NATURAL REMEDIES

ISLAMIC CALENDAR

Monday, August 12, 2013

GOGEN PURE COLLAGEN DUST

Rasa macam dah lama tak update pasal Gogen Pure Collagen Dust ni. Aku cuma nak bagitau pasal testimoni aku sendiri dengan kolagen ni. Kolagen memang sinonim dengan wanita. Sebab utama aku mengamalkan kolagen ni adalah kerana ia adalah hormon semulajadi yang bebas bahan kimia.

Kenapa kita wanita kena amalkan kolagen ni kerana semakin kita berusia kulit kita akan hilang keanjalan dia. Lagipun pengambilan yang berterusan akan melambatkan proses menopause bagi kaum wanita yang telah lanjut usia. 

Kalau korang nak tau menopause ni adalah sebahagian proses yang akan dialami oleh semua kaum wanita apabila usia telah menginjak ke 50 an ataupun ada juga yang mengalami proses ni lebih awal. 

Aku telah melihat sendiri proses menopause berlaku kat emak sendiri. Dan yang paling ketara sekali ialah period dia akan terhenti. So bila period kita dah tak de, kesan sampingan yang lain ialah kuat berpeluh, jantung berdebar-debar, cepat marah dan resah gelisah. So aku telah bagi mak aku Gogen ni yang mana bila dia amalkan alhamdulillah kesan yang dialami tidak seteruk oleh orang lain. Lagi satu mak aku cakap sakit pinggang dan sakit sendi yang dialami setelah sekian lama telah hilang terus.

Tapi mak aku telah amalkan Gogen Pure Collagen Dust ni dah lama. Aku rasa adalah dalam 4 tahun kot. Masa tu aku bagi dia try jenama lain. Entah lupa lak. Aku beli kat farmasi. Tapi kalau dibandingkan kulit mak aku dengan kawan-kawan yang sebaya dia memang akan nampak kesan. Sebab kulit muka mak aku akan kelihatan lembap dan kurang kedutan. Ya lah kalau kita dah berusia memang akan berkedut, cuma dia akan kurangkan je. Tak ketara sangat. Tapi yang paling mak aku suka sangat sakit sendi dan sakit pinggang dia memang telah hilang. Kalau tak setiap malam anak buah aku akan jadi mangsa kena jadi tukang urut.

Alhamdulillah dengan pengambilan Gogen Pure collagen dust dan jus delima yang berterusan kesihatan mak aku memang excellent. Dia boleh bersolat terawih sebanyak 23 rakaat tanpa henti. Cuma kadang-kadang dia penat yang buatkan dia macam mengah.

So nasihat aku kepada kaum wanita diluar sana, amalkan lah apa jua jenama kolagen kerana kesan nya terhadap kesihatan kita. Aku telah merasa kesannya begitu juga dengan kakak-kakak aku dan juga mak aku sendiri.

Aku suka bagi testimoni diri sendiri sebab aku rasa aku tidak perlu menipu, ikhlas dan memang aku tidak dibayar oleh sesiapa pun. Aku jadi pengedar Gogen ni pun sebab aku sendiri telah amalkan dan tidak salah aku berkongsi dengan sesiapa yang berminat.

Lagipun aku rasa Gogen ni murah kalau dibandingkan dengan jenama lain yang pernah aku cuba. Harga hanya RM60 sebotol dan tahan selama sebulan.




So sesape yang berminat boleh hubungi Nisa 012 258 6320, emel, mesej atau wats app pun boleh.

No comments:

Post a Comment

nisa