Aku melawat adik ipar dan kazen yang baru lepas bersalin hari raya ari tu. Adik ipar aku pulak demam masa dalam pantang. Katanya tiap-tiap petang dia akan rasa seram sejuk. Yang kazen aku pulak bila ditanya ada makan rempah ratus ke? Hmmm...katanya tak de......
Apalah nak jadi orang muda zaman sekarang ni...Kalau zaman aku dulu berpantang berpantang dan rempah ratus adalah sinonim. Makan jamu selepas bersalin ni adalah untuk kesihatan dalaman kita.
Kita mengandung selama 9 bulan dan macam mana kita nak sihat kalau tak de suplemen untuk segarkan badan.
Hisss budak-budak zaman sekarang. Aku pelik dan tanya jugak tak kan mak dia orang tak tahu kot.
Macam aku setiap hari menu tengari mesti ada lada hitam dan lada putih ditumbuk dicampurkan dengan nasi, kata mak aku untuk panaskan badan. Katanya orang baru lepas bersalin mesti kena panaskan badan, nanti bentan.
Lepas tu rebus pulak herba manjakani, minum air dia setiap hari untuk sembuhkan luka dalaman. Kata arwah nenek, kita kalau mengandungkan anak lelaki banyak urat yang putus kalau dibandingkan dengan anak perempuan. So bila kita makan jamu dan minum air herba manjakani akan bantu sembuhkan luka dalaman dengan lebih cepat.
Param kena letak kat seluruh badan supaya tak masuk agin.
Lepas tu makan jamu rempah ratus buatan sendiri. Panas weh....
Alhamdulillah aku memang tak pernah demam semasa pantang. Malah aku akan berpeluh setiap hari. Kata mak air kunyit kena minum selepas kita keluar dari hospital. Tujuannya untuk keluarkan darah nifas supaya kita tak akan rasa sakit perut. Kunyit jugak adalah antiseptik semulajadi dan sangat baik untuk luka dalaman.
Patutlah tukang urut aku memang akan sediakan air kunyit dan akan make sure aku minum air ni kat depan dia sampai abis. Tiga hari berturut-turut kena minum. Lepas tu dah tak yah katanya.
Huh....aku berpantang memang tahap kuno. Pantang dengan mak aku memang sangat stress, stokin dan baju lengan panjang. Mungkin masa tu kita tak tahu apa kebaikannya, katanya kesan kalau kita tak ikut pantang akan nampak dan rasa lepas kita dan berumur sikit.
So budak-budak zaman sekarang ni sebab dah moden maka susah lah nak cakap. Aritu penat aku berceramah kat dia orang. Lepas tu baru terhegeh-hegeh nak tanya jamu apa nak dimakan itupun selepas dah sebulan bersalin.
Harap-harap perkara ni tak berlaku kepada anak-anak aku pun. Apa-apa pun jagalah kesihatan kita kerana mencegah adalah lebih baik daripada merawat.
Sekian luahan hati untuk ibu-ibu muda zaman sekarang.
No comments:
Post a Comment
nisa