NATURAL REMEDIES

ISLAMIC CALENDAR

Monday, July 5, 2010

HIKMAH PENGHARAMAN DAGING HAIWAN LIAR MENURUT PERSPELTIF ISLAM DAN KAJIAN SAINTIFIK












Entri ini dipetik daripada "Quran Saintifik, Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains" karya Dr. Danial Zainal Abidin, PTS Millennia Sdn Bhd, 2010.

Islam mengharamkan umatnya memakan daging binatang liar (bushmeat). Berhubung dengan ini, Bukhari melaporkan Nabi berkata yang bermaksud, "Rasulullah melarang (umat Islam) memakan semua binatang buas yang bertaring dan burung yang memiliki kuku yang mencengkam."

Yang dimaksudkan dengan binatang buas yang bertaring adalah binatang-binatang yang menangkap binatang lain dan memakan bangkainya seperti singa, serigala, buaya, dan seumpamanya. yang dimaksudkan dengan burung yang memiliki kuku yang mencengkam adalah jenis-jenis burung yang mampu melukai haiwan lain dan dan memakan bangkai-bangkainya seperti burung helang dan rajawali.

Baru-baru ini satu kajian mendapati sejenis virus berbahaya daripada binatang liar jenis primat (primates) seperti monyet, gorila, orang utan, cimpanzi dan seumpamanya, menyerang penduduk-penduduk di Afrika. Hal ini disebabkan mereka ghairah memburu dan memakan daging binatang-binatang liar ini justeru memudahkan pembiakan dan penyebaran kuman ini. Hal ini dilaporkan dalam Science News (Volume 165, Number 14) bertarikh 3 April 2004, di www.sciencenews.org di bawah tajuk A Virus Crosses Over to Wild-Animal Hunters.

Pada tahun 2002, jurnal perubatan terkenal, iaitu Journal of the American Medical Association (JAMA), memberi amaran monyet-monyet yang hidup di kawasan Cameroon mengandungi virus yang menyerupai virus penyakit AIDS. Virus ini dapat menjangkiti manusia yang memakan monyet-monyet ini.

Amaran seumpama ini juga dikeluarkan oleh pakar-pakar pemuliharaan alam dari Society for Conservation Biology di Amerika. Pakar-pakar ini mendapati ramai orang di Cameroon menghidap sejenis penyakit yang manifestasinya adalah sama seperti AIDS. Namun, pemeriksaan makmal menunjukkan pesakit-pesakit ini tidak membawa kuman virus HIV yang biasa. Besar kemungkinan kuman virus HIV yang menyerang mereka pada asalnya menyerang binatang-binatang liar daripada jenis monyet (primates). Virus ini kemudiannya berubah kepada bentuk yang lain melalui proses mutasi (mutation) dan menjangkiti manusia yang memakan dagingnya. Keadaan ini membimbangkan kerana ia boleh menyebabkan ledakan wabak AIDS jenis baru di seluruh dunia. Hal ini dilaporkan di dalam artikel bertajuk Bush-Meat Trade Breeds New HIV di NewScientist.com bertarikh 9 Ogos 2004.

Amalan memakan daging binatang liar berbahaya kerana kajian-kajian terkini menunjukkan besar kemungkinan wabak AIDS yang menyerang dunia hari ini berpunca daripada amalan ini. Inilah yang dinyatakan oleh pakar-pakar daripada Universiti Nottingham di UK, Universiti Alabama di Birmingham, Universiti Duke di Durham, Universiti Tulane di New Orleans dan Universiti Montpelier di Perancis. Mereka melaporkan kuman virus HIV pada asalnya menjangkiti haiwan liar daripada jenis monyet. Virus ini kemudiannya menjangkiti cimpanzi selepas ia memakan daging monyet ini. Manusia yang ghairah memburu dan memakan daging menerima padahnya apabila akhirnya mereka pula dijangkiti virus ini selepas memakan daging cimpanzi. Penemuan ini dilaporkan di dalam majalah Science dan rumusan berkenaannya dimuatkan di dalam New York Times bertarikh 12 Jun 2003, di bawah tajuk Origin of AIDS Traced Back Another Step.

Sebenarnya, haiwan-haiwan liar mengandungi pelbagai jenis kuman yang berbahaya. Pemakanan daging-dagingnya oleh manusia menyebabkan kuman-kuman itu membiak dan akhirnya menyerang manusia dengan pelbagai jenis penyakit baru. Hal ini dinyatakan oleh Bushmeat Crisis Task Force (BCTF) yang berpusat di Washington D.C., Amerika. Bagi mereka bahaya ini bukan lagi suatu andaian sebaliknya menjadi suatu kenyataan yang menggerunkan. Justeru pengharaman daging haiwan liar oleh Islam memang saintifik dan relevan dengan kesejahteraan manusia sejagat pada hari ini.


sumber dari http://helmiexwostorian.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

nisa