Blog ini adalah perjalanan kehidupan ku dalam mengejar cita-cita mencapai berat badan idaman.....
ISLAMIC CALENDAR
Sunday, July 25, 2010
APA ITU NISFU SYA'ABAN DAN AMALANNYA
Hari Nisfu Sya'aban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan di dalam buku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib. [15 Sya'aban bermula pada 14 Sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib]--> kali ini Nisfu Sya'aban jatuh pada maghrib 26hb Julai 2010 (Isnin)..so jom puasa pada 27hb Julai 2010 (Selasa)..Insya-Allah.
Antara Amal Ibadah di Hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas Solat Maghrib (15 Sya'aban)--> Solat Sunat Nisfu Sya'aban (2 rakaat)
2. Membaca Yassin 3 kali selepas Solat.
--> Selepas Yassin Pertama - Mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah.
--> Selepas Yassin Kedua - Mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah.
--> Selepas Yassin Ketiga - Mohon ditetapkan Iman dan Islam & mati di dalam Iman & pohonlah segala yang baik. Kemudian baca istighfar 11 kali dan selawat 11 kali. Baca Doa Nisfu Sya'aban.
3. Baca Surah Al-Ikhlas (1000 kali)
4. Berpuasa pada siangnya.
Abul Khair Al Talaqaani r.a mengira nama-nama malam Nisfu Sya'aban sebanyak 22 nama, antaranya:-
a) Malam Dimustajabkan Doa
b) Malam Pembahagian Takdir
c) Malam Rahmat
d) Malam Berkat
e) Malam Pengampunan (Taubat)
f) Malam Penebusan
g) Malam Syafaat
h) Malam Penulisan
i) Malam Keagungan dan Kemuliaan
j) Malam Rezeki
k) Malam Hari Raya Para Malaikat
l) Malam Penghidupan
Kelebihan Bulan Sya'aban.
-- Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kepada nabi Allah Yusof di dalam syurga.
-- Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, sabda Nabi Muhammad SAW: pada malam Nisfu Sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turunkan ke langit dunia lalu berfirman : Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, Adakah orang yang bertaubat maka Aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki dan perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya kita meminta ampun dengan kedua ibubapa sebelum hari Nisfu Sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari di angkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita. Wallahua'alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam nisa...
ReplyDeleteamy datang singgah sini sambil follow..nanti jemput lagi keteratak amy ye..
salam. 1 pengisian rohani yg baik. tq. :)
ReplyDelete