengan jadual. Antar anak balik ke asrama, masak untuk 5 family yang datang beraya. Seronok walaupun memenatkan. Alhamdullillah dah selamat jugak aktiviti yang memenatkan.

Arini aku nak share apa khasiat manjakani bagi ibu-ibu yang baru lepas bersalin dan dalam pantang. 

Menurut kajian manjakani terbaik ialah yang dikenali sebagai Manjakani Mekah atau Manjakani Alleppo yang berasal dr daerah Alleppo di Syria. Ia terbentuk apabila daun pokok dikenali sebagai quercus infectoria (nama saintifik) dihingapi oleh sejenis spesies penyengat yang dikenali sebagai cynips tinctoria atau cynips gallaetinctoria. Kebekesanan manjakani ini telah lama terbukti terutama dalam merawat keputihan, sakit tekak, ulser dan masalah kulit.


Kajian menunjukkan bahawa manjakani adalah kayadengan tannin, asid tanik, anti-oksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C) kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat. Selain itu ia juga mengandungi unsure-unsur seperti astringen, anti microbial dan anti-radang.

Kandungan taninnya yang tinggi menyebabkan manjakani digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, terutama untuk penggunaan selepas bersalin bagi mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupon longgar akibat proses bersalin. Kajian membuktikan bahawaunsur astringen dalam manjakani dapat membantu mengencangkan otot dinding vagina dan mengembalikan keanjalan.

Rekod bertulis mengenai penggunaan manjakani untuk tujuan mengetatkan faraj dapat dikesan seawall kurun pertama Masehi apabila Soranus yang merupakan pakai perbidanan dan sakit puan Rome ketika itu menulis mengenai manajakani didalam bukunya Gynaecology. Ini meruakan satu satunya buku rujukan bidang ini yang digunakan sehingga kurun ke -16.


Kalau berminat sila hubungi Nisa 012 258 6320. Sepeket RM5 sahaja.

No comments:

Post a Comment

nisa