NATURAL REMEDIES

ISLAMIC CALENDAR

Wednesday, July 28, 2010

ANAK TAN SRI AZMAN HASHIM JADI PENYANYI


Siapa Mizz Nina? Ramai lagi yang belum kenal pemilik nama Shazrina Azman, 30 tahun atau lebih popular dengan nama Mizz Nina. Mizz Nina sebelum ini merupakan salah seorang anggota kumpulan Teh Tarik Crew. Selain berkerja sebagai deejay Fly FM, Mizz Nina sekarang bergerak secara bersendirian untuk menghasilkan album solo.

Lagu What You Waiting For hasil kolaborasi dengan penyanyi terkenal Amerika Syarikat yang turut terlibat dalam pembikinan album Lady Gaga dan Akon iaitu Colby O`Donis semakin popular sekarang di radio telah berjaya menaikkan nama Mizz Nina dengan pantas. Bukan saja kolaborasi lagu tapi turut menghasilkan video klip diarahkan oleh Scott McCullough.

Mizz Nina merupakan anak bongsu kepada Pengerusi Kumpulan AmBank Berhad, Tan Sri Azman Hashim selain turut digosipkan dengan Noh iaitu vokalis kumpulan Hujan. Album penuh Mizz Nina akan dilancarkan pada bulan Julai nanti berisi 14 buah lagu termasuk 5 buah lagu melayu tersenarai dalam album tersebut. Kita tunggu kemunculan album sulung Mizz Nina ataupun digelar The Rapping Daughter bulan depan.


Anda Boleh layari laman web Mizz Nina iaitu www.mizznina.com

1 comment:

nisa