Blog ini adalah perjalanan kehidupan ku dalam mengejar cita-cita mencapai berat badan idaman.....
ISLAMIC CALENDAR
Thursday, August 29, 2013
UBAT PANAU YANG PALING MUJARAB
Penyakit panau (tinea versicolor atau pityriasis versicolor) merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari genus Malassezia.
Ia biasanya menimbulkan rasa gatal apabila mereka yang mengidapnya berpeluh. Kenapa aku nak citerkan pasal panau ini adalah disebabkan salah seorang anak aku telah mengidap penyakit kulit ini. Aku pun tak tahu kenapa dan bagaimana penyakit ni berjangkit kepadanya. Tapi yang aku tahu penyakit ini akan datang bila mana kebersihan kita abaikan.
So panau tu ada kat belakang badan dan sedikit kat muka. So aku memang geram every time tengok panau ni kat badan anak aku. Panau ni akan menjadi gatal bila kita berpeluh. So bila digaru memang akan membiak ke seluruh badan.
Memula aku nak gi beli belerang kat kat mamak. Tapi bila aku tengok panau kat kulit anak aku dah mula merah kesan daripada digaru, so aku letak minyak gamat untuk hilangkan kesan kemerahan. Takut nanti bila letak belerang kulit akan pedih.
Lepas aku letak minyak gamat, anak aku menangis katanya pedih. Aku suruh dia sabar je. Kalau tak macam mana nak hilangkan panau ni. Dahlah anak aku perempuan. Lagi pulak panau tu dah tumbuh sedikit kat dahi. Aduh budak-budak ni tak tahu jaga kebersihan. Geram aku dengan anak aku ni. Bukan kecik dah 14 tahun.
So aku continue je letak minyak gamat. Kesan kemerahan tu macam dah kurang cuma tinggal kesan panau je tompokan putih.
Aku terjumpa pula Bam Gamat Plus yang aku beli masa aku gi Langkawi. Bila dibaca kandungannya, katanya boleh hilangkan penyakit kulit seperti panau, kayap dan macam-macam lagi. So aku pun try letak kat belakang dan leher serta kat dahi. Setiap hari selepas mandi dua kali sehari selama sebulan aku terus letakkan minyak gamat dan Bam Gamat Plus ni kat panau. Alhamdulillah panau pun hilang.
Lega aku akhirnya masalah anak aku dah selesai. So nasihat aku kita kena rajin letak ubat tu. Dan yang paling penting jagalah kebersihan.
Gambar ni aku dapat dari cik Google sebab aku punya dah abis. Rupanya ia sangat berkesan untuk merawat penyakit panau. Cubalah sendiri kalau tak percaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kt mne ad jual
ReplyDeleteKat mana Ada jual
ReplyDelete