Aku rasa mesti ada antara korang yang pernah mengalami masalah mata sembab atau 'Puffy Eyes'. Ala macam mata bengkak selepas nangis tu atau terlebih tidur pun boleh jugak jadi jugak.
Tapi bagi yang berumur 35 tahun ke atas, mata sembab adalah disebabkan oleh proses penuaan yang mana ia adalah problem genetik atau keturunan. Samada korang akan mengalami mata sembab atau lingkaran hitam bawah mata.
Aku pernah gak tanya salon masa buat facial dia orang cakap perempuan ni kalau tak mata sembab mesti hitam kat bawah mata. Aku pulak jenis keturunan yang jenis mata sembab. Kalau terkurang tidur atau terlebih tidur mesti bawah mata aku akan bengkak. Huh...tensen je rasanya bila nengok mata bawah yang bengkak tu.
Aritu aku baca dalam paper, dia orang cakap kena buat operation nak buang lemak kat bawah mata. Ho..ho tak nak la sampai kena buat operation pulak.
So sekarang aku tengah try Lecithin Granules yang mana aku baca kat artikel dalam majalah yang berbahasa English. Dia cakap Lecithin Granules ni boleh hilangkan sembab bawah mata. Sembab tu adalah disebab pengumpulan lemak di sekitar mata disebabkan oleh proses penuaan.
Aku dah try dan alhamdullillah sembab mata aku pun dah kurang banyak. Aku beli produk Cosway. Aku cari jugak jenama lain. Tapi dia agak mahal. So tak pe aku stick je dengan jenama Cosway ni.
Tapi jangan makan yang kapsul tu. Kena makan yang biji-biji tu. Lecithin ni adalah berasal daripada soya. Kena makan 2 sudu besar setiap malam. Dalam masa seminggu dah boleh nampak kesan.
Lagipun Lecithin granules ni boleh kurangkan kolestrol jugak. Tapi tujuan utama aku makan Lecithin Granules ni untuk kurangkan lemak/sembab bawah mata tu. Kena rajin makan tau. Jangan malas-malas. Dia takde rasa apa-apa pun. Aku campurkan dia dengan air suam dan terus minum. Kalau dibiarkan dia akan kembang. He..he..aku tak leh telan masa dia dah kembang. Tak sedap...
Setin tahan sebulan. RM45 kot kalau tak salah. Macam ni rupa dia.
Krim Instant Ageless boleh menghilangkan mata sembab dalam 2 minit!!
ReplyDeleteTonton video ini: https://www.youtube.com/watch?v=LsqzPWIlyFk
Untuk mendapatkan krim Instant Ageless, click di sini:
http://www.lookingyoungfast.jeunesseglobal.com/products.aspx?p=INSTANTLY_AGELESS
Krim Instant Ageless boleh menghilangkan mata sembab dalam 2 minit!!
ReplyDeleteTonton video ini: https://www.youtube.com/watch?v=LsqzPWIlyFk
Untuk mendapatkan krim Instant Ageless, click di sini:
http://www.lookingyoungfast.jeunesseglobal.com/products.aspx?p=INSTANTLY_AGELESS