
tengoklah semuanya merah...
Redmummy ni jugak bukanlah blogger sepenuh masa… dia juga bekerja sebagai Eksekutif Setiausaha di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur City Center (KLCC), mempunyai rumahtangga yang bahagia dengan suaminya Sirman (Ami Shamril Kamaruddin) dengan dua cahaya mata, Shameel, 9, dan Melysha, 6. So, boleh kita bayangkan macam mana dia bahagikan tugas2 dia tu dalam kerjaya, untuk rumahtangga dan untuk Redmummy.com?
Mujur ada suaminya, Sirman yang banyak membantu dari segi teknikal dan setting semua tu (based on pembacaan aku di blog Redmummy sendiri). Mesti banyak gaji Redmummy bagi kat Sirman kan? upah jadi photographer pun dah RM1k.. Dan menurut artikel tu juga, Sirman nilah yang bertanggungjawab memperkenalkan Redmummy dengan dunia pengiklanan. Artikel penuh korang baca kat sini..

Nasihat yang aku suka dari Redmummy untuk kita2 :
"Paling penting menjadi penulis blog tegar perlu mendapat restu suami, ini kerana banyak masa dihabiskan di hadapan komputer. Jadi jika suami memahami, segalanya akan menjadi mudah.”
"Bagi suri rumah mungkin mereka boleh melakukannya pada waktu siang selepas membuat kerja rumah. Jangan sehingga asyik berblog menyebabkan rumah tangga menjadi kucar-kacir," katanya.
Last but not least, Redmummy pun ada share 7 panduan menjana pendapatan menerusi blog:
1. Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana.
2. Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.
3. Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga iaa berkembang.
4. Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.
5. Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.
6. Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.
7. Rajin serta tidak kenal erti putus asa.
nice info eh..
ReplyDeletebestnye masyuuuuk....
ReplyDeletenice..blh ke LM dpt jd mcm red mummy?huhu,dpt 1/2 dr pendapatan dia pun jd lah kan?hehe
ReplyDeleteSo interesting..
ReplyDeletenice info dear.salam kenal dari saya yang baru berblog..
ReplyDelete