Salam semua. Aku rasa macam dah lama tak update blog ni.
Sebabnya ialah aku tengah berperang dengan perasaan selepas dapat surat daripada boss yang mengatakan yang kontrak aku tidak akan disambung.
Lepas dapat surat tu aku rasa macam dunia ni gelap dan rasa nak pitam. Bayangkan selepas bertahun-tahun kerja makan gaji, lepas ni tiada lagi sumber pendapatan.
Macam-macam perasaan yang rasa aku alami. Marah, sedih, sebal, geram dan semua perasaan tu bercampur baur.
Airmata tok sah cakaplah macam paip air rosak yang tak berhenti-henti mengalir.
Aku rasa macam this is the end of the world. Lepas dapat surat pagi tu, aku pergi surau ambil wuduk dan solat Dhuha. Tujuan aku untuk menenangkan diri. Agaknya berkat air wuduk dan solat Dhuha hati aku menjadi tenang.
Aku hanya mampu berdoa dan terlintas dalam hati aku mungkin juga Allah bagi petunjuk. Kita yang mampu merancang hanya Allah yang menentukan segalanya.
Mungkin sudah sampai masa untuk aku tentukan kemana halatuju aku selepas ini. Cuma apa yang aku doakan adalah semoga Allah mempermudahkan segala apa yang aku akan lakukan selepas ini.
Insya allah, kalau korang pernah alami apa yang aku rasa, Allah adalah tempat yang paling baik sekali untuk mengadu. Ambik wuduk dan solatlah sunat serta hajat. Ini yang aku lakukan dan hati aku menjadi tenang sekali.
Bila aku dah tenang macam ni, member-member ofis aku yang simpati banyak juga memberi nasihat. Tapi aku alhamdulillah tiada perasaan resah, gelisah dan risau.
Nantilah akan aku fikirkan apa yang akan aku lakukan selepas ini. Mungkin jugak online bisness secara full time.
Itulah sedikit coretan hati aku hari ini. Dan dengan sebab itulah blog aku mungkin bersawang selama beberapa minggu ini.
No comments:
Post a Comment
nisa