NATURAL REMEDIES

ISLAMIC CALENDAR

Wednesday, July 21, 2010

AMAH WARGA FILIPINA WARISI HARTA MAJIKAN RM14J

SINGAPURA: Seorang pembantu rumah Filipina dilaporkan mewarisi sejumlah S$6 juta (RM14 juta) daripada bekas majikannya selepas lebih 20 tahun berkhidmat bersama keluarga terbabit.

“Saya seorang pembantu rumah yang paling bertuah di Singapura sama ada berduit atau tidak,” kata wanita bujang berusia 47 tahun itu yang hanya mahu dikenali dengan nama ‘Christine’ kepada Straits Times dalam satu temubual.

Amah terbabit enggan mendedahkan nama sebenarnya kerana bimbang hidupnya terancam di negaranya, Filipina di mana orang kaya sering menjadi sasaran penculikan untuk wang tebusan dan kadang kala dibunuh penculik mereka.
Durian runtuh termasuk wang tunai dan sebuah apartmen mewah berhampiran kawasan beli-belah Orchard Road itu diwarisi daripada majikannya, Quek Kai Miew, seorang doktor perubatan dan dermawan yang mati tahun lalu ketika berusia 66.

Pembantu rumah terbabit turut menjaga ibu doktor terbabit dan pernah dimaklumkan bahawa dia akan menjadi penama wasiat majikannya yang ditulis pada 2008.

“Tiada rahsia antara kami. Saya tidak terkejut langsung apabila beliau memberitahu saya berapa yang akan saya dapat,” kata pembantu rumah terbabit.

‘Christine’ dilaporkan terlalu sedih apabila Quek meninggal setahun lalu kerana kedua-dua mereka terlalu rapat dan sejak itu beliau berpindah sementara dengan anak saudara doktor berkenaan.
“Ia amat menyedihkan bagi saya kerana saya lebih banyak menghabiskan masa bersama Dr Quek berbanding emak saya sendiri. Saya akan menangis setiap kali mengingati beliau. Saya tidak boleh bersendirian,” katanya.

“Saya selalu berada di sampingnya. Ke mana beliau pergi saya bersamanya.” Pembantu rumah terbabit yang kini cuba mendapatkan status pemastautin tetap di Singapura berkata kekayaan dimiliki kini tidak akan mengubah cara hidupnya.

“Saya tidak mahu memikirkan sangat mengenai wang yang ada. Saya hanya teruskan hidup seperti sebelumnya dan saya bukanlah seorang yang kaya,” kata pembantu terbabit yang kelihatan berpakaian ringkas dengan blaus dan seluar panjang serta berambut pendek.

“Saya masih seperti sebelum ini. Saya tidak boleh bersikap berbeza kerana saya ada wang sekarang. Malah rakan pembantu rumah Filipina saya juga masih melayani saya seperti biasa. – AFP

sumber dari sini

No comments:

Post a Comment

nisa